Sssshhhhh..Naufal dan Raeesa tidur...mama nak lepas gian menulis jap...:p
Untuk record mama, penghasilan susu badan untuk Raeesa agak sukar pada awal nya. Ingatkan, untuk kali kedua ni...hanya tunggu dan otomatik susu akan terhasil bila anak mula memberi ransangan. Realitinya tidak...pada hari pertama mama tak mempunyai masalah sebab Raeesa dijaga oleh nurse hospital...bila masuk hari kedua..Raeesa diberikan pada mama untuk penyesuaian menyusu badan..pada mulanya ok..tak ada masalah...tapi bila pulang ke rumah..Raeesa seperti lapar walaupun berkali-kali menyusu dan tertidur...mama fikirkan terlampau kenyang sampai tertidur...kesian anak mama...rupanya berlapar sampai tertidur..tiada susu yang keluar...jadi bergegas la nenek telefon tukang urut...tapi tukang urut hanya dapat datang keesokkan harinya. Jadi terpaksa la Ayah ke kedai membeli susu formula..haih sedih betul...:(
Sementara menunggu esok untuk diurut..mama ada usahakan sendiri..urut sendiri dan minum air dan susu dengan banyak..tiba-tiba rasa penuh..tapi susu masih tak keluar...menangis hati ni..sakit betul..membengkak la pulak...berdenyut-denyut sampai tak boleh tidur..terasa urat ngilu sana sini...banyak kali bagi Raeesa hisap tapi masih tak berjaya...dugaan betul...:(
Usaha terakhir sebelum mengurut esok, mama letak daun kobis..Alhamdulillah mungkin rasa sejuk-sejuk, rasa sakit berdenyut hilang beransur-ansur...tapi bengkak masih tak surut...esoknya selepas mengurut...sangat-sangat lega..air susu keluar tapi dengan flow yang perlahan...tukang urut minta sentiasa bagi Raeesa rangsang..supaya tak tersumbat...dugaan lagi sekali bila Raeesa tiba-tiba jadi tak reti pulak nak grab puting nya...terkial-kial macam nak bersilat la pulak..mungkin Raeesa dah terbiasa dengan puting botol susu...haih...last resort...mama pump..hmmm
Hasil hari pertama pump 16/12/2013
Hasil hari ketiga pump 19/12/2013
Hasil hari kelima 21/12/2013
Hasil hari keenam 22/12/2013
Hasil hari ketujuh 24/12/2013
Hasil hari kelapan 25/12/2013
Alhamdulillah masuk hari kelapan...mama dapat kumpul 1 botol penuh setiap kali pump...jadi tak perlu lah mama bersilat-silat dengan Raeesa apabila menyusukan nya...cuma penat kena susun waktu untuk memastikan susu sentiasa cukup untuk Raeesa minum.
Nasihat tukang urut...sebelum bersalin...ibu-ibu mengandung perlu mengurut apabila kandungan mencecah 7 bulan untuk memastikan urat-urat bersedia apa bersalin...dan apabila 9 bulan mengandung mengurut lagi untuk memastikan penghasilan susu yang baik...:D
Itu saja cerita nya....semoga rezeki ini melimpah ruah untuk Raeesa..dengan harapan dapat la mama susukan Raeesa selama 2 tahun..amin...assalamualaikum..:D