Mek Google

Sunday, December 30, 2012

Kangkung

Salam Ceria,

Kali pertama tanam dari keratan akar mati ditimpa racun rumpai..kali kedua dari benih pun tak menjadi...tiba-tiba batang nya reput mungkin tak sesuai dengan keadaan tanah yang terlampau padat. Mama cuba lagi sekali apabila ayah belikan benih kangkung. Kangkung favourite ayah..jadi tak sah kalau tak tanam kangkung. Sebelum semai, mama berpakat dengan akak bibik cari tanah dikawasan tepi bukit berhampiran rumah kami...(mama pernah nampak orang ada tambun tanah) hhehehe satu kerja pulak kan...nenek kata memang mama ni takde kerja...cari kerja pelik-pelik...save cost lah nenek..takmo beli tanah lagi kat nursery tu...buang duit saja...:p

Semai pada 14hb Dec 2012 dalam window box dan benih bercambah pada 16hb Dec 2012. Happy!

Cambahan berusia 3 hari - 19hb Dec 2012

Kelihatan subur dengan medium campuran tanah pasir, tanah hitam dan tanah bukit.

Pada hari Jumaat (21hb Dec 2012) lepas, cuaca sangat elok...subuh hari hujan...kemudian pukul 7 pagi sampai lah ke petang cuaca sangat cantik untuk tanaman mama bernafas. Kangkung pun sangat elok bercambah. Jadi mama alihkan separuh ke patch.

Bersama cambahan timun mini

Bersama pokok bendi dan tomato

Walaupun hujan non stop pada 22hb sehingga 25hb Dec 2012 yang menyebabkan bencana kecil pada kebun mama, kangkung tetap maintain gagah hidup...Harap-harap tahun 2013 boleh la merasa kangkung goreng belacan tanam sendiri....hehehe..:D

Cambahan berusia 11 hari - 27hb Dec 2012

7 comments:

  1. Salam. .kangkung memang suka air. Bila hujan dan lembap menjadi2 pokok sayur ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp k.mar..masalah belalang tak selesai lg ni..daun dh baru nak kebun..jd rezeki diorg pulak huhuhu..itu belum lg che nab yg dtg..mmg tak merasa la sy

      Delete
    2. * nak gemok..mcm mnr boleh g tulis kebun ni..heheh

      Delete
  2. Salam nadia...
    kangkung kalau musim hjan lagilah senang lah tumbuh...once dah besar akan senang pulaklah beranak pinak..nanti tak lama lagilah tuh dpt hasil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh somi sy hari2 duk intai kangkung dia..dh gemok sikit daun nye br la dia excited

      Delete
  3. kangkung kalau tanam senang hidup tak macam pokok2 lain....semai dan tinggal pandai2 la derang hidup. time hujan lagi la menjadi2 sihat nye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup hujan2 ni baru menjadi...sebelum ni jenuh tanam tp jd lembik batang nyer..

      Delete