Mek Google

Thursday, January 31, 2013

Diari Phaseolus Vulgaris....Kacang Buncis Lah

Salam & Selamat Pagi

Hari ni cerita kacang buncis yakni antara sayur kekacang kesukaan mama. Suka sangat taruk dalam nasi goreng kampung. Jadi mama cari la benihnya cuba untuk tanam sendiri supaya boleh petik saja dilaman kebun bila terasa nak makan. 

25hb Nov 2012
Pagi ahad mama semai benih kacang buncis dalam petak semaian.

26hb Nov 2012
Antaranya satu benih amat bernas, pada keesokkan petangnya sudah menunjukkan ada tanda cambahan. Mama cuba korek cari benih yang lain...patut la tak bercambah..rupanya dah hilang. Mama rasa ini kerja sang burung.

Tinggal la satu sahaja yang selamat berusia seminggu- 04hb Dec 2012

10hb Dec 2012
Mama alih direct ke tanah berdekatan dengan kacang panjang. Nampaknya kena beli lagi benih kacang buncis ni.

Berusia 13 hari

07hb Januari 2013

Berusia sebulan 2 minggu...sangat lambat membesar

Dari segi penjagaan tak leceh..mama biar saja di situ...seminggu sekali baja kan dengan baja kimia pastu tanam perut ikan disekitar pokok...(hampir setiap hari beli ikan...boleh lah dibuat baja free untuk tanaman).

16hb Januari 2013

Perasan ada bunga..melilit pada pokok kacang panjang renek.


29hb Januari 2013

Mama baru sempat nak tengok kebun betul-betul...jumpa si dia..alahai..sebiji tergantung sorang-sorang...rasanya dah tua...nak biarkan aja lah...buat benih. Pokoknya pun tercedera sikit..ayah naufal syok sangat dengan mesin rumputnya..abis ditebas.

Kecik halus ja macam tak cukup zat.

Maknanya mama kena membeli jugak la kacang buncis..sementara tunggu kacang buncis sendiri berbuah lebih banyak. Melalui random google (DISINI), mama jumpa article mengatakan kacang buncis boleh mengurangkan berat badan dan juga mengandungi zat lectins untuk anti-tumor. Menarik kan? Akan tetapi kacang buncis perlu dimasak dengan betul supaya tidak memberi kesan atau masalah yang teruk pada perut.     

Tuesday, January 29, 2013

Malu Nak Mintak..

Salam Ceria,

Minggu lepas balik Kelantan...sempat ke rumah tukang jahit baju..kami sekeluarga selesa tempah baju dengan beliau hampir berpuluh tahun since zaman nenek mama (grand grand mother to Naufal) muda-muda lagi. Kami panggil beliau "Mek Ing"..siamese chinese.

Okey apa yang menarik minat mama adalah pokok bunga di rumah Mek Ing ni...sejenis pokok bunga lily yang macam Kak Mar - (blog Suka Suka) bagi pada mama sebelum ini...tapi bunga lily ni color putih!

Sangat banyak dalam pasu...huhuh kalau tak sebab malu dan ayah Naufal sudah buat muka (sebab lama berada disitu..biasalah dah lama tak jumpa mesti banyak sembang)...mama nak jer bukak mulut...mintak satu pasu!!!

 Dalam banyak-banyak satu jer berbunga


  Banyak kan??

Amik gambar dari luar pagar setelah Mek Ing masuk rumah....hahahha sangat segan...ayah Naufal cakap..."pokok bunga orang pun terliur..kat umah dah banyak susah nak lalu pun terliur lagi yang orang"....pot pet pot pet....kena berleber...:p

Monday, January 28, 2013

Peel Si Tecik

Hampir penghujung Januari...harini 28hb, Naufal sudah setahun 2 bulan.

Anak teruna mama...macam-macam peel sekarang ni...habit baru yang agak merimaskan mama...time nak minum susu mesti hulur tangan..nak raba-raba muka & gentel hidung mama...dah bagi kain selimut, bantal gebu, soft toys..hah semua tak jalan..nak muka mama jugak...heeeeeee

Nak keluar dari baby seat semasa makan..tak bagi keluar..Naufal hentak kuat-kuat besi tu..

Mama sibuk di dapur..dia pun sibuk keluarkan periuk kuali...ni periuk paling ringan heret ke ruang TV..main ketuk-ketuk 

Semangat nak kutip barang-barang hiasan atas meja nenek...penat nak kena simpan tinggi-tinggi

Ini pun kacau laptop nenek..sibuk tekan-tekan rasanya arwah jugak laptop ni nanti

Gigih usaha nak main bedak taruk pada ladybird merah tu....sorry Naufal...gigit la sampai dapat..

Tengok dah hulur tangan...nak meraba time minum susu

Time elok..duk diam-diam belek buku..kusyuk! Tapi kejap je nih

Masuk kereta melalak-lalak taknak duduk atas car seat...tapi once tayar bergerak...terpegun pastu tidooooooooo...aman mama bawak kereta

Saturday, January 26, 2013

Setelah Bercuti Kedukaan...Kobis Cina Buatku Tersenyum

Salam,

Malam Isnin lepas terima berita kematian bapa saudara diserang sakit jantung..emergency kami sekeluarga balik ke Kelantan. Alhamdulillah sempat juga kami menghantar jenazahnya ke kubur walaupun tak sempat  melihat beliau buat kali terakhir. Kemudian pada petang Selasa, sekali lagi kami mendapat berita sedih. Pakcik Naufal didapati mempunyai brain tumor. Allahuakbar....terdiam mama. Buat masa sekarang kami menunggu keputusan MRI. Semoga dugaan ini dipermudahkan Allah untuk kami hadapinya.

Petang semalam sampai ke Kemaman, setelah 4 hari bercuti di Kelantan, Alhamdulillah tanaman tidak kekeringan mungkin hujan setiap hari. Banyak hasil tapi sudah tua. Dicelah-celah pokok tomato mama tengok sejemput kobis cina dikebun mama. Comel betul....lucu pulak tengok..usia sebulan....pada awalnya agak perlahan membesar...ingatkan bantut..sekarang getting better...seminggu lagi boleh lah cabut...buat salad dalam sandwich sedap kut yer..:D


Friday, January 25, 2013

Bun Sardin

Salam Di Pagi Jumaat,

Petang sabtu lepas hujan sepanjang hari..sangat rugi tak dapat berkebun. Jadi untuk isi masa cuti, mama menjalankan aktiviti di dapur. Lepas masak lunch, mama sediakan bahan untuk buat roti...campak semua dalam breadmaker..tunggu sejam 30 minit siap!

Keluarkan dari breadmaker, uli pakai tangan dalam 10 minit..then peram lagi 30 minit...barulah mama uli bentukkan untuk taruk inti sardin.

Macam-macam size..macam pau pulak...punya lah malas nak bentukkan cantik-cantik..lagi pun Naufal duk bergayut di kaki...sangat terbatas nak berdiri lama-lama.

Ini yang berada dalam oven..bakar 25 minit suhu 165 cerlsius

Dah siap dibakar..sepatutnya gliss kan dengan telur kuning untuk nampak berkilat....tapi tak dan lah nak ber gliss-gliss..:D

Makan panas-panas best...:D

Untuk resipi bun ni kat sini...(Resipi Bun). Semasa entry ini keluar...mama & family balik kampung...kelik kelate..heeeeeee suka!!...:D

Thursday, January 24, 2013

Rooting Agent: Lavender & Poinsetta

Salam,

Ini experiment dengan rooting agent yang berjaya...dah buat dengan daun sup - failed, selom - failed. Okey begini sukatan yang di buat:

1/4 sudu kecil serbuk pengakar

Air 150ml

Campuran air dan serbuk pengakar

Bulan lepas mama cuba pada pokok-pokok bunga yang baru dibeli di Sungai Buloh. Jadi ini hasilnya...:D

Pokok Bunga Lavender & Pokok Poinsetta


Pokok Lavender asalnya mempunyai banyak cabang, hodoh pulak letak dalam pasu kecik...jadi mama potong dan celup selama 15 minit ke dalam cecair serbuk pengakar. Lepas tu dapat la tanam dalam pasu yang lain.

Manakala Pokok Poinsetta pula, ada 2 cabang batang. Salah satu nya patah semasa ribut, sayang pulak nak buang jadi mama pun celup ke dalam serbuk pengakar dan tanam dalam pasu lain.


Takat ni dikira berjaya..sebab mama korek Pokok Lavender tengok sudah ada akar ketot tumbuh..dan Pokok Poinsetta pula dah ada tumbuh tunas baru....jadi biarkan saja dalam pasu ni..sehari sekali siram...letak tempat teduh..sebab pokok-pokok ni tak tahan panas.  

Tuesday, January 22, 2013

Kari Ikan Dan Bendi-Bendi Kebun

Assalamualaikum,

Sempena bendi dah makin rajin berbuah...dan memandangkan ada 2 keping ikan gerung (spesis ikan muduk)..jadi terjadi lah masakan kari. Mama memang tak pandai kari-kari ni...dan kurang minat makan bersantan...tapi ayah Naufal sangat minat...hehehe...jadi semangkuk ni khas untuk ayah Naufal lah...lagi  berbulan-bulan kut boleh rasa air tangan mama masak kari ..:p


Untuk bendi kampung memang just nice rasa nya...tapi bendi emas dah agak tua..rasa dah bersabut....mama nak tuai awal tapi tengokkan size kecik saja...

Bendi Emas sebelah kanan...sebesar tu rupanya dah tua...

Lepas ni tak boleh tunggu lama-lama..memang bendi emas mama size nya comel-comel saja..:D

Monday, January 21, 2013

Cubaan Debunga Petola

Salam Di Pagi Isnin,

Bulan lepas banyak bunga betina petola tak menjadi...mungkin sebab hujan yang kerap, jadi agen debunga tak datang..hibernate kut diorang ni...Jadi mama mencari-cari cara membuat debunga secara manual...baca di blog rakan-rakan...tak susah rupanya...:D

Maka tiba petang hari, bunga-bunga petola mekar..mama cuba pada dua putik petola yang ada buah petola.. Mama petik bunga jantan..dan terus tekap pada bunga betina...tekap seperti dalam gambar:

Bunga Betina - Putik Buah Petola

Bunga Jantan

Tekap kedua-dua nya selama beberapa minit.

Selepas seminggu ini hasilnya:

Minggu depan inshaallah boleh makan petola lagi..:D

Sekarang ada 3-4 biji sedang membesar dengan kaedah ni...ada lagi putik bunga betina muncul...rasanya kena buat kaedah yang sama memandangkan minggu ini hujan sepanjang hari.

Sunday, January 20, 2013

Taugeh!

Hi Assalamualaikum....seronoknya dalam hati dapat bela taugeh..eh silap..dapat cambahkan taugeh...hehehhe...yes Alhamdulillah lulus tanam taugeh dalam pot! sumber inspirasi dari Olive. Thanks Olive for sharing the idea.

Last week mama blog walking...jumpa cerita Olive cambahkan taugeh dalam pot...harus dicuba sebab teapot sudah sedia ada...dah lama mama planning nak try cambahkan taugeh ni sejak ummuaidan tunjukkan cara buat guna baldi..tapi supporter asyik busy untuk sediakan medium & peralatan cambahan. Duduk lah dalam almari diam-diam si biji kacang hijau..kesian dia..sob sob

Tapi pagi pada 16hb Januari 2013...si biji kacang hijau dapat digunakan..hehheheh

 Yeay saya sedang mandi!

Teapot wedding gift menjadi mangsa...hehehe

Occay lepas mandi..duk diam-diam dalam tu..tido eh!

Pada hari ke - 4...19hb Januari 2013, ini saki baki taugeh yang ada...terlampau excited..dah abis kutip taugeh baru teringat nak amik gambar heheheh..:p


Hasil Taugeh...rendam dulu simpan dalam fridge  

Ini breakfast pagi ni...Maggi Goreng Bersama Taugeh...:D 

Friday, January 18, 2013

Ulam Raja Yang Dominan

Yang paling berjaya hidup!

Pokok Tertua


Yang baru bercambah

 Yang dah keluar daun sebenar....maju ulam raja dari cambahan timun mini yang asyik kena ganggu serangga 

Kalau dilihat setiap ceruk kebun mama sekarang ada saja anak pokok ulam raja. Rasanya one day mama kena cabut anak-anak pokok ni..serabut pulak tengok banyak-banyak.