Mek Google

Monday, January 14, 2013

Diari Tomatoes Di Kebun Mama

Assalamualaikum,

Rasanya tak record lagi cerita berkenaan tomato-tomato dikebun mama. Bulan November 2012,  mama semai benih tomato ceri fullhouse yang dibeli dari blog Tanamsendiri, lepas tu ada lebihan tomato 2 jenis yang dibeli di Cameron Highland, mama tabur jugak dalam bekas semaian yang sama. Akibatnya, penuh window box dengan anak pokok tomato..mama jadi pening dah tak tahu mana satu jenis nya.

Benih dari pokok tanam sendiri dan 2 jenis dari Cameron Highland

Selepas 3 minggu agak-agak anak pokok dah besar skit boleh independent..mama alihkan pada patch..berselerak mama tanam..sebab banyak yang bercambah. Tapi selepas hujan lebat, ribut akhir bulan 2012, banyak jugak yang tak survived. Ada jugak yang patah leher, ini mama suspect kerja si meow yang nakal.

Bantut ke memang pendek entah lah

Seusia tapi yang ni tinggi..melalui cerita-cerita rakan blog..mama fikir yang ini jenis ceri fullhouse sebab pokok tinggi.

Ini pun sama..pendek!

Ini mama pindahkan pada polibeg untuk diberi pada officemate...banyak-banyak tak sempat jaga.

Ada jugak mama tanam dalam pasu yang jenis pendek ni..nak test bantut ke memang pendek.


Okey, dari segi penjagaan..selepas dialihkan pada patch setiap minggu mama bajakan dengan baja tinja ayam, dan tanam perut ikan di kawasan berdekatan pokok. Manakala 2 minggu sekali mama sembur dengan liquid magic tonic pada pokok yang dah besar. Liquid ni kalau tak betul-betul sukat pun menyebabkan daun pokok kekuningan.

Start pada tahun baru, mama gemburkan tanah dan campurkan dengan homemade compos. Harap-harap subur lah hidup kesemuanya.   

10 comments:

  1. Sama besaq la pokok tomato ceri kita nadia...he...ni tiap2 hari oi jenguk kut kut nak keluaq bunga...x sabaq2..hehe...:D

    ReplyDelete
  2. Salam nadia..
    benih tomato kan kalau diikutkan senang tumbuh kalau dr buahnya.yer tak..cuma bila tanam tomato nie letih nak tunggu berbuah sbb lambat...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..senang sangat bercambah...tapi nak berbuah jenuh...terbalik dgn terung payah sngguh nak bercambah..tapi bila dh berbuah..boring asyik2 dia yg berbuah

      Delete
    2. betul... sy punya pun cepat tumbuh tapi bila sampai satu tahap macam terbantut..naik give up pun ada...

      Delete
    3. jangan give up...apa sy buat..sy alih2 kan..buh baja dan gemburkan tanah..campur2 tanah...banyak bermain skit lah ngan tomato ni..bila dh berjumpa dgn yg sesuai..cepat naik semula..
      yg sakit hati..kucing yg menikus..suka sangat gigit pucuk tomato..biasa nya bila nampak pucuk tu bergerak ditiup angin..mcm takde benda lain nak main

      Delete
    4. saya pun setuju dengan ummuaidan,semai benih mmg lama sangat rasa nya nak menunggu. Kalo nk short cut,tanam balik dari sucker yang kita buang. heheh.

      Suka tengok tomato yang nadia tanam. :)

      Delete
    5. ada dah sucker keluar tapi tak sempat lagi nak implement semaisucker ni

      Delete
  3. As salam nadia,
    Comel2 buah tomato yg nadia tnm ni. Saya tgk ada serangan lalat buah utk tomato ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang comel tu yang beli..yg kne serang tu..tanam sendiri..hehhe tu sebab tuai sebelum merah...:D
      tapi alhamdulillah isi dalam ok..tahan la dalam fridge seminggu

      Delete