Mek Google

Thursday, January 31, 2013

Diari Phaseolus Vulgaris....Kacang Buncis Lah

Salam & Selamat Pagi

Hari ni cerita kacang buncis yakni antara sayur kekacang kesukaan mama. Suka sangat taruk dalam nasi goreng kampung. Jadi mama cari la benihnya cuba untuk tanam sendiri supaya boleh petik saja dilaman kebun bila terasa nak makan. 

25hb Nov 2012
Pagi ahad mama semai benih kacang buncis dalam petak semaian.

26hb Nov 2012
Antaranya satu benih amat bernas, pada keesokkan petangnya sudah menunjukkan ada tanda cambahan. Mama cuba korek cari benih yang lain...patut la tak bercambah..rupanya dah hilang. Mama rasa ini kerja sang burung.

Tinggal la satu sahaja yang selamat berusia seminggu- 04hb Dec 2012

10hb Dec 2012
Mama alih direct ke tanah berdekatan dengan kacang panjang. Nampaknya kena beli lagi benih kacang buncis ni.

Berusia 13 hari

07hb Januari 2013

Berusia sebulan 2 minggu...sangat lambat membesar

Dari segi penjagaan tak leceh..mama biar saja di situ...seminggu sekali baja kan dengan baja kimia pastu tanam perut ikan disekitar pokok...(hampir setiap hari beli ikan...boleh lah dibuat baja free untuk tanaman).

16hb Januari 2013

Perasan ada bunga..melilit pada pokok kacang panjang renek.


29hb Januari 2013

Mama baru sempat nak tengok kebun betul-betul...jumpa si dia..alahai..sebiji tergantung sorang-sorang...rasanya dah tua...nak biarkan aja lah...buat benih. Pokoknya pun tercedera sikit..ayah naufal syok sangat dengan mesin rumputnya..abis ditebas.

Kecik halus ja macam tak cukup zat.

Maknanya mama kena membeli jugak la kacang buncis..sementara tunggu kacang buncis sendiri berbuah lebih banyak. Melalui random google (DISINI), mama jumpa article mengatakan kacang buncis boleh mengurangkan berat badan dan juga mengandungi zat lectins untuk anti-tumor. Menarik kan? Akan tetapi kacang buncis perlu dimasak dengan betul supaya tidak memberi kesan atau masalah yang teruk pada perut.     

14 comments:

  1. Salam nadia..alaa 1 jer ...takperlah nanti blh tambah lagi kaum kerabatnya..dulu sy tanam ..tp selalu tak habis nak tuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah a'ah 1 je cenonet...kena tanam lagi pokok nya..supaya boleh berlawan-lawan berbuah..duk sorg takde cabaran kut heheh..

      Delete
  2. assalamualaikum nadia..
    alamakkkkk!! tinggal sepokok je... ? sian.. nak wat camne kan.. rezeki si burung dari awal.. kalau tak sure banyak buncis nadia yg berbuah.. hehe.. lepas ni leh tanam balik.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam nani..cadang nya nak tanam lagi lepas settle semua agenda keluarga..buat masa sekarang takle focus sangat pada kebun..hari cuti pun asyik away...takut nanti semaian pun tak menjadi

      Delete
  3. Salam nadia,

    Dah besar nanti berbuah banyak tak termakan pula. :)

    Info pasal kacang tu mcm menarik je,part boleh kurang kan berat tu yang suka. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan menarik kalu bab-bab turun berat ni...sy suka cara mcm ni..dari nak makan tablet or serbuk2 kurus..

      Delete
  4. Salam Nadia,
    banyak2 sayur kekacang, kacang buncis nilah yg akak tak pernah tanam dan tak pernah beli utk.buat sayur entah kenapa..tapi bila dihidang akak makan cuma tak pernah terfikir cari sayur ni hehehe mungkin lepas ni, boleh cubalah..boleh bantu turun berat ye..jom try.Terimakasih kongsikan info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.puteri...dulu2 pun sy x minat...since g kedai chinese muslim..rasa sedap plk...krup krup mkn...info tu kebetulan jumpa...lg la jd semangat nk tanam byk2...jom tanam

      Delete
    2. benih dr en iskandar...nnt nk kne cari lg benih ni..kne tanam byk2

      Delete
  5. Salam Nadia,

    Boleh turunkan berat badan ya, bagus info ni! Hai nampak gaya kena cari ni!!

    ReplyDelete
  6. hah? kurangkan berat bdn..huish..nak tanam hari ni jugak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe kelakar la lynn..tapi sy br jer order benih dgn diana (kebun bahagia bersama)...nanti nak tanam lagi..:D

      Delete