Mek Google

Saturday, December 29, 2012

Berbuah Selepas Hujan

Okey ini gambar yang diambil semalam Jumaat, cuaca agak elok...hujan cuma renyai-renyai sekejap pada paginya..kemudian matahari bersuhu sederhana sehingga ke petang. Jadi dengan cuaca yang elok..elok lah mama membaik putihkan kebun...mana yang senget ditegakkan kembali, ikat dengan tali rafia..dan sendal pancang dengan batu bata. Semasa kerja-kerja baik pulih dilakukan...mama ternampak pokok bendi, kacang botor, dan petola berbuah elok. 

 Bendi Kampung berbuah..ada buah rupanya..ingatkan tak jadi lepas banyak bunga gugur.

 Kacang Botor pun sama..masa hujan tempoh hari..banyak bunga gugur.

Petola kedua..yang sulong tak menjadi..yang kedua ni mana datang tah..tiba-tiba nampak terselit..mujur hidupkan..sebab pancang ni dah roboh sepenuhnya...sangat berhati-hati mama angkat dan pasang pancang ni...:D
Rahmat hujan kan..walaupun ada yang sedih rebah ke bumi..Allah berikan juga keceriaan..alhamdulillah...:D

4 comments:

  1. Nampaknya masih ada rezeki nadia...saya da terbayang menu yang boleh dimasak dgn bendi dan petola ni...ermmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la alhamdulillah..cuma sekarang risau serang dek belalang atau lalat buah..bendi ngan petola plg simple..sy suka celur je wat ulam hehhe

      Delete
  2. alhamdullillah... walaupun cuaca buruk.. ada hikmahnya.. best tengok petola tu.. tak lama dah nak tunggu.. sket lagi je kang gemok lah kan.. leh petik wat sayor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lagi 5 hari boleh petik...arini dah nk jd gemok kat bawah

      Delete