Mek Google

Monday, December 24, 2012

Ketumbar aka Coriander

Salam,

Akhirnya menjadi jugak pokok ketumbar yang manja ni...serious ketumbar ni mengada-ngada..satu-satunya pokok yang dibelai dengan penjagaan yang rapi - kadang Naufal pun kurang kasih sayang dek kerana ketumbar ni....ishk ishk..

Mama cuba tanam dengan akar beberapa kali tak menjadi....cuba pulak dengan biji benih sampai habis 1 pek benih dari tok nek pun tak jadi..last sekali mama beli lagi sekali biji benih kat pasaraya...tabur merata kat patch...dah tumbuh agak-agak tinggi dalam 3 inci..mama alih pada pasu..supaya senang nak jaga.

Walaupun dijaga sepenuh jiwa raga...bagai menatang minyak yang penuh...keadaan nya tetap keding..takpa lah asalkan hidup..payoh sungguh nak hidup weh demo ni..meh tengok gambar si ketumbar keding ni

Batch pertama - dari biji benih

Batch kedua

Ada lagi yang tumbuh dalam patch.

Lepas ni focus pada daun sup pulak...:D

11 comments:

  1. Salam nadia...
    kalau ikutkan saya taklah susah sangat nak tanam ketumbar nie...janji tabur fresh seeds..tanah lak mesti sentiasa lembap agar senang bercambah...dan jgn letak tengah2 panas....tak tahu lak nadia susah nak tanam nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak bercambah..pastu bila siram air tumbang..mula la tak jd..

      Delete
  2. Saya macam awak jugak nadia....kurang bernasib baik dengan pokok ketumbar....itu belum lagi jagung. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...tp tak boleh putus asa kan.....itu semua cabaran bergarden. Lagi banyak bergarden lagi banyak yang kita belajar..... :)

    Tp kan,ketumbar kan mmg keding compare tu daun sup kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ingat sy punya je keding..hahah seme yg sy tanam mmg keding..tak berapa nak gemok!...lps angin hujan 2 hari ni...pokok ketumbar ni dah melepek...bkn kne hujan direct..tempias je pun...nasib lah ketumbar..

      Delete
  3. Sama laaa...semai ketumbar keding...siram air mcm nak mati je. Sekarang....tabur je merata2 kat kebun kat mana kot sesuai dia nak idup. Jgn putus asa jom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah tabur aja..yang nak hidup..hidup lah...pastu sy amik buh dlm pasu..senang nak pindah-pindah ke tempat yg sesuai kalau hujan panas

      Delete
  4. Assalamualaikum...
    haaa.. saya penah tanam ketumbar.. tapi hayat tak panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun berharap panjang lah umur..sbb ditimpa tempias hujan...melepek semua nya...tak tahu la tu balik ni keadaan nya mcm mnr..hujan lebat non stop dari pagi td..

      Delete
  5. Salam nadia. Tak silap saya jenis pokok macam daun sup, ketumbar n saderi perlu byk air dan baja sebab dia simpan makanan dalam batang. Daun sup saya yang saya baja minggu lepas pun dah mula gemuk.

    ReplyDelete
  6. salam nadia ketumbar memang lambat sedukit percambahannnyer...tanam ketumbar nie kena banyak bersabar take time omputih cakap heh heh..... ok

    ReplyDelete
  7. salam wanie & hidayah...thanks utk tips menjaga ketumbar...:D
    harini angin kencang dah takde sgt kut...jadi jumaat ni boleh kembali berkebun
    mmg habis pokok2 kecik sy melepek ke tanah..seme baring ja..

    ReplyDelete