Assalamualaikum,
Ini mama nak tunjuk beberapa jenis serangga perosak dikebun mama...ada banyak jenis lagi..cuma pada hari kejadian..ini sahaja yang kelihatan..hah mama guna larutan sabun (satu sudu kecil) dan minyak (setengah sudu kecil) bersama dengan air 500 ml...sukatan ni diberikan oleh Encik Adry dari blog "Dedaun Alam". Mama spray tepat pada serangga-serangga ni...spray banyak kali jugak lah..5-6 kali..baru nampak depa jadi pegun dipokok hehehhe..puas hati..:D
Kumbang apa tah..ke parasit ntah la..bentuk bersegi color dark brown
Siap bertelur lagi..geli!
Tumbang ke tanah
Salah satu belalang...belalang hijau...belalang kunyit, & belalang coklat tak muncul pulak
Ini pun apa nama ntah..suka duduk di pokok terung...berbaris ramai-ramai..ada keluarkan bau menyegit
size kecil skit...banyak sangat di pokok lada..
Ini tak pasti sarang ke memang serangga ni...di pokok lada dan tomato..terbang-terbang putih
Ini ajaib..ladybird tak mati even sembur banyak kali..lepas snap gambar nya..dia terbang hilang...
Kesimpulan nya...semua serangga diatas boleh mati dengan campuran larutan sabun pinggan (sunlight) dan minyak masak (saji)...kecuali ladybird bintik-bintik tu..:D nanti boleh la cuba yer
good formula, senang!!
ReplyDeletetapi sukatan kena betul tak boleh tibai-tibai je...nanti tak jadi..:D
Deletemesti letih nadia spray ke haiwan perosak ni....hehe.......formula2 ni mmg berkesan untuk sesetengah haiwan perosak. yang setengah lagi tu(kekabuh timun)yang tu mmg dah cuba spray dia boleh wat tak tahu mcm tak da benda je. lepas ni kurang la serangan haiwan perosak nadia. kene konsisten spray la kekdahnya. :)
ReplyDeletememang terasa otot-otot lengan makin kental hahahha...lenguh jugak la..rasa nak simbah jer..time ada masa dan ternampak..sy spray je..yg hitam tu dah tak nampak sekarang ni..kekabuh tu still happy dalam kebun tu
Deletehahaha....saya dah pernah simbah ke pokok...lenguh sangat dah tangan rasa mcm nk tercabut. nasib baik tanam dalam bekas....angkut bekas,terbalikkan sikit pokok dan jirus....amikkk!!! hilang la sekejap. lepas tu naik balik.....x kuasa dah saya nak mengerjakan. kalo ada 20 pasu patah pinggang nk mengalih.
DeleteBukan stakat spray je otot berkental nadia....angkat pasu kesana sini dah rupa macam incredible hulk plak rasa. Nasib tak jerit je...... :)
betul sekarang pun rasa lenguh pinggang..tak tau lah dh masa nya kut simpton kurang kalsium heheheh...
Deletekekabuh tu sy amik kenyet je ngan jari tapi yg tak best ada bau..
As salam Nadia,
ReplyDeleteSerangga yg serang pkk Nadia tnm ni kebanyakan jenis kepinding dan ada org panggil kesing. Serangga ini akan menghisap cairan daripada bhgn pucuk dan akan menyebabkan pucuk jadi dan kering. Jika serangan teruk, pkk akan mati. Yg putih tu pn serangga perosak yg sedut cairan drp pkk. Daun dan pucuk jadi mengerekot dan pertumbuhan akan terencat.
Ladybird ada byk jenis. Ada yg jenis tlg kita dgn memakan serangga perosak jenis aphid. Kalau nak sembur, kena tgk bintik an corak pada badan. Yg 12 bintik tu merosakkan daun pokok. Ia juga mati jika semburan dibuat byk kali. Badan ladybird dilindungi cengkerang sayap dan ini menyelamatkannya drp mati dgn sekali spray.
Saya mmg pratikkan semburan organik ni utk kebun kecil sbb ia selamat dan mesra alam. Cuba sembur nyamuk. Diorg pn mati dgn semburan ni.
wasalam en adry...ha kesing br dapat nama tu..sbb bau busuk..sy tak ingat doh nama kesing ni..:D
Deleterasa nya bintik ladybird yg kt kebun sy ni tak lebih 12 kut...nanti cek semula..
Salam nadia..
ReplyDeletehaaiila banyak betul serangga yang dengki kan...kurang2nya cara yg awak gunakan itu berkesan jugak untuk mengawal mereka..tp sy blom pernah wat lg pun ..malas..heehe
itulah dah tgk jadi ni...mmg tak guna cara lain dh..cuma kekabuh coklat tu degil sikit...sekarang diorg dah berhijrah ke pokok tenne (petola segi)..sbb pokok timun abis dah arwah
DeleteKalau belalang jumpa kami kutip sebab nak kasi makan sugarglider...lompat lompat sugarglider gembira kalau dapat belalang.
ReplyDeleteada jugak yg boleh makan..kt sini takde nak mkn..makna nya belalang mati katak..pap pijak heheh
Delete