Mek Google

Loading...

Thursday, May 24, 2012

Roti Naan & Ayam Tandoori

Semalam cuti-cuti lepak kat rumah, terfikir-fikir apa nak buat makan ni..tengok ayam ada dan paste tandoori ada..tetiba terasa nak bertandoori...so terus google cara-cara buat tandoori dan roti naan. Bahan-bahan untuk roti naan enggak ada..so berlari la kejap ke kedai beli bahan-bahan nya..seperti berikut:

Bahan Roti Naan:

550 gram tepung gandum cap wau
150 gram tepung naik sendiri
10 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecik garam
1 sudu kecik yeast mauripan
2 sudu besar butter

Bahan Ayam Tandoori:

1/2 ekor ayam
1 pack paste tandoori
4 sudu besar plain yogurt
* 5 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar (sederhana besar)
* 3 ulas bawang merah
* 2 inci halia
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
*1 sudu kecik jintan putih
*1 sudu kecik ketumbar

note: Bahan yang berbintang (*) dikisar terlebih dahulu.

Cara-cara ayam:

1. Campur semua bahan ayam tandoori ke dalam bekas besar. Gaul sebati dan perap selama 2-3 jam.
2. Masuk oven dan bakar pada suhu 170 celsius selama 45 minit.

Cara-cara roti:

1. Rendamkan yeast dalam secawan air suam-suam kuku dan tunggu sehingga berbuih.
2. Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, butter, gula, dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan rendaman yeast dan yogurt perlahan-lahan. Uli sebati sehingga doh lembut.
4. Peramkan selama 30 mint.
5. Kemudian, canaikan doh leper-leper. Ketebalan doh dalam setengah cm.
6. Panaskan kuali (gunakan kuali non-stick). Bila dah betul-betul panas, letakkan doh dan biarkan permukaan doh roti mengelembung baru diterbalikkan.

p/s: Gambar lupa nak snap..lapar sangat masak terus ngapp!

No comments:

Post a Comment