Mek Google

Saturday, December 29, 2012

Mr Potato..Yiba Yiba

Khamis lepas balik kerja sampai rumah awal sebelum pukul 6..jalan kurang sesak mungkin ramai tak datang kerja sebab terkandas dek banjir. Kebetulan atok bawak naufal berjalan-jalan tengok keadaan kawasan terlibat dengan banjir...jadi mama boleh lah membuat kerja rumah.

Selepas proses memasak...sambil tunggu ayam hainan direbus..mama berkejar ke belakang rumah tengok kebun!...Hampa tengok pokok ubi kentang dalam  satu pasu ni...dalam hati "tak menjadi lagi kali ni"...jadi mama pun tarik untuk buang...apabila tarik..tergolek jatuh sebiji ubi sebesar penumbuk naufal..manakala lagi 2 biji duk tergantung pada akar pokok tu...hahhahah girang macam orang tak betul je mama masa tu...seb baik takde orang...kalau ta memang orang fikir tak betul...nampak ubi pun excited ker!!!..hah mana tak excited..hasil tanam sendiri kan kan...:D

ini hasil nyer lepas dibasuh...tak sempat ambil gambar masa kat akar pokok tu...lupa..excited sangat terus basuh..:p

Ubi kentang untuk sup Naufal

Kalau ikutkan tempoh menanam pada 6hb November 2012...jadi ubi ni berusia sebulan 3 minggu. Ini buat mama rasa bersemangat nak tanam lagi...lepas ni nak tanam direct pada tanah...:D 

8 comments:

  1. Comey kentang tu.hehe..pokok kentang sya abes busuk pasai terendam dlm air..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik2 semua nya..lupa nak snap picture comparison dgn kentang yang beli..lepas ni kita try lagi tanam..sy nak tanam direct kat tanah yg tinggi sikit

      Delete
  2. He he tergolek-golek ubinya ya.. Jgn disangka tak ok.. Camne rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa x tahu lagi..esok br nak buat buburnya..kalu ikutkan color..sama je dgn baby potato yang sy beli kt pasar hehehe..cuma size kecik ketot!

      Delete
  3. Bersih dan bulat2 kentang nadia ni...next time mesti lagi menjadi sbb da ada pengalaman hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersih sebab dah cuci gonyoh bukan main lagi...klu tak jelemueh dengan tanah lembik.

      Delete
  4. Yeah ada progress second time...InsyaAllah next makin menjadi tanam kentang. Mesti berani nak mencuba sahaja :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah...heheh semalam rebus je kentang ni..campur dgn baby potato beli..maybe yg tanam ni muda lagi..cepat empuk..naufal plak asyik nganga mulut nak nak..mmg semangat lah nak tanam lagi sbb anak mkn!

      Delete