Mek Google

Wednesday, March 6, 2013

Gladio Yang Lentok!

Assalamualaikum & Selamat Pagi Rabu..:D

Sini nak tepek gambar gladio sulung mama...yang dibeli dari Kebun Bahagia Bersama. Sekarang dah berusia sebulan. Masalahnya daunnya lentok ditengah-tengah.


Patah ditengah

Ikat macam ni ok ker?

Daun mengering..

5 bulbs yang lain baru jer semai hari Sabtu lepas..sebelum tu mama rendam bulb nya selama 3 hari macam Ibu Qis Buat semoga bercambah lah dengan jayanya.

26 comments:

  1. Cepatnya besar gladio nadia membesar..rsnya baru jer dok cite kan..tak lama lg selamatlah berbunga.bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah molek hidup naik tinggi even kena tinggal lamo..cumo tu la dia patah daun tu..

      Delete
  2. nadia,

    apo keistimewaan gladio nih ek? bungo comey ko? ko buleh make ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe bungo tu sayo raso comey..kalu tane banyok2 lagi comey..mitok2 bungo kuar banyok ketul

      Delete
  3. cepat ye pokok dia besar...ct tanam lily...sebulan doh...tp br kuar daun selai...xde perubahan pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lily lambat kut eh..yg ada kat umah sy lily pn tak berbunga lagi

      Delete
  4. salam nadia, tertunggu2 ni...tk sabo nk tgk bungo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la tak saba ugak ni..cuma risau jadi arwah sebelum berbunga je ni

      Delete
  5. lynn punya pun lentok gak.. lama2 dia reput sbb terlalu byk siram air

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm kalu mcm tu kena kurangkan siram..sy siram 2 kali sehari pagi & petang

      Delete
  6. Salam nadia,

    nak tanya,pokok gladio nadia yang dlm pasu tu nadia tanam bulb dia dlm x? Ke atas dasar tanah je?

    Yang bulb rendam tu dah kuar ke akar dia,saya jenis x sabar sikit jd saya Koyak kulit atas dan intai isi dalam...mana tau keluar tunas. Hehe. Bulb yg saya rendam ada 5 dan yang betul2 tunas 4 je Dan satu lagi masih mengharap utk bertunas. Ada nmpk akar kecil tp mcm hidup x hidup...x pasti la ape akan jd pada bulb ke-5 tu. Hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak dalam jugak ibu qis...yang ni makan masa seminggu nak munculkan diri...yg syrendam tu tak bertunas pun..cuma nampak akar putih sikit keluar..tu sy transfer terus ke dalam pasu..kebetulan ada masa sabtu lepas...tak tau la tu...since pagi tadi takde nampak lagi muncul tunas nya

      Delete
  7. salam...saya nak tanye ade kawan2 disini yang pernah tanam gladio nie...nak tanye berapa lama agaknye dia nak berbunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kebun ibu...sy baru saja mula tanam gladio ni sebab excited tengok rakan bertanam ada gladio cantik-cantik...kalau ikutkan maklumat dari kebun bahagia bersama 3 bulan keluarlah bunga (anggaran 80-100hari)....so sy punya ni baru sebulan..lagi 2 bulan tengoklah apa jadi..:D

      Delete
    2. Sama.. Lynn tanam dlm 3 bulan gitu dia dah berbunga. Dia x suka panas terik, tapi kena cahaya m/hari byk baru boleh bunga..Siram byk pun takleh jugak, bulbnya reput. Ada sepasu tu lentok lemah sgt, Lynn pun cabut kasi buang, rupa2nya bulb dia dah beranak pinak punyalah byk!

      Delete
    3. ok la senang beranak gitu...takde la ralat sgt kalau ada yg reput

      Delete
  8. salam perkenalan...saya ade tanam gladio nie sepokok...rasanye dah lama..tapi x berbunga2...pokok ok..terigin nak tengok bunganye..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin belum masa nya lagi..try alih tempat kadang keadaan pencahayaan tak sesuai pun pokok tak suka...awal dulu sy letak tempat teduh seminggu tak bertunas pun..sy alih pada tempat direct cahaya matahari..terus esoknya bertunas..:D

      Delete
  9. skrg nie pokok tu saya letak bawah porch rumah..dpt cahaya pagi..kalau cam tu nak cuba letak di tempat panas lak..kot2 berbunga lak...terima kasih Nadia...

    ReplyDelete
  10. tak pernah lg cuba tanam pokok ni tp tgk jiran depan rumah ada byk tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area taman sy ni takde org tanam lagi..takat ni tak pernah nampak..mak sy yg suka bunga pun..tak pernah jumpa katanya...ni excited sgt ni..:D

      Delete
  11. Saya punya gladiolus pun mcam tengah merajuk. Ada yang macam dah mati, tapi bila kita periksa pasunya, bulbnya masih elok lagi. Saya harap musim hujan dah nak habis ni, berbunga kembalilah gladiolus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gitu memang gladio ni nak panas kan..mungkin lentok sebab terdedah ngan hujan..

      Delete
  12. gladiolus ni nak air dan cahaya yg cukup. Pastikan air tak bertakung dalam pasu kalau tak kena jangkitan kulat yang menyebabkan daun kelayuan sehelai demi sehelai dan akhirnya corm menjadi busuk dan hancur. Bila bunga dah kembang alih ketempat separa terlindung. lepas habis berbunga bagi baja, air dan cahaya matahari secukupnya supaya banyak cormels terbentuk. Bila daun dah kering gali corms dan cormels ,Anginkan selama seminggu, bersihkan dari kotoran, potong batang,sapu corms dengan serbuk belerang nak halang ia dari berkulat masukkan corm dan anak2nya dalam sampul kertas, simpan dalam peti sejuk. Lepas 3 bulan tanam balik corms dan anak2nya.

    saya rasa patah tu sebab tak cukup air dan kurang pengudaraan., tanah dalam pasu nampak macam tanah liat tak sesuai untuk gladiolus, ini dari pemerhatian saya semasa menanam gladiolus sejak beberapa tahun yg lalu.

    Corms yang tak bercambah tu disebabkan ia telah dijangkiti kulat, awas!
    , jangan tanam dalam pasu bersama corms lain sbb ia akan berjangkit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih gardener tips2 diatas...sekarang alhamdulillah ok skit pokok tu..cuma balance nya 5 bulbs yang baru disemai belum bertunas..tanah tu takde tanah liat..cuma tanah pasir sikit je sy taruk

      Delete