Mek Google

Loading...

Friday, May 4, 2012

Alahai Anak Kerapu

Semalam punya la malas tapi lapar...tengok-tengok dalam fridge jumpa la kerapu 4 ekor kecik-kecik jer...fikir apa yang boleh dibuat dengan ikan ni...sedap dan cepat...dah basuh ikan lumur dulu dengan garam..aku biarkan sekejap
Tengok lagi fridge jumpa cendawan tiram, buah pelam kecik dan curly salad...erm buat sweet sour lah..:D

Terus gorengkan ikan..sambil tunggu ikan garing, aku tumis kuah sweet sour. Tumis dengan bawang putih, serai, halia dan cili kecik. Bila dah naik bau, taruk ciliboh sikit. Then biar garing sikit.
Kemudian taruk sedikit air, biar mendidih..masukkan sedikit gula, sos tomato, sos cili, & sos tiram
Then taruk cendawan, bawang besar, lada besar dan hirisan buah pelam kecik. Susun kan curly salad dalam pinggan, angkat ikan goreng tadi dan susun atas salad. Kemudian, siramkan perlahan-lahan kuah sweet sour ke atas ikan...walla dah siap!

Hasil nya macam niee...




No comments:

Post a Comment