Raeesa ambil angin di luar rumah...panas!
Sambil bersantai di luar rumah pada cuti Labour Day lepas...mama berkesempatan mengambil beberapa anak pokok Orkid di rumah nenek...(akhirnya berjaya juga projek culik orkid)...:p
Ini antara yang berjaya diambil...ada 6 jenis...nenek tak pasti dari spesis apa...tapi berdasarkan daunnya...mama cuba main teka dengan berpandukan buku Orkid yang dimiliki tempoh hari...
Jenis Phalaenopsis
Jenis Coelogyne
Jenis Dendrobium
Ini mama pasti Coelogyne Rochussenii...pernah berbunga...bunga nya wangi...
Yang ini pun mama pasti jenis Oncidium Aloha Iwanaga..
Jenis Vanda
Punya lah study jenis Orkid ni sampai kan hampir 3 minggu entry ni terperam dalam draft. Mama letak Orkid ni di bawah pokok mempelam dan di bahagian hadapan rumah yang lebih teduh.
Buat masa sekarang mama hanya baja kan Orkid ni dengan baja tahi kambing...dengan harapan cepat lah besar dan berbunga....supaya Ayahnya teruja tengok mereka berbunga cantik dan terus bina rumah yang kecil untuk Orkid-Orkid mama ni....(entah bila lah rasa keterujaan nya tu nak ada..berangan semangat dah ni)...:p
Mengantuk mata sudah...assalamualaikum.
banyak jgk koleksi orkid kat tmn nadia...tak pandai la nak jaga orkid ni...
ReplyDeleteSalam Nadia,
ReplyDeleteAloh aloh aloh comel comel domok domok dia tu.. Gigit paha tu kang!
Banyak nya pokok orkid! So far bunganya lebat tak?
Berbunga tapi x serentak...dan bunga pun ada la ciput2 je keluar
DeleteBanyak species yg Nadia tanam. Kakak dulu tanam dlm pasu tapi macam malu nak berbunga. Kakak geram kakak gantung (tanpa pasu tau) selit kat celah pokok bunga puding sekali dia berbunga pulak (takut kena buang agaknya hihi...). Sejak itu kakak himpun semua species gantung kat pokok puding nampak macam meriah sikit bunganya.
ReplyDeleteNanti akak buat kan entry Orkid..kut boleh dijadikan idea untuk orkid2 sy ni
DeleteBanyaknya nenek tanam pokok orkid...berjenis jenis pulak tu...turun temurun ni gamaknya hehe
ReplyDeleteOrkid la satu2 nya pokok yang suka tengok, tapi tak pandai tanam dan tak sabar menunggu ia berbunga...
ReplyDeleteIni pun sy cuba-cuba bela...setakat ni ok lg..nmpk ada akar membiak
ReplyDeleteNanti Nadia jadi sifu orkid boleh rujuk dekat Nadia.
ReplyDelete