Mek Google

Monday, December 3, 2012

Happy One Year Naufal..

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Alhamdulillah, 28hb Nov 2012..genap setahun usia anak teruna mama..:D

Mama doakan Naufal sentiasa membesar dengan sehat walafiat...sentiasa menyenangkan hati mama & ayah dengan gelagat-gelagat comel, separa comel or tidak comel sekali pun...dan membesar menjadi anak yang soleh didunia dan diakhirat amin. 

Sempena setahun ini mama & ayah akhirnya berjaya juga membuat jamuan akikah untuk Naufal pada hari Sabtu (1hb Dec 2012) selepas banyak kali merancang tarikh-tarikh tertentu tapi tak menjadi. Kita yang merancang Allah yang menentukan...Majlis makan ringkas dihadiri sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga. Alhamdulillah selesai juga...:D

Gambar majlis masing-masing terlupa nak ambil...sibuk melayan tetamu..

Dan alhamdulillah sekali lagi selesai sahaja majlis pada pukul 6 petang hujan turun sehingga pagi ni...tahun ini musim hujan delay agak nya...biasa bulan 11 hari-hari akan hujan...Naufal pun dilahirkan pada hari hujan yang lebat..:D

Happy dapat makan biskut coklat!

 Dengan spec cik su bagi

 Suka sangat tarik kain solat mama..nah amik pakai

Kain tudung mama pun jadi mangsa keadaan

6 comments:

  1. Selamat hari jadi naufal yg comey...besar nanti jd anak yg soleh & taat tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..semoga anak2 kita berjaya, beriman dan taat..:D

      Delete
  2. Happy Birtday Naufal,Semoag menjadi anak yang soleh dan taat pada mama dan papa naufal.

    Gambar pakai spek tu tak tahan tengok!!!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..mudahan makbul la doa2 kita pada anak2 ni..:D

      itulah spec tu nak tergelak tgk dia pakai..mcm hero cita tamil..heheheh

      Delete
  3. Happy belated birthday to Naufal..alhamdulillah function selesai. .semoga Naufal peroleh kejayaan dunia akhirat..

    ReplyDelete