Salam Maal Hijrah 1436 dari saya sekeluarga,
Musim kemarau dah semakin menjauh....sekarang tiba musim hujan...tak pagi atau petang...malam mesti hujan....cuaca pun ala-ala redup je sepanjang hari....nyaman saja...kalau nak berkebun sampai tengah hari pun tak terasa...alih-alih tengok jam dah pukul 12 tengah hari...
Daun Kesom ceria hidup bawah teduhan...sebelum ni tak mau hidup pun..
Pokok Kunyit pun makin meriah berdaun...cuma daun nya tidak lebar...ada cara tak untuk dapat kan daun yang lebar...?????
Daun Sup...mula berjaya membesar kan diri...dah banyak kali juga dapat tuai....tapi Daun Ketumbar belum menjadi...
Pokok Cilipadi Putih...sedang membesar...daun nya makin pulih dari berkerinting.
Pokok Bunga Kantan...dah mula tumbuh tunas-tunas baru. Hari ni beli bunga Kantan untuk masak tempoyak ikan patin....RM5.80 untuk 2 kuntum kecil yang belum kembang...mahal kan? Jauh saya cari rhizome nya di kampung. Di harap kan hidup elok lah...risau dengan kehadiran hujan yang banyak nanti akan merosakkan rhizome nya.
Jadi sempena di awal tahun baru ini...harapan nya semoga pokok-pokok yang di tanam berjaya hidup dengan baik sebagai rezeki kami semua...Amin.
Semoga tahun 1436H ini memberi segala kebaikan buat kita semua...Amin Ya Rabbiyal Alamin...
daun kesom yang ceria berlawan dengan daun sup....
ReplyDeletesegar molek daun kesom nadia...ct tanam selalu xtahan lama...
ReplyDeleteDisini dah dua bulan dah musim hujan Nadia. Rumput dan siput punyalah bersuka ria dan banyak...
ReplyDeleteCantik la daun sup Nadia, kat rumah ni tanam benih tak tumbuh, tanam keratan batang tumbuh tapi overdose air mati juga.
Salam maal hijrah, nadia,
ReplyDeleteIn Shaa Allah moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNYA...
Assalam..
ReplyDeleteYa Allah..mahalnya rega bunga kantan....!! Pengsannnn... agaknya dah nak pupus kot pokok tu..huhuu
Salam Nadia,
ReplyDeleteEwah pokok kesom dia.. berpasu-pasu gitu! I pon ada tanam pokok ketumbar, tgk dah tumbuh elok tapi lepas tinggal dua malam balik balik terus nak mati pokoknya. Hai lah memang tak pernah berjaya nak tanam pokok ketumbar.
Salam Nadia,
ReplyDeleteSegar elok kesum tu. Mak Aji punya pun elok segar musim2 hujan ni. Kantan Mak Aji pernah tanam tapi tak berbunga langsung sampaikan Pak Aji cantas sampai mati terus dia! Sekarang pakai beli ajelah, mahal pulak tu, dahlah susah nak dapat!
InsyaAllah tahun baru ini lebih banyak hasilnya berbudi pada tanah.
ReplyDeleteKunyit tu nak lebih cahaya lagi kut musim hujan ni kalau nak daun lebar-lebar.
Cantik daun sup tu menjadi...bunda pernah semai...dah besar sikit bunda tanam kat pasu ...tak sempat dua hari dah kene makan siput...daun bawang pun camtu...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, wah cantik2 tanaman herba kakak ye, pokok kesum tu amcm nak buatkan subur mcm tu ye kak, Julie tanam kurus semacam je...apakah petuanya kak? bleh share2kan hehe...thanks..
ReplyDeleteTakde petua apa...rasanya sbb cuaca skang ni...tak panas sangat
DeleteMusim hujan sekarang ni walau sesekali panasnya berdenting tapi ok juga kan Nad pokok kena simbahan hujan kita tak perlu siram dah...
ReplyDeleteMoga tahun ini tambah meriah pokok-pokok tanamannya..
Salam kenal kak.. lady teringin nk tnm semua pokok2 ni.. nk tnm sayur2an kg skali.. tp syg, umh xde lg.. huhu
ReplyDeleteAssalam. Daun kunyit utk lebih lebar dan segar ; rendam kepala / sisa ikan bilis dlm 2/3 hari dlm air. Kemudian siram air di sekeliling pokok. Bunga kantan tu nanti pokoknya tinggi dan banyak lagi anak akan keluar. Perlu ruang yang lebih besar
ReplyDelete