Mek Google

Thursday, January 10, 2013

Tempoh Menanam Sayuran - Part 2

Salam Ceria,
Okey lagi update episode ke 2 untuk tempoh menanam sayuran di kebun mama...:D

Taken on 21hb December 2012

Tanaman:
Roselle - 3 bulan lebih dapat tuai hasil.

Masalah:
Permulaan tanam, pokok terbantut dan benih tidak bercambah. Buah pun tak banyak sebab gugur semasa size kecil.

Cara atasi:
Tiada cara mengatasi secara khusus sebab tak tahu..:D
Mama biarkan saja Roselle hidup di patch bersama ulam raja sehingga lah berbunga berbuah. 2 kali seminggu taruk baja tinja kambing atau tinja ayam. Seminggu sekali sembur baja HB101 atau larutan tonik.

Taken on 21h December 2012

Tanaman:
Daun Ketumbar - 2 bulan ketumbar di tuai. Ketika berusia sebulan dah boleh tuai tapi mama biarkan supaya lebih besar sebab ketumbar mama ni keding.

Masalah:
Sukar bercambah dan mudah mati.

Cara atasi:
Alihkan cambahan pada pot kecil sehingga cambahan boleh independent.

Tanaman:
Lemon Basil - 2 bulan basil dituai.

Masalah:
Cabaran untuk bercambah. Tapi bila dah bercambah sangat independent untuk survive.

Cara atasi:
Tanam dalam pot kecil dan bila dah besar pindahkan pada tempat yang lebih besar.

Taken on 30hb December 2012

Tanaman:
Lada Capsicum - 3 bulan setengah capsicum dapat dituai.

Masalah:
Sukar bercambah dan pertumbuhan yang lambat. Semut merah membuat sarang di bunga capsicum.

Cara atasi:
Tanam baja organik ke dalam tanah seperti perut ikan dan baja tinja cacing. Untuk semut, mama siram dengan air perlahan-lahan pada bunga dan batang pokok jadi semut jatuh. Tapi esoknya semut ada balik..


Tanaman:
Kacang Botol atau Kacang Kelisa - 5 bulan dapat tuai. 

Masalah:
Pembesaran lambat dan daun rosak diserang serangga perosak seperti belalang.

Cara atasi:
Sembur larutan organik untuk hapuskan belalang dan tanam sisa ikan untuk pembesaran pokok.

17 comments:

  1. 5 bulan ker kacang botor nadia baru dpt tuai..? patutlah yg sy nyer tak berbuah2..nunggu punya nunggu mcm menungu pisang yg tak berbuah..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah antara yang terawal tanam akhir bln 7 thn lepas..sekarang br dapat rasa 5 biji kacang botol heheheh...berbunga banyak..tapi tak berapa jd buah

      Delete
    2. As salam Nadia,
      Kcg botor yg saya tnm dpt tuai buahnya dlm tmph 2 bln saja. Tak tau klon apa tp ia cpt dan lebat buahnya.

      Delete
    3. sy rasa antara pokok yg sy tanam lmbt membesar faktor tanah...tak berapa elok..nak beli tanah bnyk2 kt nursery byk pulak modal..dulu zaman budak pernah tlg nenek tanam kacang botor ni...cepat berbuah dan byk....baja siram air beras ngan air basuh ikan je..

      Delete
  2. Tak pernah berjaya lagi tanam pokok cili capsicum.... :(

    Pokok kacang botol mmg lambat berbuah ya....erm...lama lagi la nk dapat hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama l sya ibu qis..apa jenis cili sya tnam tak pernah nak tumbuh huhu...tapi roselle berjaya..nak tunggu ada buahnya nanti ja ni...he..:D

      Delete
    2. dulu kecik2 rasa nyer cepat je berbuah kacang botol ni..lebat plak tu sampai tak sempat tuai..tua kat pokok..
      capsicum tu pun agak nya nasib menjadi la sebiji...sampai hari ni..sebiji tu je duk membesar..yg lain mcm nak jd buah tp tak besar2 pun..huhuh

      Delete
  3. Salam Nadia,

    Pokok kacang botor Mak Aji baru berbunga, x lama lg insuaallah berbuahlah. Mak Aji ni x pernah rekod bila2 tanam, pakai boh je, entah berapa lama berbuahnya pun x tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe sy kalau mak aji nak tahu..siap ada worksheet untuk tanaman..record setiap jenis yg dh ditanam...tu suami sy ckp..petani moden yang terlebih vitamin...:D

      Delete
    2. eh saya pun ada worksheet hehehe...tapi bila tgk lambat sgt pergerakan nya jadi jemu pula update hehehe

      Delete
    3. hahahha ada juga yang sama dgn sy hehehe..geng lah!
      betul sekarang slow skit update worksheet sebab dah byk besar dan stage dh berbuah...kena start semai tanaman baru kut

      Delete
  4. Banyak sangat episod yang nani dah ketinggalan ni.. huhuhu.. tak terkejor sudah.. anyway thanks for the wish.. alhamdullillah.. nani dah selamat melahirkan baby girl safiyya secara c-zer.. terima kasih mendoakan kesejahteraan dan kesihatan untuk nani dan baby...

    ReplyDelete
  5. heheh takpa..nanti dah masuk 2 minggu pantang mesti boleh masuk line seperti biasa...mula2 ni kalut lah mcm2 nak kne buat kan..bertungku segala bagai...selamat berpantang!

    ReplyDelete
  6. Pokok kacang botor memang lambat sikit nak berbuah banding kacang-kacang lain. Ketumbar tak suka matahari terik sangat untuk hidup lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang dah jenuh berbuah..Happy! mungkin lepas 5 bulan baru masa nya kut...ketumbar tu dah banyak kali beralih tempat..skang letak kat penyidai kain..ada shaded skit..nampak happy je duduk situ

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. ade x tanaman yang cepat tumbuh dalam mase tiga mingggu

    ReplyDelete