Mek Google

Thursday, November 27, 2014

Suka Duka November


Hampir sebulan tak dapat bercerita...bukan tak ada cerita tetapi terlampau banyak siri-siri cerita yang kurang enak sehingga memenatkan badan dan minda. Kini officially, saya menjadi surirumah sepenuh masa....setelah hampir 6 bulan berteka-teki dengan pihak majikan....masih terasa kekok dengan perubahan ini...harap nya tak lama saya memegang status ini...dan ada rezeki lain di luar sana...bagi menanggung komitmen yang sedia ada.

Walaupun hati tidak ceria...hidup mesti diteruskan seperti biasa...dari aspek positive mungkin ini masa dan peluangnya saya abiskan masa bersama anak-anak. 


Esok 28hb Nov Naufal genap lah 3 tahun.....hmmm mama tak plan apa lagi ni untuk Naufal...bulan depan 14hb Dec adik Raeesa genap setahun...cepat kan masa....terasa baru aje kendong perut dalam musim hujan mengharungi banjir....doa-doa semoga tahun ini tidak lah banjir di Kemaman ni.







Wajah-wajah terbaru Raeesa...agak kurang isi sudah...makin melasak dengan abang nya..team work yang bagus...abang bagi idea...die pula tukang pelaksana...keadaan agak selamat bila abang nya tidur...elok saja bermain sorang diri.

Petang tadi bosan-bosan dapat la hasil kan puff sardin..puff ni beli yang ready made jenama Kawan...tahun lepas kalau tak silap...cuba-cuba masih elok keadaan nya...Alhamdulillah kenyang makan petang.





Minggu ni cuaca agak tenang dan elok untuk berkebun...antara tanaman yang tengah gagah berbuah





Ada 3 pokok tomato cherry...tapi buah nya berlainan warna...tak mengapa lah apa warna sekali pun...asal kan sehat dan elok untuk dibuat makan.



Beberapa Kailan dan sawi pelbagai jenis juga berjaya membesar selepas dibasahi air hujan hampir 2 minggu.





Suka dengan pokok Mulberry ni...banyak kali saya pangkas...kali ni dapat lihat hasil nya...lebat berbuah...dan buah nya makin besar memanjang...tidak seperti sebelum ni kecil-kecil....tak sabar nak tengok semua nya bertukar warna gelap...manis!

12 comments:

  1. Tak apalah Nad buat masa ini rehat dulu. Jika ada peluang lain nanti boleh mulakan rutin baru.
    Sementara ini menguleklah dua buah hati. Cuma bimbang bila dah biasa dgn mama kelak mama dpt kerja baru tak mahu pulak ditinggal.

    Tomato kakak tak menjadilah Nad. Geram kakak...

    ReplyDelete
  2. itulah kak..skang pun dah nampak symptom takutkan orang lain terutama raeesa...
    tomato tu hmmm dah beratus pokok agaknya sy tanam...memang payah nak menjadi

    ReplyDelete
  3. salam nadia,

    patutlah lama menyepi..tertanya2 jgk didlm hati..inshaallah ade hikmahnya & rezki dtgnya dr Allah, jgn putus asa dr rhmatNya..
    dah besar adik nie..nakcukup setahun dah..betul tuh nadia ceptnya ms berlalu..makin comel nak dr nie..abg lak mesti makin melasak..hisshh cam team kat umah nie lh rsnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa itulah tgh cuba2 nak berdiri...tapi nampak gaya mcm berat gak ni...lambat nak berjalan mcm abg dia...Naufal nak kata lasak sgt tak..cuma die banyak idea, ajar adik die petik itu..tarik ini..buka itu ini...dan yang paling best die ajak adik die main dalam bilik air..tapi die tukang sorak ditepi pintu je...die tak suka kena air

      Delete
  4. Assalamualaikum nadia..
    wahhh dah besar baby.. dah pandai tekan2 phong.. kalau fiyya panggil hp.. hehehe.. comellllll
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah budak budak zaman IT kut nya kan...jumpa je terus tekan2...jadi plak tu.

      Delete
  5. Salam Nadia,

    Laaaa.. nape dear? Sian you.. takpe nanti in shaa Allah dapat pekerjaan yang lebih baik. Geram tgk pokok2 u btw....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm nak story kat sini takut kne saman pula huhu...almost 1000 pekerja dianiaya...entah lah kami masih lg mencari pihak yg boleh bantu...susah bila melibatkan taiko2 besar yang ada pengaruh sekebal besi..

      Delete
  6. Selamat Hari Jadi buat adik Naufal. Moga panjang umur dan ceria selalu.
    Nadia, betul ..hidup mesti diteruskan..lebih kurang nak samalah dengan nasib kita...berdoalah, InsyaAllah nanti ada rezeki lain mendatang. ..untuk masa terluang hiburkan hati dengan anak-anak dan gardening..top up apa yang kita tak sempat buat dulu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq k.mala for birthday wishes.....itu lah sekarang memang quality time untuk anak2....sangat bersabar sekarang ni

      Delete
  7. Cepat sahaja anak-anak membesarkan.
    Happy belated birthday Naufal.
    Mungkin ada rezeki yang lebih baik menanti.
    Tertanya tanya juga sebab tahu perwaja ada masalah sebab pak sedara hubby yang bekerja di situ ada cerita.
    Geram tengok tomato tu.

    ReplyDelete
  8. yer Diana gitu lah kesah nya bila durian-durian bertelagah...mentimun tersepit..bukan tersepit dah ni..penyet terus...entah la kalau diikutkan masih tak abis cerita lagi ni...

    ReplyDelete