Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, buah beka juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mencuci darah.
``Memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin,'' ujarnya.
Tambah beliau, selain buahnya, rebusan daun beka jika diminum akan mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.
``Untuk mendapatkan lebih kesegaran bagi ibu lepas bersalin, selain daun beka rebusan juga ditambah dengan campuran herba lain, termasuk serai wangi,'' jelasnya.
Kata Tajuddin, manakala akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.
``Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum ia dipupuk di kepala,'' ujarnya.
Artikel Penuh:
Nampak segar dan banyak khasiat.
ReplyDeletepucuk xpernah makan...tp kalu buoh dio wak krabu...sedap
ReplyDelete1st tine dengar ulaman nie....mesti sedappppppp
ReplyDeleteSalam Nadia,
ReplyDeleteMak Aji biasa dengar namanya, cuma tak pernah makan.
Kami panggil pokok beka. Pucuknya selalu direbus buat ulam. Kacang dia selalunya di bakar dan dibuat kerabu juga. Orang cakap sedap tapi kak tak pernah makan pun.
ReplyDeleteYer betul k.mala...mmg sedap tapi jarang ada Buah nya sekarang ni...jarang sgt dpt buat kerabu
DeleteSalam Nadia,
ReplyDeleteI macam tak pernah tengok lah pokok ni.. buat masak lemak putih sedap tak agaknya?
Boleh agaknya kne celur kn dulu sekejap...biasa saya mkn mentah pucuk yang plg muda...:D
DeleteAssalamualaikum Kak Nadia,
ReplyDelete1st time tahu pasal pucuk beko ni, thanks for the info :)
mmg sedap pucuk beko ni cicoh budu...kat pasar alor setar pun ada jual pucuk ni...kalu jumpa mmg tk miss, mesti beli punya hehehe
ReplyDelete@na pucuk apakah beko tu,, hehe kita tak tau punn....
Deletekali pertama melihat.. ;)
ReplyDeleteBaru tau pucuk beka boleh dibuat ulam mentah. Selama ni ingat buah je boleh dimakan.
ReplyDeleteAda bentuk daun kaduk sikit
ReplyDeleteKakak tak pernah makan Nad. Tak tahu sebenarnya
Kakak ni kalau tahu mesti nak cuba...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTerdelete pulak.....saya dah search khasiat ulam ni dan dah add in pada entry...mungkin dengan ulam ulaman ni...sakit-sakit urat lutut segala tidak berlarutan
DeleteAssalam Nadia .. K Mar 1st time kenal ulam ni
ReplyDeleteTak pernah dengar nama pokok ni..hihi
ReplyDeleteYup yup sy sebab orang kelate jadi panggil beko...bahasa buku beka...ada buah...nipis panjang bentuk dia mcm necktie gitu...biasa dibakar Dan di hiris halus buat kerabu
ReplyDeletesaper ada anak pokok beko nih yer? nk tanam ler, susah nk cari.emmm
ReplyDelete