Mek Google

Friday, October 31, 2014

Zinnia Giant Dahlia Red


Setakat ini hanya satu yang berjaya berbunga dan kembang semangkuk! Cantik tak? Benih dari KebunBahagiaBersama.


Pada 26hb Oct 2014....


Pada 31hb Oct 2014....pukul 11 pagi tadi...panas betul...tapi sekarang ni hujan datang tiba-tiba.


Ini pun saya rasa dari benih yang sama..sebab color nya merah cuma tak berjaya kembang jadi giant...tapi color nya memang menarik..dari jauh dah nampak.


Next tunggu Zinnia Polar Bear pula...:D

Sunday, October 26, 2014

Herba Musim Hujan


Salam Maal Hijrah 1436 dari saya sekeluarga,

Musim kemarau dah semakin menjauh....sekarang tiba musim hujan...tak pagi atau petang...malam mesti hujan....cuaca pun ala-ala redup je sepanjang hari....nyaman saja...kalau nak berkebun sampai tengah hari pun tak terasa...alih-alih tengok jam dah pukul 12 tengah hari...




Daun Kesom ceria hidup bawah teduhan...sebelum ni tak mau hidup pun..


Pokok Kunyit pun makin meriah berdaun...cuma daun nya tidak lebar...ada cara tak untuk dapat kan daun yang lebar...?????



Daun Sup...mula berjaya membesar kan diri...dah banyak kali juga dapat tuai....tapi Daun Ketumbar belum menjadi...


Pokok Cilipadi Putih...sedang membesar...daun nya makin pulih dari berkerinting.

 

Pokok Bunga Kantan...dah mula tumbuh tunas-tunas baru. Hari ni beli bunga Kantan untuk masak tempoyak ikan patin....RM5.80 untuk 2 kuntum kecil yang belum kembang...mahal kan? Jauh saya cari rhizome nya di kampung. Di harap kan hidup elok lah...risau dengan kehadiran hujan yang banyak nanti akan merosakkan rhizome nya. 

Jadi sempena di awal tahun baru ini...harapan nya semoga pokok-pokok yang di tanam berjaya hidup dengan baik sebagai rezeki kami semua...Amin.

Semoga tahun 1436H ini memberi segala kebaikan buat kita semua...Amin Ya Rabbiyal Alamin...

Wednesday, October 22, 2014

Hasil Tuaian Oktober 2014

Assalamualaikum dan selamat bercuti Deepavali,

Kali ni nak upload hasil tuaian yang dituai dari halaman umah mak saya...raya haji lepas mak ayah balik ke kampung lebih awal...jadi lama la sikit berada di kampung..dapat la bersih kan halaman di sana yang terbiar...dah bersih sikit..nampak la rezeki yang boleh dimanfaatkan.



2 tandan pisang Nangka sudah masak...kali ni rezeki tuan tanah...dapat la dikongsi bersama keluarga dan jiran- jiran terdekat....kalau tak..mesti rezeki pencuri...


Buang pokok Lengkuas yang menebal....dan korek isinya...sebakul besar dapat dikorek...sampai sekarang tak habis lagi.


Selepas potong rumput...nampak la pokok-pokok Pegaga ni....dapat la kutip beberapa urat untuk buat ulam.


Yang ni pula hasil rumah mak di Kemaman sini...saya kutip la sebelum ia rosak...tengok tomato tu dah dicucuk kolagen..kesian betul!

Tadi kutip daun kesom, cilipadi, dan tomato..fikir nak buat asam pedas lah...jom kita masuk dapur masak-masak.

Saturday, October 18, 2014

Terapi Minda


Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Sarapan apa pagi ni yer...saya agak kurang sihat...batuk makin menjadi-jadi...tekak dah mula rasa berpasir dan kepala berdenyut. Jadi sarapan ala kadar saja...petang semalam ada buat roti Paung dan kek pisang...jadi makan yang itu saja lah.

Berbalik pada tajuk entri...bulan ni saya ada award diri sendiri dengan membeli beberapa barang untuk hobi saya...:D

Minggu lepas saya ke Kuantan menemani mak saya..selesai urusan nya..kami melalui jalan ke Teluk Cempedak untuk pulang. Sepanjang jalan tu ada beberapa nurseri...apa lagi dua-dua peminat tanaman...kami berhenti untuk cuci mata....kalau tak silap nurseri nya bernama Carnation.
Bersih tempatnya, sampaikan saya berhati-hati untuk melangkah sebab tapak kasut berpasir sedangkan lantai simen nya bersih tanpa pasir sikit pun. Nak ambil gambar pun segan, pekerja nya mengekori saja..:p

Hampir sejam mencuci mata...saya bercadang untuk mencuci poket pula...


Tanah ni rm10 15kg/28liter...tanah nya telah dirawat dan dicampur dengan pelbagai jenis bahan yang berkhasiat untuk pokok. Saya beli 2 beg...belum abis lagi saya guna.


Saya beli juga pasu dan bunga Daisy...:D..semua nya berharga rm10 setiap satu. Pasu tu saya belum tanam apa-apa lagi...fikir nak letak bunga Rose Jepun...tapi macam rugi je letak tanah banyak-banyak untuk Rose Jepun. Jadi nampak nya kena cari anak pokok bunga lain la kut ni...:D

Manakala untuk minggu ni, pagi semalam saya ke pasar tani...memang niat dari rumah untuk beli pokok Orkid...dah banyak kali saya berkira-kira membeli secara online tapi takut pokoknya tidak berkeadaan baik. Yelah harga bukan 2 @ 3 ringgit..

 
Ini hasil semalam...semuanya RM 20, baja dan 2 pokok Orkid...yang besar tu dah berbunga tapi belum kembang...nanti saya tunjuk kemudian hari. Yang kecik tu RM 4...harap-harap menjadi lah hidup nya nanti.

Selain dari beli, saya dapat free beberapa pokok Orkid. Upah menjaga pokok semasa mak ayah saya tiada di rumah...hehehe




Kesemuanya 4 pokok...saya gunting dan susun sendiri dalam pasu...:D sekarang mood tengah happy sangat hari-hari tengok benda-benda baru ni...

Anak teruna dah sibuk ke kiri ke kanan...memang jelaous betul kalau nampak mama nya dengan iPad...die nak tengok nak tekan..dan macam-macam nak lah..okey sekian dulu.

Friday, October 17, 2014

Spaghetti Olio Melayu

.

Salam Jumaat,

Redup berangin sepoi-sepoi...nyaman sekali...dengan keadaan perut kenyang membuatkan mata memberat....tapi jangan dilayan kang ada satu apa benda kerja rumah pun tak buat! Arini menu Olio Melayu untuk sarapan...dinamakan Melayu..sebab ada telur hancur hihihi

Resipi nya sama saja yang kebanyakkan dikongsikan dalam internet..cuma semasa menumis dipecahkan telur dan gaul seperti biasa. Mudah kan?

Monday, October 13, 2014

Pucuk Beko


Pokok besar


Pokok yang telah dipangkas


Pernah makan tak pucuk ni...kalau belah pantai timur ni kami panggil Pucuk Beko...rasa die lemak-lemak kelat sikit...boleh dimakan begitu sahaja atau dicelur. Ini pucuk saya kutip di kawasan umah mak ayah saya di kampung Kota Bharu Kelantan..masa raya Qorban yang lepas...kami buat ulam cicah budu...:D

Sumber Utusan

Menurut Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, buah beka juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mencuci darah.

``Memakan buah beka juga boleh membantu menambahkan susu ibu terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin,'' ujarnya.

Tambah beliau, selain buahnya, rebusan daun beka jika diminum akan mengurangkan demam atau sakit kepala di samping boleh dijadikan mandian lepas bersalin.

``Untuk mendapatkan lebih kesegaran bagi ibu lepas bersalin, selain daun beka rebusan juga ditambah dengan campuran herba lain, termasuk serai wangi,'' jelasnya.

Kata Tajuddin, manakala akar pokok beka pula boleh melegakan demam, sakit atau pening kepala dan juga selesema.

``Akar beka yang dicampur sedikit air perlu ditumbuk halus sebelum ia dipupuk di kepala,'' ujarnya.


Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pizza Berbuka


Selamat pagi.....:D 

Ini lagi hasil dari resipi roti Dorina Delight....saya guna resipi yang sama untuk pizza. Kisahnya  sehari sebelum raya Qorban lepas..suami dan saya berpuasa sunat. Suami cakap nak makan Domino..tapi bahan-bahan dalam fridge lengkap untuk sediakan pizza.....tapi dah orang puasa cakap nak makan domino..so biar lah dia pergi beli....sekali suami call...Domino penuh orang..(memang la ramai, Domino baru je launch kat sini)...hahaha tahu sangat dengan peel nya yang tak suka dalam keadaan kalut....ok saya mula keluarkan bahan-bahan...sesudah sukat semua...biarkan breadmaker jalankan tugas....90 minit kemudian siap....ngam-ngam lepas solat Maghrib kami dapat makan homemade pizza!



Sebanyak 5 biji pizza dapat dihasilkan dengan adunan 3 cawan 1/2 tepung tu...banyak kan? Dengan based yang lembut dan topping sesuka hati memang saya puas hati....cuma en somi ada komen kalau ada nenas lagi kick!

Hmmm..hari ni 13/10/2014...birthday en somi...dah informed tadi masa breakfast...mau Domino ke pizza Melayu...Hahahahaha somi gelak sambil cakap...taruk nenas!

Dihari genap nya 32 tahun umur nya...semoga sentiasa diberi keberkatan oleh Allah s.w.t dari segala segi terutama kesihatan, & rezeki, diberi penuh kesabaran dalam membimbing kami sekeluarga. Amin.

Friday, October 10, 2014

Homemade Beef Burger & Sandwich Bread

Salam Jumaat 

Sempena Raya Qorban yang lepas....dalam simpanan ada beberapa kilo daging Qorban...jadi sebahagian nya terfikir untuk dijadikan burger. Godek-godek resipi kat blog Azie Kitchen...then terus buat petang semalam...


Dengan hampir sekilo daging...dapat hasilkan 7 biji burger.


Pagi ni terus sediakan breakfast dan bekal untuk suami. Semalam juga saya repeat buat roti sandwich guna resipi daripada Dorina's Delight....hihih dah jatuh cinta dengan resipinya..entah berapa kali repeat dah.



Ok siap! Jom breakfast!.....:D

Thursday, October 9, 2014

Kapas Bayi Uji Benih Lapuk

Assalamualaikum....hampir seminggu beraya....beria beraya tahun ni siap dapat balik kampung!!! 

Nanti ada entri khas raya...hihihi....sebelum tu nak tunjuk cubaan menyemai guna kapas...saya tak ada kapas muka...jadi ganti dengan kapas bayi...kapas lebihan yang digunakan untuk bersihkan pusat Raeesa dulu...banyak lagi tak berhabis....

Sebenarnya..benih-benih yang saya cuba semai ni..benih lama...tahun 2012 rasanya beli..tak abis-abis semai...jadi cuba semai pada kapas..nak tengok masih bernas ke tidak benih ni

Saya semai benih tomato, cili solok, terung panjang, asparagus dan kailan...Kapas saya basah kan dengan air suam dan aturnya dalam bekas plastik.



Ini gambaran pada hari kedua...ada nampak benih tomato kuarkan tunas.


Selepas 6 hari yang berjaya hanya lah benih tomato...yang lain takde tanda-tanda tunas bercambah...kapas pun dah start kuarkan bau...jadi saya kutip semua benih yang tak bercambah tu..alihkan pada tanah pasu terus. Tak tau lah menjadi ke tak..sebab sekarang ni kurang panas..asyik mendung dan hujan.

Ada lagi benih yang lama- lama...nanti akan diuji kesemua nya.