Mek Google

Loading...

Monday, December 1, 2014

Orkid Serasi Bersama Mol Bawang







Pokok-pokok di atas adalah anak pokok Orkid yang diberi makan mol bawang sekali seminggu....selepas 2 bulan secara konsisten saya dapati akar-akar serta pucuk baru muncul...daun juga semakin banyak dan warna nya lebih hijau....(terasa macam tulis ayat hipotesis dalam makmal je)

Masih ingat tak lagi dengan mol bawang....resipi asal saya dapat dari perkongsian ahli kelab Orkid Penanaman & Penjagaan di Facebook....resipi nya sekilo bawang merah dan sekilo gula Melaka (dihiris-hiris) yang diselang selikan susunan nya dalam bekas..ditutup dengan kain atau tuala..dan diperam selama seminggu....selepas seminggu akan kelihatan cecair pekat perang gelap...tapis cecair nya...mol bawang ni digunakan dengan sukatan sebanyak 5ml bersama 1 liter air.

Saya juga dah cuba pada pokok tomato dan lada....nanti dah nampak apa-apa perubahan yang menarik saya tunjuk kat sini ya!

9 comments:

  1. Nadia..kak belum cuba buat mol bawang lagi, baru buat mol ikan. Aritu dah nak post kisahnya tapi tersentot kejap sebab ada orang pergi buang baja air kak tu, tanya tak nak mengaku.
    Kak dah cuba mol ikan kat pokok tomato..suburnya tumbuh daun menghijau tapi buahnya tetap sebiji. try kat pokok cili, keluar buah berketul-ketul tapi cili semua jadi jeruk hantu, 2 biji. ja yang masak merah..aduss...salah siapa ni..?
    Kak ada baca kat fb kelab diorang cakap mol bawang memang bagus untuk pertumbuhan akar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kut terlebih agaknya mol tu....ni yg bawang ni sepatutnya kena spray 2 kali seminggu...tapi pengalaman sebelum ni tak tau lah saya ni excited ngan baja ke apa...daun pokok mesti kuning...kalau yang berbunga..bunga luruh....itu yg kurang kan seminggu sekali je

      Delete
  2. good info. thanks for sharing ya =)
    fil baru je borong anak2 orked dkt maha last week...blh ar suh dia try nnt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuh MAHA sedey bila dengar perkataan tu...this year sekali lagi tak dapat pergi

      Delete
  3. Oh... kakak nak buatlah cara Nad ini bila akak free
    Nampak mengujakan juga mana tahu orkid kakak boleh menjadi juga.
    Thanks Nad:)

    ReplyDelete
  4. Orkid kebelakangan ini terabailah pula Nadia.
    banyak dah jatuh pula tu sebab dah merumpun sangat perlu dibahagi-bahagikan.

    ReplyDelete
  5. Saya baru nak mencuba mol bawang untuk pokok bunga dan cabai tetapi mol bawang tu saya bubuh dlm balang plastik saya tutup ketat tetap tidak ditutup dgn tuala. Adakah jika tidak ditutup dgn tuala tidak akan menjadi mol saya ini....saya mohon pencerahan dari kawan2 yg telah berpengalaman....terima kasih....

    ReplyDelete
  6. Saya baru nak mencuba mol bawang untuk pokok bunga dan cabai tetapi mol bawang tu saya bubuh dlm balang plastik saya tutup ketat tetap tidak ditutup dgn tuala. Adakah jika tidak ditutup dgn tuala tidak akan menjadi mol saya ini....saya mohon pencerahan dari kawan2 yg telah berpengalaman....terima kasih....

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete