Mek Google

Thursday, August 14, 2014

Musim Sawi & Kacang Panjang


Salam,

Minggu ni minggu semangat kebun...hihi daa slow down dengan raya...jadi boleh fokus kebun lah pula...sebelum ni ada berkebun sambil amik gambar..tapi tak sempat nak bercerita...

Bulan puasa lepas banyak kali dapat tuai sawi...jadi tak bermasalah untuk membeli sawi..yelah puasa tak consume sawi hari-hari...

Selepas tanam sawi menang...saya cuba tanam sawi dari lain variety...antara nya sawi dari Kebun Bahagia Bersama...sawi jepun Komatsuna Gokurakuten...bawah ni antara sawi nya..tak tau la betul ke tidak sawi nya..dah bercampur-campur bermacam jenis hihi...setakat ni sawi yang di tanam sangat sedap tak pahit..







Manakala bulan raya ni pula untuk kacang panjang...boleh dikatakan setiap hari dapat tuai kacang panjang..



Ini tuaian hari ni...muda-muda lagi boleh buat ulam atau digoreng...saya suka campak dalam nasi goreng...ranggup! 

Oh ya nampak tak terung panjang tu...berjaya juga tanam terung panjang (walaupun tidak la panjang sangat)... Satu pokok je ada...buah pertama aritu dapat tuai pada hari sebelum raya...selamat boh dalam gulai dalca.

Ada lg beberapa pokok terung baru nak membesar...berdebar apa lah jenis buah nya..boring daa terung bulat!

17 comments:

  1. sawi yang ada kat sini belum pernah tanam lagi ,,pakchoy adala....benih terung semai tak menjadi....dan kacang panjang pun belum cuba lagi...

    banyak juga tuaian diana......jimat belanja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayur agak jimat...cuma lada besar ni susah betul..

      Delete
  2. Kalau macam ini setiap hari bestlah Diana tak payah beli masuk fridge.
    Nak masak keluar dapur petik aje..
    Kakak tanam kacang panjang yg senang tu pun tak menjadi. Pada hal kat kampung kakak tanam ok aje.
    Geram betul bila baru tunas dah hilang dua-dua daunnya kena ngap apa entah... semua pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siput kut kak..tak siput...burung..kawasan umah ni selain siput ulam..burung kelicap tu suka patuk patuk pucuk pokok atau anak pokok sy

      Delete
  3. kami ada terung pipit je nadia...terung lain abih tinggal rangka ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom semai lagi dan semai lagi...ini entah dah berapa kali semai..baru menjadi satu pokok....sy masih semai lagi pokok terung...untuk sustain supply

      Delete
  4. Salam Nadia,

    Ewah... sawi dia! Jeles okay! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah honey jeles hihih...jom semai sawi

      Delete
  5. Pokok kacang panjang kak kat pagar belakang kena mesin dengan tukang rumput. Sedang berbunga pula tu.Hish..geram juga. Tak kenal ke pokok kacang dengan rumput...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kak mala bunga kacang pun cantik masa kembang...color soft purple!

      Delete
  6. Jelesnye tengok kacang panjang. Saya belum berjaya tanam dengan hasil yang lumayan

    ReplyDelete
  7. Syukur Alhamdulillah rezeki tak putus-putus dari Kebun Nadia sehingga sekarang.
    Gambar No. 3 tu memang nampak macam Komatsuna Gakurakuten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tgk semua nya jadi tumbuh walaupun x sesubur mana...skang tengah semai hiroshimana ngandung vita apa lupa dah...:D

      Delete
  8. singgah dari blog kak mala saad, seronoknya ana dapat mengenali insan2 istimewa yang rajin berbudi pada tanah, Alhamdulillah..salam ukhwah..:)

    ReplyDelete
  9. Alahai Nadia dah siap menuai dah,saya ni tak menyemai2 lagi. Geram dan jeles tgk tp penyakit M melampau2 mengada. hehe.... Tumpang seronok tgk.

    ReplyDelete