Mek Google

Friday, May 30, 2014

Bunga Burung Bertenggek


Assalamualaikum Jumaat,

Teringat akan cerita terdahulu mengenai bunga yang berbentuk burung...dulu mama cuba semai dengan biji benih...alhamdulillah berjaya...setelah 7 bulan ini update nya:



Macam mana berjaya tak pokok bunga ni...hihihi :D Mama suka daun nya subur dan lebar-lebar..cuma bunga nya masih pucat...sepatutnya bunga tu warna pink lembut.




Ini yang ada di rumah nenek...bunga nya pink tapi daun jenis tirus. Ini nanti mama nak cuba tanam dengan keratan batang.

Entry Terdahulu:

Dari Biji Rupanya

Thursday, May 29, 2014

Salad Lionhead

Salam...selamat petang...lewat bersiaran..:D

Kali ni jom tengok perkembangan salad Lionhead mama...benih dari tanamsendiri.com.


Hampir sebulan selepas disemai (4hb Mei 2014)


13hb Mei 2014


3 minggu kemudian (23hb Mei 2014)... Pembesaran tak sekata...mama rasa lepas ni nak tanam satu pokok dalam satu pasu..ke memang macam tu adat nya jika berkongsi ada yang kalah hihihih

Tuesday, May 27, 2014

Sawi Yang Tak Menang



Sawi Menang yang tak menang...sebab nya...1. Daun tak lebar...2. Daun dah terkena jangkitan (nampak tak garisan tu)....3. Batang halus je...4. Dari berpuluh yang disemai...hanya ini yang berjaya hidup...5. Satu pasu...satu pokok...jika kongsi..semua tak hidup...

Ada yang tahu cara atasi...meh kongsi-kongsi maklumat di sini

P/S: sawi ni berumur hampir 2 bulan...

Monday, May 26, 2014

Shopping Time!

Assalamualaikum,

Tajuk macam apa jer...mama shopping di pasar tani sahaja...ini lah hasil tangkapan 2 minggu ni..entah lah meroyan beli bunga...tak dapat beli benda lain..bunga pun jadilah...kesemua ni tak lebih dari RM10 untuk setiap satu...murah lah sebab kalau diikutkan biasanya untuk orkid-orkid tu tak kurang dari RM16..sebab dah berbunga kan...dan Daisy tu pula biasa nya RM12 sepokok..jika ada hari taukey bunga buat tak kenal RM15 sepokok dia letak harga....hahahah jadi bila dapat harga bertuah ni harus lah sambar!

Nobile Yellow 




Black Purple Dendrobium

Mama google maklumat kesemua orkid ni dari jenis Dendrobium. 

Daisy Putih, Kuning, dan Shocking Pink....pokok tu apa nama entah...nenek yang beli 

Ni baja untuk Orkid..sembur sahaja pada daun seminggu sekali pada waktu pagi atau senja. Dijual secara pakej RM25 sebanyak 3 botol. Katanya untuk pokok lada dan sayuran hijau pun sesuai.







Saturday, May 24, 2014

Rezeki Jangan Ditolak

Pagi tadi selesai saja masak sarapan nasi goreng Cina...(resipi nya dari Azie Kitchen)...mama dapat message dari officemate...nak datang ke rumah untuk hantar anak pokok...yeay harus lah seronok tak terkata! Rezeki rezeki!



Ini rezeki untuk kenyang kan perut. Mama cuba resipi ni sebab ingin cuba teknik-teknik yang dilakukan dalam memasak nasi goreng ni...sepinggan kecik tu mama asingkan untuk Naufal (yang tak pedas). Semuanya licin...sedap tak muak!

Manakala, rezeki di bawah ni untuk laman mama...hihihi bertambah lagi ahli tumbuhan di laman mama.


Pokok betik..jenis apa tak pasti...mama dah semai beberapa kali benih yang dibeli...tapi masih tak berjaya...jadi dengan kehadiran anak pokok betik ekspres ni memang excited!


Dalam plastik putih tu pula ada anak pokok cili besar, terung, dan kemungkinan anak pokok bunga telang....dan juga sedikit hasil tuaian...bendi merah, dan terung bulat. Terima kasih daun keladi Kak Niza...:D

Kuning Si Kenanga




Pagi semalam mama gunting segala daun dan ranting yang kering...nampak la bunga Kenanga beberapa tangkai tengah menguning...mama gunting lah letak kat kain sejadah...nanti wangi...


Selfie sikit dengan Kenanga 


 Sekuntum untuk mek montel ni...hihih alahai bila la rambut nak tumbuh dek...

Friday, May 23, 2014

Roti Titab Junior


Selamat pagi...:D

Mari bersarapan....sebelum menjalankan aktiviti gardening! Mama buatkan roti Titab...rindu roti Titab Kopitiam Kita di Kota Bharu....tapi mama punya versi junior...roti nipis...hihi roti Gardenia aja...:D

Cara buat nya:

Telur direndam dalam air panas selama 10 minit..(cara buat telur separuh masak)
Roti disapukan butter...kemudian dibakar atas pan...sehingga kekuningan (mama suka garing sikit)
Roti yang dibakar, diletakkan sekaya dipenjuru roti...kemudian telur separuh masak dibahagian tengah.
Dah siap!



Wednesday, May 21, 2014

Kembang Sudah!

Salam rakan-rakan blogger sekalian,

Hari ni agak kurang kalut di pagi hari....keluar dari rumah sempat la mama jeling laman sekejap... Eh ada orang dengar lah mama membebel....mari kita tengok siapa kah ia...



Tara...yer bunga lily peach mama sudah muncul....bila masa dia muncul pun mama tak pasti...sebab seminggu dua ni mama sibuk di rumah nenek...(sibuk menculik anak pokok...hihihi)

Kak Mar...tengok lah ni...alhamdulillah muncul juga...:D

Entry terdahulu:



Monday, May 19, 2014

Orkid Mama



Raeesa ambil angin di luar rumah...panas!

Sambil bersantai di luar rumah pada cuti Labour Day lepas...mama berkesempatan mengambil beberapa anak pokok Orkid di rumah nenek...(akhirnya berjaya juga projek culik orkid)...:p


Ini antara yang berjaya diambil...ada 6 jenis...nenek tak pasti dari spesis apa...tapi berdasarkan daunnya...mama cuba main teka dengan berpandukan buku Orkid yang dimiliki tempoh hari...


Jenis Phalaenopsis



Jenis Coelogyne


Jenis Dendrobium


Ini mama pasti Coelogyne Rochussenii...pernah berbunga...bunga nya wangi...


Yang ini pun mama pasti jenis Oncidium Aloha Iwanaga..


Jenis Vanda

Punya lah study jenis Orkid ni sampai kan hampir 3 minggu entry ni terperam dalam draft. Mama letak Orkid ni di bawah pokok mempelam dan di bahagian hadapan rumah yang lebih teduh.






Buat masa sekarang mama hanya baja kan Orkid ni dengan baja tahi kambing...dengan harapan cepat lah besar dan berbunga....supaya Ayahnya teruja tengok mereka berbunga cantik dan terus bina rumah yang kecil untuk Orkid-Orkid mama ni....(entah bila lah rasa keterujaan nya tu nak ada..berangan semangat dah ni)...:p

Mengantuk mata sudah...assalamualaikum.

Sunday, May 18, 2014

Mulberry Sebagai Hijab



Tiga minggu lepas tak silap, lepas baca entry dari Mak Aji (Greenfingers) mama pangkas pokok mulberry untuk hasil kan buah...batang-batang yang dipangkas mama buang. Esok nya datang lah mak ke rumah mama ni...sekali lagi mak mengomel supaya beli pokok untuk dijadikan hijab dari pandangan jiran sebelah menyebelah..mama hanya mengangguk...:p



Mak ke ruang belakang rumah...dan ternampak la batang-batang pokok mulberry tu...dari situ lah mak bagi idea...ni batang pokok yang ada buah berbulu tu ker?....mama angguk! 
Ha kenapa tak tanam pokok ni..elok la ni..cepat pegi tanam...huhuhu arahan dari mak kena turuti...:p



Setelah 3 minggu...bercambah lah tunas-tunas baru pokok mulberry...semoga cepat membesar dan menjadi hijab dengan jaya nya....selamat duit dari membeli pokok hi hihih...:D

Friday, May 16, 2014

Tanah

Assalamualaikum,

Pagi ni pusing-pusing laman rumah...nampak la keadaan pasu dan patch yang kekurangan tanah...haih...kelihatan akar-akar sudah menimbul keluar...





Dengan keadaan cuaca yang panas ni...mama rasa tak elok kan akar terdedah pada cuaca..nanti pokok terbantut...mama tak boleh berharap pada tanah yang sedia ada sebab tanah nya sangat kertas dan berbatu-batu...bayang lah pokok pisang yang senang hidup pun mati sudah...:(

Jadi terpaksa lah beli tanah di nurseri....Tanah ni mama rasa secara purata setiap bulan hampir RM 10 dibelanja kan....biasa mama beli tanah satu pek RM 3 atau RM 4 bergantung pada jenis tanah...

Cuma bulan ni mama tak bercadang untuk membeli tanah..(agak kekeringan sudah poket mama)...haih macam mana yer...ada tak cara lain untuk kurang kan kos membeli tanah ni?

Wednesday, May 14, 2014

Manisan Sejuk Dikala Waktu Sejuk


Hari ni petang tak ada buat apa..panas terasa nak makan manisan yang sejuk...jadi selepas menggodek beberapa resipi manisan...saya pilih untuk buat puding kastard..kebetulan semua bahan ada..buahan dalam tin pun dah lama dapat dari hamper syarikat...


Resipi asal dari Azie Kitchen...tapi sukatan saya ubah mengikut kesesuaian bekas acuan yang ada.

Untuk pudding kastard..
5 sudu besar tepung kastard dicampur ke dalam separuh cawan air. Kacau sampai sebati
3 cawan air
3 sudu besar gula
Pewarna kuning sedikit
Masuk kan kesemuanya ke dalam periuk. Dikacau sentiasa sehingga menjadi pekat berkilat.
Kemudian masuk kan ke dalam bekas acuan. Saya gunakan ramekin. Biarkan sejuk.


Untuk kuahnya...setin susu cair, setin air, dan 2 sudu besar tepung kastard. Masuk kan air manisan buah dalam tin sedikit dan vanilla beberapa titik. Dikacau sebati selama 10 minit.


Untuk buah..boleh diambil dari tin atau buah fresh. Pudding kastard saya lebih suka sejuk kan dalam peti sejuk.

Sementara tunggu semuanya sejuk..hujan pun turun selebatnya...:D


Semerbak Basil Menyelerakan Ayam Sos Nampla


Assalamualaikum, ada yang bercuti hari ni...hihi mama la sambung cuti...syok pula cuti tengah minggu macam ni...:p

Semalam disebabkan cuti sempat la mama tengok Facebook mama...dah agak lama jugak tak jenguk...tengah ralik duk menengok status rakan-rakan...tiba-tiba pop up status dari member jauh ni..gambar lauk dan daun-daun basil...

Apa lagi harus la mama cuba...member mama ni sekarang jadi full housewife follow suami nya ke Bangkok atas urusan kerja...katanya basil merupakan salad utama di sana...jadi banyak resipi yang menggunakan daun basil.

Ok jom nengok rupanya menu lunch mama semalam...:D - Ayam Sos Nampla Bersama Basil


Di dalam kuali...


Bahan asas nya...daun basil, daun limau purut, cili hijau, cili merah, bawang putih, bawang merah, bawang besar
(Serai, dan cili besar tu tambahan untuk mama buat tomyam)

Tumis bawang putih, bawang merah dan cili hijau & merah yang ditumbuk lumat. Bila dah naik bau..masuk kan isi ayam yang dicincang...biarkan sehingga ayam keputihan...kemudian masuk kan sos tiram dan sos nampla (sos ikan)...perasakan secukupnya...kemudian masuk kan bawang besar & tomato yang didadukan, daun limau purut, daun basil...gaulkan sehingga layu sedikit...


Dah siap...simple sesangat caranya....:D
Cuba lah...rumah wangi semerbak...