Ini beberapa jenis biji benih yang mama semai di awal bulan April 2013.
1. Kailan Tokyo - benih dari Tanamsendiri semai pada 06 April dan selepas 2 hari bercambah.
Berusia seminggu selepas bercambah - pembesaran sekarang agak lambat
2. Tomato Organik - dari exspo MAHA
5 hari selepas bercambah
5 hari selepas bercambah
4. Tomato Tigerella - benih dari Kebun Bahagia Bersama (KBB)
2 hari selepas bercambah
5. Petola Segi - benih dari Tanamsendiri
Suka betul dengan petola ni..sekata jer membesar...berusia 5 hari
Ketika berusia seminggu 16 April - sekarang sudah ada 4 daun sebenar.
7. Semai Bayam Autumn pada 13 April dalam pasu besar bulat jadi tak perlu dialihkan. Benih dari Tanamsendiri.
Ketika berusia seminggu selepas bercambah - 22/04/2013
8. Cosmos Double - benih kongsi dari blog Growing and Being (Lynnhelite)
Gambar yang togel..alhamdulillah pagi ni nampak ada tunas baru muncul...(tak sempat snap picture)
9. Semai Radish Watermelon pada 06 April - benih dari KBB
Hanya tinggal 3 pokok yang berjaya keluarkan 4 daun sebenar sekarang. Ini ketika berusia 4 hari selepas bercambah 12 April.
10. Semai Cabbage Sugarloaf pada 06 April - benih dari KBB
Alhamdulillah cabbage berjaya hidup semua..ini ketika berusia seminggu selepas bercambah 16 April.
Salam nadia..
ReplyDeletebanyak tuh semaian2..inshaallah moga2 menjadi..sy skrang dah kurang dah menyemai sbb tak cukup ruang dah..cuma byk semai family sayur hijau jer...:)
sayur sawi pun ada tapi kurang nak jadi..mungkin panas sangat sekarang ni..yang ada sawi hong kong tapi kecik je
Deletesalam, turnip snowball semai sebiji satu polibag ke nadia? ssb sy baru plan nak semai ni...bagus idea ni..
ReplyDeletesy semai dalam bekas dah bercambah seminggu sy pindah ke dlm polybag. Satu pokok = 1 polybag..sy semai dalam 10 biji rasa nya benih..tapi x semua jd..ada je perosak yg jeles
Deletebyknye nadia...meriah nnt
ReplyDeletein shaa allah..ada rezeki boleh merasa semua yg disemai ni
Deletebanyak betul tu... seronok la lepas ni hijau semua tanah..
ReplyDeletekebanyakkan duk dlm pasu...kalau tanah direct menghijau dengan rumput aje lah
DeleteAssalam nadia..
ReplyDeleteMeriahnya semaian...
Seronok tengok..
Moga berjaya.
alhamdulillah..setakat ni ok lg progress semua semaian ni..harap2 boleh la merasa :D
DeleteMacam-macam jenis semaian.
ReplyDeleteSemaian kami pun banyak hilang kena makan apa pun tak tau.
diorg ni suka cambahan muda...manis kut
Deletebanyaknya semaian...syokla nanti kutip hasil...hhehehe
ReplyDeletein shaa allah..hari2 tgk pantau...tapi hari2 ada ajer yg terkulai atau togel..yg sangat berjaya sekarang ni bayam autumn hehhehe
DeleteAs salam Nadia,
ReplyDeleteWah! nmpk gaya semaian ni mcm nak buka ladang je.. Lps ni blh jd tokey sayur..hehe.. Semaian saya kali ni agk mengecewakan sbb lps bercambah dan hidup ia diserang dgn teruk oleh serangga. Anak petola segi byk yg tumbuh sendiri dlm kebun kecil saya sbb buah2 yg tua ada yg saya biarkan dlm kebun.
hahah ladang? tak penuh lagi ni kebun kecik sy..tolak dengan yang kena serang..tak sesuai dgn tanah, cahaya...tinggal berapa kerat saja..pokok timun..pokok petola segi sy pula...harini dah makin banyak kekabuh singgah...elok2 daunnya, sekarang dah jadi kering dan berlobang2...dugaan betul
DeleteSalam Nadia,
ReplyDeleteBanyaknya anak kecik dalam jagaan sekarang, he he!! Semoga membesar dengan sihat dan lebih menceriakan ladang!
yelah mak aji..nak ada anak kecil ramai2 tak dapat2...jadi dapat anak kecik yang ni pun jadi lah..rezeki jugak kan..:D
Delete