Mek Google

Monday, August 11, 2014

Masih Beraya


Assalamualaikum,

Hampir 15 hari sudah kita berada di bulan Syawal...Salam Aidilfitri pada semua rakan maya...ampun maaf jika ada silap kata dalam berbicara di blog ini...:D

Lama sudah tak berkesempatan singgah di blog...bermasalah dengan anak berebut bila nampak mama nya bermain iPad atau phone. Jadi untuk elak kan anak-anak sentiasa dengan gadget modern ni...mama pun perlu kurang kan juga bersama gadget...:p

Raya tahun ni disambut secara sederhana bagi menghormati keadaan di Gaza dan MH17...tapi kami sekeluarga berpuas hati kerana cuti raya lebih lama secara tak langsung dapat berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara lebih lama...Alhamdulillah dapat jumpa dengan semua orang :D

Gambar raya tak dapat dikongsikan...semua nya ada dalam camera encik suami...belum sempat dimuat turun...tapi saya ada gambar yang mengembirakan hati...



Cik Orkid kembang sudah....purple gelap rupanya...lama tunggu ianya berbunga...tahun lepas beli di pasar tani dengan harga rm28



Tara...anak dara mama dah pandai merangkak...abg Pa dulu pun mula merangkak pada bulan Syawal...adik Cha akan masuk 8 bulan pada 14hb ni...kalau ikut kan adik lebih awal merangkak sebulan dari abg yang mula merangkak pada 9 bulan.

Sekejap je masa kan sehari hari tengok diorang ni membesar...:D



11 comments:

  1. selamat hari raya nadia..
    wah temban dan comelnya adik...lama tak tengok..abg naufal pun dah besar..:)

    ReplyDelete
  2. Salam. Selamat Hari Raya Nadia. Lama tak dengar berita. Tengok sibulat tu pun dah pandai merangkak...comelnya dia..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Aidil Fitri maaf zahir dan batin.. abang Pa pun teringin buat macam adik Cha juga ya.. saat - saat indah merakam aksi anak-anak yang sedang membesar!

    ReplyDelete
  4. Susah nak online skang ni...naufal pun sibuk.sekali nak online..sekali die buka youtube abis data..

    ReplyDelete
  5. Salam Nadia,

    Padanlah jarang nampak kelibat, sibuk ngan anak dara yang dah mula merangkak! Comelnya Raeesa dan dah besar abang Naufal ya! Seronoklah mereka berkawan ya!

    ReplyDelete
  6. Oh ya, lupa pulak, cantiknay orkid tu, pertama kali Mak Aji tengok yang macam ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat lagi nak cari ID Orkid ni...ni pun tgh berebut dengan Naufal...haih

      Delete
  7. Selamat hari raya comeynya budak2 tu
    dan okid pun cantik kaler merun...

    ReplyDelete
  8. As Salam nadia....
    lamanyer cuti raya...
    SELAMAT RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..
    comei betui la...depa posing bwh kusi...

    ReplyDelete
  9. Hihi budak-budak ni time elok perangai Mmg nmpk comel

    ReplyDelete
  10. Alahai comeynye anak dara Nadia. Makin bambam,ikut abang naufal la tu. Di doakan semoga anak2 nadia sihat2 selalu. :D

    ReplyDelete