Mek Google

Wednesday, December 3, 2014

Siakap Bakar Ala Portugis


Hari Ahad lepas saya ke pasar dan 2 gerai ikan...usaha nya nak dapat kan ikan Siakap...ni gara-gara terliur dengan menu ikan bakar Portugis yang dipaparkan oleh rakan maya Atie dari blog StoriesofLife..

Gerai kedua baru bertemu dengan Siakap nya..itu pun seekor sahaja yang ada....ini dikatakan rezeki masih ada...saya terus pickup lah Siakap nya..walaupun size agak besar....saya lebih suka yang sedang-sedang je..sebab senang nak masak...kuali pun kecil kan..:D

Minta adik penjual ikan siangkan siap-siap...tapi adik tu tak potong...bergusti la pula saya nak potong nya..supaya muat berada dalam kuali...pisau pula ketajaman ala kadar ni lagi la perlu gigih berusaha...

Rupa si Siakap selepas bergusti dengan saya...erm masih hensem kan?

Ok back to cerita menu ikan Siakap Bakar ala Portugis....ikut kan resipi nya kena buat sendiri sambalnya...(Resipi Disini ) tapi saya ni malas nak buat semua tu...kebetulan ada sambal ikan bakar instant..saya guna yang tu...cuma sediakan bahan untuk tabur sahaja


Saya potong kasar bawang-bawang putih, merah dan besar bersama lada besar. Tumis sekejap bagi layu. Kemudian, sediakan kuali..alaskan dengan daun pisang, letakkan beberapa sudu sambal ikan bakar...tabur daun limau purut bersama racikan kunyit hidup dan lengkuas. Lepas tu, saya letak ikan nya...sudukan lagi sambal ke atas ikan. Kemudian saya taburkan lagi daun limau purut serta daun basil. Akhir sekali saya letak bahan tumisan serta minyak nya dan bakar selama 30 minit.  


Ini hasil nya. Semasa membakar rasa tak sabar nak makan..bau nya wangi sangat...aroma dari daun pisang, daun limau purut dan daun basil memang perfect! Bagi yang minat dengan bawang mesti licin bawang tu dimakan...lain kali saya nak banyakkan lagi bawang...memang sedap seperti mana yang atie bagi tahu..rasa manis-manis bawang tu membuatkan rasa lebih berselera makan. 

Ok selamat mencuba...:D



14 comments:

  1. sedapnya nad...boleh try jugak ni...paste ikan sumbat pun ade lg lam peti ais...nak try jugaklah...boleh tak pakai paste tu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh sy guna paste yg dalam bekas putih biasa2 dijual kat kedai sini

      Delete
  2. sedapnyaa...terbau-bau sampai sini hikssss:)

    ReplyDelete
  3. Hmm semerbak bau sampai KL ni... ha ha gusti dgn siakap... memang masih ensem lagi tu 😆

    ReplyDelete
  4. Walau kakak cuma tengok gambar macam terbau aromanya Nad
    Lain kali kakak nak cuba buat macam inilah
    Sebab biasa kakak tak ada tabur bawang-bawang & cili atasnya macam ini..

    ReplyDelete
  5. Salam Nadia,

    Boleh pakai pes ikan bakar Adabi ke? Mak Aji ada simpan stok yang tu. Sedap ni, nak kena cuba jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mak aji...cuma tambahan bahan tabur je...daun limau purut, kunyit, lengkuas, daun basil, daun kesom pun Atie letak..sy letak sikit je..sbb daun kesom kt umah dah botak

      Delete
  6. Memang terliur la Nadia. Siakap pula ikan feveret dan mudah didapati. Makan panas2 dengan nasi....

    ReplyDelete
  7. Elok-elok tak lapar jadi lapar lak tengok ikan bakar ni. Bahaya betul dahlah midnight ni Nadia.

    Ikan siakap setiap 2 minggu ada beli mesti sekali sebab dekat kedai runcit sini ada jual hampir tiap hari fresh punya.

    ReplyDelete
  8. Musim hujan keja lapar je tambah tengok plak ikan bakar ni Nadia....

    ReplyDelete
  9. sedapnya, makan lak dgn nasi panas...

    ReplyDelete