Hari ni petang tak ada buat apa..panas terasa nak makan manisan yang sejuk...jadi selepas menggodek beberapa resipi manisan...saya pilih untuk buat puding kastard..kebetulan semua bahan ada..buahan dalam tin pun dah lama dapat dari hamper syarikat...
Resipi asal dari Azie Kitchen...tapi sukatan saya ubah mengikut kesesuaian bekas acuan yang ada.
Untuk pudding kastard..
5 sudu besar tepung kastard dicampur ke dalam separuh cawan air. Kacau sampai sebati
3 cawan air
3 sudu besar gula
Pewarna kuning sedikit
Masuk kan kesemuanya ke dalam periuk. Dikacau sentiasa sehingga menjadi pekat berkilat.
Kemudian masuk kan ke dalam bekas acuan. Saya gunakan ramekin. Biarkan sejuk.
Untuk kuahnya...setin susu cair, setin air, dan 2 sudu besar tepung kastard. Masuk kan air manisan buah dalam tin sedikit dan vanilla beberapa titik. Dikacau sebati selama 10 minit.
Untuk buah..boleh diambil dari tin atau buah fresh. Pudding kastard saya lebih suka sejuk kan dalam peti sejuk.
Sementara tunggu semuanya sejuk..hujan pun turun selebatnya...:D
Salam Nadia,
ReplyDeleteSedapnya puding kastad hujan2 ni! Mak Aji pun suka resepi Azie, menjadi! Last Mak Aji buat kek minyak dia. Pasni nak buat kek karot pulak, asyik bertangguh je.
Yer Mak aji..suka kan jumpa resipi yg betul menjadi...lg2 bab kek yg agak cerewet kalau tersalah sukat
Deleteah sedapnya puding buah sejuk2 tambah2 kalo posa gini...hmmmm telan liur jugaklah den,..:)
ReplyDeleteAlamak ada org berpuasa hihihi..:p
DeleteKalau dah sedap tak kira cuaca sejuk ke panas nadia.
ReplyDeletemasuk mulut aduh... sedapnya:)
Yer kak..2 mangkuk tu abis sy sorg terus skip dinner..
DeleteMacam2 dah terasa dah kat dalam mulut...sedapnya..
ReplyDeleteKena buat la mcm tu k.mala..hihihi
Deleteyang paling tak tahan tgk laici dgn ceri....mabeles!!!
ReplyDeleteHahaha ceri tu punya la kutip letak atas semata untuk nmpk cantik dlm gambar...hihihi
DeleteSyoknya...lama tak buat dessert.
ReplyDeleteTepung kastad akak masih dlm plastik lagi..:)
ReplyDelete