Mek Google

Tuesday, April 30, 2013

Sawi Hong Kong

 Assalamualaikum,

Tengah hari sudah..cepat betul masa berlari-lari...okey hari ni mama nak display beberapa pokok Sawi Hong Kong yang masih survived...mintak-mintak survived sampai mama berjaya buat sup sayur lah yer. Dari berpuluh-puluh biji benih ini saja yang tinggal....for continous plan, hari Ahad lepas mama dah semai Sawi 5 Bintang...:D



Tiga pokok di atas berada  dibahagian tepi rumah, mama letak di bawah teduhan pokok mangga dan pokok timun..cahaya matahari pagi pun kurang pada kawasan ini...lepas pukul 2 petang baru dapat cahaya direct sehingga 5 petang . Nampak daun nya kurang sehat..kekuningan dan ada bintik-bintik putih.

Manakala 5 pokok di bawah ni pula berada dihadapan halaman rumah dimana menerima cahaya pagi dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Daunnya nampak segar berbanding yang diatas. Kesemuanya berusia sebulan.



Pokok ini mama alihkan ke depan untuk elak dari katak buat alas tidur. Daun nya kelihatan kurang sihat.


Next..akan update keadaan Sawi 5 Bintang pulak....esok cuti Labour Day...boleh menyemai lagi..:D

Monday, April 29, 2013

Semaian 2013 - Part 2

Assalamualaikum...

Ini beberapa jenis biji benih yang mama semai di awal bulan April 2013.

1. Kailan Tokyo - benih dari Tanamsendiri semai pada 06 April dan selepas 2 hari bercambah.

Berusia seminggu selepas bercambah - pembesaran sekarang agak lambat

2. Tomato Organik - dari exspo MAHA

5 hari selepas bercambah

3. Tomatilo - benih kongsi dari blog My Mix Garden (SriKota)

5 hari selepas bercambah

4. Tomato Tigerella - benih dari Kebun Bahagia Bersama (KBB)

2 hari selepas bercambah

5. Petola Segi - benih dari Tanamsendiri

Suka betul dengan petola ni..sekata jer membesar...berusia 5 hari

6. Turnip Snowball - benih dari KBB, dialihkan ke dalam polybag. Semai pada 07 April dan bercambah pada 09 April.

Ketika berusia seminggu 16 April - sekarang sudah ada 4 daun sebenar.

7. Semai Bayam Autumn pada 13 April dalam pasu besar bulat jadi tak perlu dialihkan. Benih dari Tanamsendiri.

Ketika berusia seminggu selepas bercambah - 22/04/2013

8. Cosmos Double - benih kongsi dari blog Growing and Being (Lynnhelite)

Gambar yang togel..alhamdulillah pagi ni nampak ada tunas baru muncul...(tak sempat snap picture)

9. Semai Radish Watermelon pada 06 April - benih dari KBB

Hanya tinggal 3 pokok yang berjaya keluarkan 4 daun sebenar sekarang. Ini ketika berusia 4 hari selepas bercambah 12 April.

10. Semai Cabbage Sugarloaf pada 06 April - benih dari KBB

Alhamdulillah cabbage berjaya hidup semua..ini ketika berusia seminggu selepas bercambah 16 April.

Friday, April 26, 2013

Togel Sudah

Salam & Selamat Pagi,

Hari ini mama nak tunjuk hasil perosak misteri di kebun mama. Mama agak calon misteri ni adalah si burung mulut murai, si lembab siput b***, si belalang yang lincah, atau pun sang meow yang nakal. Mama masih tak dapat kenal pasti identiti sebenar pesalah yang membuat onar dikebun mama ni.  

Bendi Merah sudah hilang daun

Salah satu Capsicum juga ditogelkan.

Pucuk daun Cosmos Double Click juga menjadi mangsa

Oh sungguh sakit hati...

Thursday, April 25, 2013

Ole-ole Rakan Maya

Salam,

Alhamdulillah, rezeki betul bulan ni dimana sekali lagi mama menerima benih dan anak pokok kongsi dari rakan maya...hasil dari penglibatan mama sebagai blogger mengenai tanaman & perkebunan. Kiriman ini dari Saudari Nur Suhaila yang berada di Sepang Selangor. Terima kasih banyak-banyak semoga Su sekeluarga dirahmati & diberkati Allah s.w.t. amin.






Lempoyang dan serai wangi belum sempat ditanam....ini pun curi-curi masa di malam hari duk diam-diam dibelakang umah heheheh...malam ni sambung tanam. Mama busy mengalahkan menteri besar sekarang ni...sempena majlis makan malam syarikat. Tadi semasa membeli torchlight dan battery untuk majlis di kedai RM2...sempat mama jeling pasu plastik yang bermacam size berharga hanya RM2 sebiji.....nanti boleh lah shopping pasu yang besar-besar di sana...murah!  

Wednesday, April 24, 2013

Pokok Yang Tengah Hidup



Pokok Timun Batang

Pokok Mulberry & Pokok Cili Besar

Pokok Petola Segi


Pokok Ulam Raja

Pokok Markisa/Passionfruit

Pokok Roselle

Monday, April 22, 2013

Kailan Organik Di Kebun Mama

Salam,

Sebelum hadirkan diri ke mesyuarat majlis annual dinner company...meh nak karang pasal Kailan pulak..hee
Tahun ini mama mempunyai stock biji benih Kailan yang banyak dari pelbagai jenis. Kalau betul-betul konsisten tanam...mungkin bermula dari pertengahan bulan Mei hingga ke penghujung tahun mama dapat makan Kailan hampir selang sehari...:D ( Sindrom ketamakkan membeli benih kailan heheheh)

Untuk bulan Mei..in shaa Allah mama akan dapat makan Kailan Organik dari Kebun Bahagia Bersama (KBB). Sebanyak 13 pokok Kailan sedang membesar dalam 8 pasu. Kali ni mama tanam dalam pasu kesemuanya...tahun lepas ada tanam dalam patch tapi tak membesar...banyak Kailan mama bantut, mungkin tak sesuai dengan keadaan tanah..kali ni alhamdulillah semuanya menunjukkan pembesaran yang positive. 

Kailan Organik KBB - pada 16/04/2013 berusia 3 minggu selepas bercambah.



Ini gambar awal pagi tadi..sempat snap sebelum bergerak ke office - 22/04/2013 berusia sebulan selepas bercambah.





Lagi 3 minggu boleh la tuai kan...goreng dengan ikan bilis atau ikan masin. Taruk dalam nasi goreng pun lazat!

Record Kailan Organik:
22/03/2013 - semai
25/03/2013 - bercambah
01/04/2013 - alih ke dalam pasu
09/04/2013 - start membaja dengan baja tahi ayam

Continous plan...mama dah cambahkan Kailan Tokyo...biji benih dari Tanamsendiri. Okey kita sambung cerita Kailan Tokyo di lain entry...:D

Sunday, April 21, 2013

Tatsoi Di Perbatasan

Petang sudah...teringat pada Tatsoi mama...selalu jer duk jenguk Tatsoi ni...sekarang sudah berusia 3 minggu. Tak tahu lah Tatsoi mama ni membesar secara normal seperti pekebun lain tanam ke tidak. Meh mama tunjuk sikit rupanya...:D

Snap gambar ketika berusia 2 minggu selepas bercambah (27.03.2013). Mama tambahkan tanah sabut supaya badan Tatsoi lebih kukuh berdiri... 

Macam lambat jugak membesar kan?

Macam rapat jer mama tanam..kalau membesar nanti..macam tak cukup jer ruang untuk daun Tatsoi kembang. Ada sesiapa pekebun cuba tanam Tatsoi tak....jom kongsi-kongsi maklumat..:D

Friday, April 19, 2013

Bendi Merah Kongsi

Salam hari Jumaat,

Amalan kongsi dah semakin rancak dikalangan rakan sekerja mama...masing-masing makin bersemangat dengan aktiviti berkebun di laman rumah. Ok lah kan...aktiviti yang sehat dan ada rezeki boleh merasa hasilnya...:D

Semalam kawan sepejabat mama Kak Hasniza bagi ole-ole dari kebun laman nya..bendi merah 2 pokok. Rezeki betul, dalam mencari benihnya..terus dapat pokok..alhamdulillah atas rezeki Allah s.w.t. Terima kasih daun keladi...kalau ada nak lagi....:D

Thursday, April 18, 2013

Bayam Oh Bayam

Selamat Pagi...hari ni sudah khamis....esok weekend..weeee weee....:D

Mari tengok bayam mama ni...memang mama tak ngam kut tanam bayam ni...kalau ikutkan pembacaan mama pada blog-blog yang tanam bayam..sekejap saja naik membesar...haih ini sudah kali kedua mama tanam..macam lambat je pembesaran nya....ada apa-apa tips tak? Takat ni bayam malabar saja yang juara membesar...nak jugak makan bayam hijau ni...asyik kena beli saja.

Ketika berusia seminggu selepas bercambah (01.04.2013)

Ini berusia 3 minggu (16.04.2013) - kelihatan ada daun berbintik-bintik

Sebelum menyemai, tanah telah disediakan bersama kompos...kemudian mama tabur baja tahi ayam...selepas 4 hari, mama tabur biji benihnya. Siram setiap pagi & petang. Merumpai pun hampir hari-hari..untuk elak persaingan...ke cara mama ni salah...mintak tolong sesiapa yang tahu, sila tunjuk ajar...TQ...assalamualaikum..:D

Wednesday, April 17, 2013

Ahli Kebun Yang Baru

Salam,

Semalam selepas lunch atok Naufal singgah kedai hardware nak cari kayu....mama pun melilau lah dalam kedai tu...terjumpa dengan peralatan kebun yang baru....dah lama nak beli since tertengok pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Kemaman membuat kerja-kerja baik pulih tanah dan pokok...macam syok jer cangkul-cangkul...:D

Senang sikit kut nak gembur tanah yang berbatu-batu tu..hehhe ini dia..:D

Cangkul Mini - tak tahu nama standard apa para gardeners panggil

Manakala di bawah ni ahli kebun mama yang baru. Setiap pagi Jumaat atau pun pada belah petang setiap hari..mesti mandur kebun ni memulakan tugas...ke depan ke belakang ulang alik bersama kereta nya...kalau kereta tersangkut dengan rumput..satu taman dengar dia menjerit...aduhai anak~~

Awang peel comey...masa ni demam tak ceria walaupun dapat kereta baru!

Tuesday, April 16, 2013

Oh Untungnya..

Salam semua..:D

Apa yang untung yer...hmmm mama terasa diri ni untung sebab tiba-tiba mendapat si bunga telang!..tanpa diduga..sebelum ni dah pernah terdetik bunga telang ke ni....semasa membersihkan area pagar yang dinaiki pokok menjalar...dari rumah jiran belakang yang tidak berpenghuni...tapi belek-belek bunganya color tak biru sangat seperti yang dilihat dalam blog rakan berkebun semua.

Tapi nak dijadikan cerita...tok nek Naufal masih lagi berehat-rehat di Kemaman ni...dan mama sekali dua dalam seminggu akan ajak ke rumah...setiap kali ke rumah, tok nek akan meninjau laman kebun mama tu sambil bercakap-cakap dengan pokok..heheh...tiba-tiba tok nek kata..."esok kito buat nasi kerabu lah..bungo ado ni.."........uik uik betul lah bunga telang..hahha excited betul....tok nek kata.."yo lah nie...dah ado buah doh..bakpo tok tahu ko" huahuahua...mano lah kawe tahu...ingat buke..kang main amik guna..kejong kat meja makan...heheheh


Banyakkan benih hampir kering

Kudup bunga yang belum kembang

Baru terfikir nak place an order for Bunga Telang..cancel lah...cuma tak banyak daun & bunga macam orang lain punya..sebab mama sentiasa pi cantas-cantas...serabut..ingatkan pokok ntah apa-apa wat semak jer melilit di pagar...kesian engkau wahai Bunga Telang...

Ok mulai sekarang, mama istihar inilah Bunga Telang di kebun mama....untung lah kan..tak tanam pun..tiba-tiba ada....heheh....:D