Mek Google

Tuesday, March 19, 2013

Gladioli Sudah Bertunas!

Salam,

Alhamdulillah..bertunas juga remaining gladio mama...4 biji kesemuanya....mama tanam dalam pasu pada 2hb lepas setelah direndam dalam air selama 3 hari....cuma 1 biji lagi masih mengharap...in shaa allah ada rezeki hidup lah tu..:D

Gambar pada 18hb sudah berusia 5 hari.

Disemai dengan menggunakan tanah hitam, pasir, & sedikit tanah bukit. Berada disebalik tong air..jadi terlindung dari cahaya matahari sedikit.

Disemai dengan menggunakan tanah bukit & pasir. Berada ditengah laman...mendapat full sun dari pagi sehingga petang.

Disemai dengan menggunakan tanah hitam, pasir & sedikit tanah bukit...berada sebaris dengan pokok bunga kertas. Mendapat cahaya pagi & petang sekejap.

Disemai menggunakan tanah pasir & tanah bukit. Menerima cahaya pagi sahaja. (belum bertunas lagi)

Walaupun semai pada masa yang sama...tapi pertumbuhan mereka berbeza..ini disebabkan kawasan yang diduduki dan perbezaan komposisi tanah. Dengan berpandukan maklumat yang diberikan oleh tukang kebun (Kebun Bahagia Bersama) mama sengaja letak pada tempat berbeza...nak tengok tempat yang macam mana lebih sesuai...:D

Ini status gladio pertama mama..sudah ada kelopak tapi bunganya belum muncul. Agak-agak dengan umur macam ni sesuai tak mama taruk baja bunga pada gladio ni supaya lebih banyak bunga?

20 comments:

  1. tak sabar nak tunggu bunga dia kuar.. sure cantek... sabo sabo.. blom masa nak branak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha mungkin tak sampai due lg kan..sy dah alih duk tempat panas..

      Delete
  2. salam dik,
    mesti cantik bunga gladioli ni.selamat menanti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt sabar menanti...mlm pun kuar jenguk..kut2 keluar bunga

      Delete
  3. saya belum habis study pasal bunga dari bebawang ni.. Daffodil pemberian Mama Pongkey pun dan berbulan-bulan baru bertunas.. Ni baru dua ruas jari je tumbuhnya.. Warna apa agaknya gladioli tu semua ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini beli klu ikut kn specification gladioli mixed..color campur..tk tahu color apa..mungkin merah kuning...mungkin..sy pun tk tahu

      Delete
  4. Assalam Nadia.. guna baja apa ya... dah berputik da tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak semai dulu tanah tu sy campur baja cacing...tanah guna tanah hitam skit..tanah bukit & pasir...sekarang tak taruk baja apa2 lg..takut terganggu bunga tu..

      Delete
  5. Salam nadia..cepat jgkkan gladio nie bertunas...tak sabar nak tunggu tengok bunganya nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dijaga elok2 mungkin lagi cepat...byk kali kena tinggal.mujur pokoknya tak jenis manja

      Delete
  6. best, best...tak sabar nak tengok bunga gladioli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kalau kuar color putih mcm lyn punya suka nyaaa

      Delete
  7. salam nadia, bunga gladioli tu wangi ke? tak penah tgk pokok ni..teruja dibuatnya...jgn lupa post bunga tu nnti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti wangi ke tak..tp rasa tak kut..cuba awk blogwalking kt my experimental garden, growing & being, kebun bahagia bersama...ada gambar gladio yg cantik2 ditanam...mesti @na akan teruja nak tanam jugak!

      Delete
  8. Tak perlu letak baja lagi yang dah berbunga tu. Nanti postinglah warna apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tau baca jawapan pd pertanyaan lyn kt blog awk..rupanya berbunga sekali..orite nanti mesti akan ditempek gambar bunganya once dah keluar..:D

      Delete
  9. Replies
    1. sehingga pagi ni belum keluar lagi..bila lah nak keluar...:D

      Delete
  10. Seronoknya, tak sabar nak tengok warna apa nanti...

    ReplyDelete