Bunga Daisy nenek...geram tengok..color kuning dan merah pun ada tapi tak berbunga kali ni...mama nak amik semai pokoknya..nenek tak kasi pulak..nenek takut pokoknya mati dikerjakan mama...huhuhu one day akan mama ambil jugak!!
Ini mama tak tahu nama..nenek pun tak ingat..nenek main beli je pokok yang nenek rasa comey. Jadi mama namakan pokok bunga jarum merah...sedap tak nama tu heheh
Ini pun tak tahu nama...jadi mama namakan Pokok Bunga Pucat..sebab color dia pucat..takdak seri..bentuk je unik.
Ini bunga pada Pokok Sambung Nyawa sebab boleh ubat pelbagai penyakit nenek kata. Mama ada amik makan pucuk daun nya..huhu horror rasanya..agak berlendir dalam mulut. Jenuh nak abiskan..terus telan saja.
Pokok nya agak tinggi...nenek tanam pokok ni tahun 2007, masa tu atok kena high attack. Jadi ada orang suggest tanam pokok ni makan as ulam untuk sembuh. Tapi tau ajalah atok tu, dia bukannya nak makan perubatan traditional. Jadi pokok ni sebagai hiasan sajalah di depan pintu pagar.
Ada satu pokok kecik tumbuh dalam pasu..ingatkan mama nak amik letak kat umah..tapi niat terbantut sebab batangnya berduri. Tak sesuai dengan anak kecil yang serba nak tahu macam Naufal.
Background belakang tu, tanaman jiran belakang umah. Pakcik Mejar bersara ni usahakan tanaman lada besar. Segar-segar ladanya..kekadang tu tak terpetik..sayang je.
Bunga yang kecik cenonet ni dari pokok ulam raja belakang umah mama...hehehhe bunga lain dah layu ujan-ujan ni...:D
Pokok yang nadia panggil pokok bunga pucat tu ada namanya tapi saya x ingat. Kalau tengok betul2 macam ada burung warna hijau bertenggek di tengah bunga.
ReplyDeletebalik kerja terus tgk bunga ni...ada yg nmpk ada bntk burung...ada tu x nmpk...heheh unik betul cuma color x menarik
Deletecantik bunga jarum merah tu nadia....hehheheh...sekali tengok macam jejarum pon iya kan
ReplyDeleteitula dini, pokok bunga ni klu dh berbunga mmg cntik...sy intai kut ada anak pokok pada pokok2 mak sy ni...sbb nk beli agak mahal bg sy...puluh2 ringgit huhu
Delete