Salam Selamat Pagi,
Pagi ni tak ada buat apa-apa di office ni...semua report, document segala bagai dah disiapkan..hanya tunggu task baru untuk next year..heheh rehat lah kira ni..buat housekeeping...:D
Hari ni..jom mama nak share resipi ayam hainan...buat Khamis malam lepas untuk buka puasa..biasa orang buat nasi ayam hainan..tapi mama makan dengan nasi putih biasa...nak makan ayam je cara hainan...tapi jadi hainan ala-ala tak berapa hainan hahahha...:D
Dah siap dibakar
Tara hidang untuk dimakan..touch up sikit dengan tomato dan timun muda.
Alhamdulillah tertunai hajat nak makan ayam hainan untuk berbuka puasa. Lauk lain mama panaskan aja apa ada dalam fridge..ikan kerisi masak asam pedas dan udang sambal petai...ajak nenek dan tok makan sekali kat rumah..makan ramai-ramai lagi best
Okey resipi nya:
Setengah ekor ayam
Halia ditumbuk - mama taruk sebesar duit 50 sen...suka halia banyak
Lengkuas ditumbuk - mama guna sebesar duit 20 sen
Bawang putih 6-7 ulas ditumbuk
2 kiub stok ayam
2 sudu kecil garam
1 sudu besar sos pes ayam hainan
1 liter air untuk merebus ayam
sedikit lada sulah
* Semua diatas direbus dalam satu periuk selama 40 minit.
Niat asal nak kukus..macam ayam hainan kukus...tapi pengukus mama kecik...jadi amik masa lah pulak..puasa-puasa ni tak larat nak tunggu lama..jadi mama pun amik loyang...bubuh semua ayam tu untuk dibakar.
3 sudu besar sos tiram pedas
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar kicap cair
4 sudu besar air rebusan ayam tadi
* Semua ini mama siram ke atas ayam dalam loyang. Kemudian masukkan loyang ke dalam oven. Bakar selama 20 minit dengan api atas bawah bersuhu 110 celcius. - depend pada jenis oven masing-masing..ada yang cepat panas tu kurangkan suhu...kalau terlebih suhu ayam akan kering..tak best!
* Agak-agak..5 minit sebelum masak tu...taburkan bawang besar dan daun sup...ini untuk kasi pembangkit selera...ada orang tak suka..terpulang nak letak ke idak...:D
* Last sekali..boleh lah dihidangkan dengan hiasan timun, tomato dan salad..tapi mama tak ada salad...:D
Happy Cooking!