Mek Google

Monday, January 7, 2013

Percubaan Membuat Kompos

Salam Selamat Pagi,

Hari ini kembali ke office...tak jadi sambung cuti sampai esok..heheh ayah Naufal kena masuk kerja...so marilah bekerja nya...:D

Okey ini kerja sambilan mama sebelum ini..saja cuba-cuba....ingat minggu ni boleh lah digunakan untuk pokok-pokok dalam pasu mama. Pokok terung dalam pasu dah nampak macam tak bermaya..mesti dah kurang nutrien.

Melalui pembacaan mengenai kebaikan homemade compos, mama terfikir untuk mencuba melakukan perkara yang sama pada tanaman di kebun mama. Sebelum ini, tanaman di kebun mama bergantung pada baja organik serta sedikit campuran baja kimia. Kebetulan mama mendapat baja free dari sang arnab. Seperti nasihat Encik Iskandar di blog "Tanam Sendiri", tinja arnab elok dicampur dengan tanah untuk beberapa  minggu sebelum digunakan bagi mengelak pokok mati akibat terlebih nutrien.

Mama menggunakan tong cat terpakai untuk mengumpul bahan-bahan dapur yang terbuang seperti sisa teh, sisa nasi, sisa sayur, kulit telur, kulit bawang dan sisa buahan. Kesemua bahan tersebut mama campur dengan tanah, daun kering, rumput kering seperti yang dilakukan oleh rakan gardening  mama...ummu di blog "Our Simple Garden".

Setiap hujung minggu mama akan check keadaan kompos untuk memastikan ianya tidak kekeringan. Setakat ini mama berjaya menyediakan dua tong cat bersize sederhana untuk menyimpan kompos.

Kompos Pertama bercampur dengan tinja arnab - 25hb Nov 2012

Kompos kedua - 15hb Dec 2012

Area untuk keringkan rumput rumpai dan daun-daun..kadang si meow pun membuat investment kat sini

Taken on 04 Jan 2013 - Kompos pertama..pokok tomato pun ada tumbuh..sebab campak sisa tomato.

Ok lepas ini cadangnya nak kumpul tinja cacing pula..cuma tak pasti cara nya..kena lebih banyak mencari maklumat...:D 

15 comments:

  1. Salam nadia...
    wah bersemangat buat kompos yer...mintaklah tolong ayah gali lubang sikit ..tohok jah dale lube..heheh..pahtuh kambus..nati sy ata alamat bila free sket..kita tukar benih lah..baru tok malu muko mitok..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh dah mintak tlg tapi ayah naufal sediakan tong cat sahaja..:P
      orite..nnt bagi yer pada email sy nadia@perwaja.com.my

      Delete
  2. Salam nadia,

    saya pun mcm nadia jugak,sedang cuba2 buat kompos sendiri. Tak tau la berjaya ke tak,sebab nk kene ada ratio yang tepat kalo tak nanti jadi busuk plak kompos tu kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang busuk-busuk mcm perut2 ikan tu sy terus tanam tepi setiap pokok..

      Delete
  3. nadia,

    camne t'ganu? tgk berita kata ada amaran ribut tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang terlibat dikatakan dh buat preparation..kebanyakkan nya di tepi pantai..sekarang ni dh tak hujan 2 hari..cuaca biasa je..pagi ni agak windy..tak tau la tu ribut mcm mnr...

      Delete
    2. Ribut sonamu kan?

      Katanya pantai dungun paling teruk kene. Tak tau la budak2 uitm tu macam mana. Hb saya bg tau,kat hospital KT derang dah pindahkan pesakit. Katanya,Air laut boleh naik setinggi satu tingkat hospital KT. Harap tiada ape2 yang buruk berlaku. Awak pun take care ya.

      Delete
    3. a'ah kitaorg tengah menunggu dengan redho..damage dijangka area dungun dan Kuala Terengganu...di daerah kemaman tak disebut..tapi tgk sekarang ni angin agak tak sepoi-sepoi bahasa..liut lentuk jugak pokok2 besar tepi jalan...dan cuaca mendung kt sini..

      Delete
  4. Rajin nadia...ni kat rumah ni rumput pun xdak..cmna nak but kompos ni,..hu...pokok pegaga ja bnyak...

    Ada terbaca jgk pasai ribut tu.nadia dan keluarga jga dri ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe sy campur semua bhn sisa yg ada kt umah ni..kobis yg lapisan mula2 tu biasa sy buang..pun sy jdkan bahan kompos..

      pasal ribut tu..buat masa sekarang pihak hospital di dungun dan KT lah plg busy pindahkan pesakit..bwk mai ke kemaman ni...takut pulak apalah jd pada kami semua ni esok hari

      Delete
  5. As salam nadia,
    Saya buat kompos dgn cara mudah je. Guna rumput dan rumpai yg dibuang. Kumpul setempat mcm busut, lepas tu tutup/sungkup. Dah sampai tempohnya, korek semula busut kompos utk digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk nak korek tanah tu dah tak larat..sekarang dah rasa urat sendi segala sengal2..tak cukup zat ke apa sy tak tahu lah..

      Delete
  6. saya dalam proses ni melonggok hasil buangan arnab yang kuat makan dan 'hasil'ny mak aihh, banyak betul! takut space nak mengumpulnya yang tak cukup. huhuhu
    nak buat bin cacing ada dalam blog saya. tapi sampai la, tak digunakan lagi bajanya sebab belum ada masa yang betul-betul free nak dituai. nak handle cacing yang dijangka gemuk-gemuk dalam bin tu memerlukan masa bertenang yang lama. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tgk cara tu dlm blog wani..nnt2 ada masa nk try jugak...hoho acara fearfactor tgk cacing geliat lentok :D

      Delete
  7. salam... saya baru nak bermula buat kompos ni

    ReplyDelete