Mek Google

Wednesday, December 11, 2013

36 Minggu

Assalamualaikum,

Hari ini 11.12.13..cantikkan tarikh hari ini...berjaya jugak mama adakan catatan pada hari ini setelah seminggu tak dapat bersiaran...disebabkan bencana banjir...(masih mode sedih bila terkenangkan hari-hari genting menerima musibah banjir)

Tapi untuk hari ini mama tak mo catat bab banjir.....:| Dalam minggu ni mama dah 36 minggu...fuh lagi 2 minggu lebih...hehehhe semalam pergi ke klinik desa untuk pemeriksaan rutin...alhamdulillah semua dalam berkeadaan memuaskan...gerakan jantung baby..keadaan pertambahan berat mama ok (walaupun dah 73 kilo..:p).....paras HB mama pun masih maintain 12 lebih...tekanan darah pun ok...cuma biasa lah dah perut memboyot ni..sangat la tak larat nak berjalan....dalam minggu ni juga..mama perlu jumpa doktor untuk scan baby...tapi later lah...mama mintak kelonggaran dari nurse klinik desa untuk scan di klinik swasta sahaja..nak ke hospital jauh..kena drive sendiri pulak...nanti nak kena cuti bagai..malas lah..dah la cuti tinggal 3 hari jer...alhamdulillah nurse benarkan...:D

orite laptop dah berklip-klip...takle lama-lama..elektrik pun guna generator...haih...:| 

Monday, December 2, 2013

Penstrukturan Semula Part 2

Jom sambung cerita yang tergendala...minggu lepas mama ada kemas-kemaskan kawasan laman kan..mana yang bersemak dibuang...tanah-tanah yang berada dalam pasu kosong kering kontang disatukan dan dirawat semula untuk semaian baru....manakala anak-anak pokok yang tumbuh melidi..mama alih pada pasu supaya anak-anak pokok dapat survived.

Anak pokok Roselle

Hanya 2 anak pokok dapat dialihkan...

Tanah-tanah yang kering dalam pasu...mama kumpulkan pada patch..digaul dengan baja tahi ayam dan baja tahi kambing...

Anak pokok Terung Bulat..ada banyak tumbuh rapat-rapat..mama pilih yang besar-besar..dan pindahkan pada patch yang kosong

Pokok daun bawang dan daun sup...dipindahkan ke dalam pasu...

Manakala pada Jumaat pagi lepas..mama ada sambung sedikit lagi kerja-kerja penstrukturan semula dan menanam pokok baru seperti pisang dan jambu...supaya bila besar..laman rumah ni lebih redup..dan lebih sesuai untuk tanaman sayuran...

Ada 4 jenis pokok Pisang..Pisang Emas, Pisang Nangka, Pisang Jelai Berangan, dan satu lagi mama lupa...pokok Pisang ni Atok Naufal yang bawa balik dari umah kampung di Kota Bharu 

Ini pulak pokok Jambu tanpa biji...nenek Naufal tolong belikan di pasar tani..

Lepas ke hulu ke hilir memberi arahan pada maid itu ini untuk laman ni..tetiba terasa semacam pada pinggang dan perut...kaki pun mula terasa berat..huhuhu itu baru memberi arahan..kalau angkat cangkul..entah-entah dah keluar adik Naufal...heeeeeeeeeee
Assalamualaikum...:D

Sunday, December 1, 2013

2 Tahun Sudah..

Salam pagi Ahad,

Masih mood bercuti..esok dah kerja...tapi cuti kali ni tak dapat nak buat kerja rumah betul-betul...rasa keletihan teramat sangat...rugi kan!

Erm back to topic..2 tahun!..siapa lagi kalau bukan anak teruna mama...2 tahun sudah pada 28hb November lepas...:D


Niat dihati memang nak buat makan-makan sikit dengan budak-budak sekitar rumah..tapi tak dapat kaki sudah lenguh..jadi nya hanya berjaya order kek sahaja..itu pun mujur akak officemate free...kalau tak kek pun takde...kesian Naufal..huhu tahun depan ada rezeki umur panjang kita makan-makan bentang tikar yer...:p

Ini kek nya..Kek Red Velvet...:D
Naufal suka makan cream cheese tu saja

Berkongsi kek dengan tok..lahir pada bulan yang sama selang seminggu saja..tok pada 20hb November

Separuh dibahagi-bahagikan pada jiran..hanya kek dapat dijamu...sedey jer..

Apa-apa pun mama doakan semoga anak mama membesar dengan baik..diberi kesihatan yang baik..menjadi anak yang soleh & taat pada orang tua...amin....:D

Friday, November 29, 2013

Berkongsi

Salam Jumaat,

Semalam petang balik dari kerja mama jumpa ni dalam pasu pokok keladi nenek Naufal...sempat lagi berkongsi kasih...:p




Cam tak pokok apa tu....??
Ya....Pokok Capsicum...bersama Pokok Keladi
Ada benih sesat kut nya...elok pulak kuarkan lada capsicum ni..

Okey lah nak sambung kerja-kerja penstrukturan semula dulu...lepas tu nak masak sikit untuk sambut belated birthday boy...:D 

p/s: bercuti lagi selama 3 hari...heeeeeeeeeee...:D

Thursday, November 28, 2013

Keinginan: Kuih Muih

Salam,

Kali ni tak tahu kenapa..teringin nak makan kuih muih manis-manis...tapi tak tahu nak makan apa...tetiba ada member office whatsapp gambar kuih Puli...(sesiapa di sini pernah makan puli..tahu kewujudan puli)...hihihi mama tak pernah tahu kewujudan puli..walaupun dah 18 tahun menetap di bumi Terengganu...apakah? ignorance ke apa...entah lah...:p

Jadi masa bercuti-cuti di rumah 4 hari lepas...mencari la mama akan kuih Puli ni...dari maklumat member office mama ke Pasar Binjai...pasar ni bermula dalam pukul 3 petang...di mana sebahagian kawasan untuk penjual kuih muih dan sebahagian pula untuk penjual lauk-lauk basah dan sayuran.

Pada petang Sabtu lepas, mama ke sana agak lewat...pukul 5.30...cari-cari tak jumpa...mungkin dah habis...tak putus asa...esok petang nya pada hari Ahad...mama ke sana lagi...pukul 3.30...hehhe wah alhamdulillah ada!!...sebab tak pernah makan..dan ayah Naufal tidak la gemar sangat..jadi mama beli la sebungkus untuk rasa..lepas kan rasa teringin...:D

Antara juadah petang yang berjaya dibeli 

Kuih Puli...bahan utamanya adalah ubi kayu digaul dengan nyior..dicicah dengan kuah gula melaka

Tepung pelita dan sekaya labu...sekaya labu sangat sedap!

Satar...ini kalau datang ke Kemaman memang tak sah kalau tak makan...:D

Keropok Lekor...perasan tak rupanya..macam keropok lekor sagu kan...sebenarnya banyak ikan tu...rupanya jadi macam tu sebab tak rebus...dari adunan terus digoreng...lebih ranggup!

Gitu lah kisahnya teringin akan kuih satu jenis je pada mulanya...tapi bila dah pandang yang lain...semua nak beli...hihihi tapi Alhamdulillah kan..dapat lepas hajat nak makan...:D

Wednesday, November 27, 2013

Tua ke Muda (Hasil Tuai)


Berbulan tanam kailan...tapi tak tertuai..ini yang entah ke berapa pucuk nya tumbuh...mama tuai untuk digoreng sos tiram bersama kobis manis..


Boleh lah rasanya..ada yang muda dan ada yang keras..dah tua la tu...:p
Okey rabu kan arini..tak boleh tulis banyak-banyak...daaa assalamualaikum..:D

Tuesday, November 26, 2013

Penstrukturan Semula Part 1

Salam..selamat pagi,

Selasa sudah....tapi cerita hari Ahad 24hb November....ada delay pulak....:p selepas breakfast bread toast bersama Nutella kami memulakan kegiatan penstrukturan semula halaman umah...:D

Bread Toast Bersama Nutella..sedap juga makan macam ni 

Suasana pagi ahad yang nyaman....redup-redup nak hujan...suka!

Pagi tu, sebenarnya agenda utama adalah mesin rumput...sambil-sambil ayah Naufal mesin rumput..mama amik peluang lah jadi mandur..arah apa yang patut kan...hihihi


Pertama, pokok limau purut...mama mintak ayah Naufal cabut perlahan-lahan...dan tanam semula dalam pasu...tapi mama rasa kena beli pasu yang dalam dan besar lagi...pokok ni dari beli sampai sekarang macam tu je size nya...tak membesar sebab tanah tak sesuai kut nya..keras berbatu....daun tetap gigih muncul..tapi ulat hijau yang gemok tu pulak suka sangat jadikan menu harian mereka.


Kedua, ini antara pokok bunga lily yang mama ada...mama alih kan pada pasu yang kosong...terlampau penuh dalam pasu asalnya...

Tu ada jugak rose jepun...adoi rose jepun yang senang tumbuh pun tak sihat jer tengok...apa la nasib!

Elok lagi kan keadaan anak pokok lily ni macam ni...mama tengok dalam pasu asal ni banyak anak siput...

Manakala yang ini untuk rakan office..dah lama niat nak bagi..tapi tak terbagi-bagi...:D


Ketiga, daun pandan yang jiran nenek Naufal buang..mama mintak maid ambil untuk ditanam kat umah ni....selepas beberapa minggu terperuk dalam baldi...akhirnya berjaya berada dalam pasu ni...dulu mama pernah tanam pokok pandan direct pada tanah...tapi dah arwah...hahah pokok pandan pun boleh arwah dengan tanah umah mama ni...apa la nasib...

Ini tukang sapu tak bergaji...mesti nak jugak ambil bahagian

Okey kena stop dulu..masa terhad...ada lagi cerita membaik pulih laman kita tangguh kan dulu di sini...esok-esok sambung lagi....:D

Sunday, November 24, 2013

4 Hari Bercuti

Assalamualaikum..selamat tengah hari...:D

Langsung dikala laptop dirumah ni tak disentuh oleh tuan nya...jadi mama ambil kesempatan nak menulis...dah 3 hari tak menjenguk dan tak dapat nak menulis di blog..maklum lah..kalau kat umah..memang tak sempat sebab kena tunggu laptop free...kalau yer pun laptop free...masa mama pulak tak free...Naufal lebih memerlukan mama....mula lah dia buat pelbagai ragam untuk attract attention...yelah seharian kat office tinggalkan dia..bila balik nak mengadap blog memang tak adil la kan...

Dari hari khamis sehingga hari ini..mama bercuti yahooo..cuti lagi..jadi ligat lah kepala ni memikirkan apa lagi persiapan untuk sambut orang baru yang belum disediakan...masa cuti macam ni la dapat mencari barang kan..:D Alhamdulillah semua dah settled...semua dah dikemaskan dalam beg..tunggu masa saja lah ni...

Manakala pada belah pagi dan petang...mama gagahkan diri mengintai-ngintai halaman umah....sambil memikirkan untuk penstrukturan semula tanah dan tanaman yang ada...kesian betul kering kontang tanah....itu pun separuh dari nya nenek Naufal dah amik untuk tanam bunga-bunga kat umah nya...

Dengan bantuan maid...semua tanah yang dibeli di nursery disatukan...dan diberi baja...supaya kembali berkhasiat pada tanaman yang bakal di tanam. Selama 3 hari bercuti ni..mama hanya berjaya semai pokok cili, kailan, pandan dan kangkung....harap-harap hidup lah.

Hari ni cerita tanpa gambar...tak sempat nak upload...orite esok jika sempat kita lihat apa yang dilakukan pada halaman umah secara bergambar.....selamat berhujung minggu...:D








Wednesday, November 20, 2013

Belalai Gajah

Assalamualaikum..selamat pagi

Meh nak tunjuk pokok khasiat




2 pasu pokok ni adalah hak milik adik mama...cik wa...sekarang tengah berusaha tanam pokok-pokok khasiat. Pokok belalai gajah ni biasanya diambil daun dan dikisar bersama buah-buahan...
Pokok belalai gajah ni terbukti dapat menjadi penawar pada racun bisa ular..dan sekarang satu usaha penyelidikan dilakukan untuk membuktikan pokok belalai gajah ni sebagai anti kanser.
Ada sesiapa lagi tanam pokok ni...:D

Tuesday, November 19, 2013

33 Minggu Sudah

Assalamualaikum....salam ceria semua (kat luar office hujan sangat lebat..sejukkkkk!)

Tup tup mama dah 8 bulan 2 minggu sekarang ni...haih ada lagi sebulan lebih...tak pun kalau nak terawal..less than a month...pop..meletop!...hmmm ok bertenang...bertenang...:D



Bila masuk fasa ketiga mengandung ni...seperti biasa ibu-ibu dikehendaki meneliti dan merasai pergerakan baby dalam perut...ada gerakan ke tidak, aktif ke tidak dalam tempoh 12 jam..secara tak langsung tandanya masih bernyawa lah kan...:D

Jadi bermula dari minggu ke 28..sampai lah hari baby keluar..mama kenalah tanda pada buku merah setiap pergerakan yang berlaku. Alhamdulillah setakat ni, belum lagi sampai 12 jam...mama dah abiskan tanda buku merah ni....10 pergerakan semuanya...macam cikgu pulak kan tanda buku..cuma mama tanda dengan pen biru atau pen hitam...hihihi

Result scan..ada satu sesi lagi...lepas 36 minggu nak scan lagi untuk monitor air ketuban..:D 


Ok kalau ikutkan pengalaman lepas...pada minggu ke 32..mama mengalami Edema..sembab kaki...naik sembab-sembab sekejap..lepas rest kan kaki ianya surut seperti sedia kala.....bila dah masuk minggu ke 37 keatas..masa ni sembab nya makin menjadi-jadi. Tapi berbeza kali ni...belum ada tanda-tanda edema lagi....mama tertunggu-tunggu jugak ni..kejap-kejap check kaki....sebab kat office ni asyik duduk je kan...kalau bangun pun ke surau atau pun ke toilet saja...

Dari segi pertambahan berat pulak..memang lah berbeza keadaan dengan yang pertama. Kali ni pertambahan nya kurang berbanding dengan yang pertama...pertama hampir 20 kilo, manakala yang kedua sehingga 33 minggu ni berat mama bertambah 12 kilo...tapi disebabkan lepas bersalinkan yang pertama berat mama naik dan tak reti-reti nak turun...kalau turun pun setakat sekilo dua...jadi nya...sama jelah..tak lebih dari 70 kilo..:p (Harap-harap lepas pantang..turun lah dikau wahai berat...kalau tak abis baju lama tak boleh pakai)

Dalam minggu ni jugak...mama perasan hidung terasa kembang...hihihi mungkin sembab nya pergi ke hidung tak ke kaki...terasa tebal saja...haih macam-macam kan simpton orang mengandung nih...apa pun kesulitan yang dialami..mama doa sangat semoga dipermudahkan...sebulan je lagi...:D 

Monday, November 18, 2013

Supplement Mama

Assalamualaikum....:D

Hari isnin sudah...best 3 hari bercuti heheheh...berjalan-jalan meluaskan pemandangan..Naufal la yang paling suka..:D


Okey...kali ni mama terfikir untuk mengarang mengenai bahan tambahan yang mama ambil semasa mengandung...supaya nutrisi dalam badan mama cukup seadanya...selain dari membantai nasi 3-4 kali sehari..lauk-lauk..sayuran dan buahan....hihihi kalau ikutkan penilaian Atok Naufal...mama dah tak perlu supplement ni..sebab mama makan tak berhenti...:p 

Secara wajib nya...ibu-ibu mengandung akan dibekalkan supplement seperti Folic Asid, Vitamin B Complex, Vitamin C dan Zinc..ini mama dapat secara percuma dari klinik desa berhampiran...setiap bulan nurse akan bagi tak kira lah dah abis makan atau tidak..hihihi

Iron, B Complex & Folic Asid

Selain dari vitamin yang diberi secara percuma ni...mama ada makan supplement dari shaklee...vitamin-vitamin ni semasa tak mengandung....zaman-zaman anak dara dulu pun memang mama dah amalkan..especially vitamin C dan vitamin B Complex nyer...


Semasa mengandung ni mama ambil supplement seperti vitamin C, vitamin B Complex, Vitalea, Zinx Complex, Omega, dan Ostematrix (Kalsium). Mama tak telan sekaligus semua ni...amik secara berkadaran dan silih ganti dengan vitamin yang nurse bagi. Alhamdulillah setakat ni mama berpuas hati dengan supplement yang disebut diatas...:D 

Manakala alternative lain untuk memastikan kalsium cukup untuk mama dan baby...mama minum susu lah...hihih mula-mula susu anmum....tapi mungkin mama ni alah pada lactose...bila minum susu anmum sakit perut...then try anlene...ok..tapi alahai hanya boleh minum yang kotak kecik-kecik tu...kalau beli yang tepung..mama takle nak telan....bila beli kotak kecik-kecik tu..tak sampai 2 hari dah abis...sedap dan tak sedar duk sedut kan..kecik sangat...banyak la pulak cost nyer...jadi mama gilir-gilir lah dengan supplement kalsium yang pil...:D

Selain dari tu..start pada 5 bulan ke atas mama amalkan juga makan kurma, buah tin, buah appricot, kismis, sarang burung dan susu kambing hi-goat. Bekalan kurma, buah tin, buah appricot dan kismis ni mama beli di kedai Mahnaz di Shah Alam. Kebetulan adik tinggal berdekatan kedai ni..jadi senang lah mintak tolong dia belikan..suka sebab buah-buah nya fresh. 

Itu lah serba sedikit cerita makanan tambahan mama ketika mengandung...Alhamdulillah walaupun terasa berat membawa si tecit dalam perut ni..kuranglah rasa letih mengantuk siang hari dan masih berdaya membuat kerja-kerja harian seperti biasa kecuali berkebun..:p (takat tabur benih boleh lah...nak angkat cangkul bagai..tak berani sebab mama ada bleeding history)

Friday, November 15, 2013

Gulai Telur Itik

Assalamualaikum semua..:D

Ini lagi cerita tertangguh semasa cuti Deepavali...gara-gara terliur tengok rakan FB upload gambar Gulai Telur Itik..jadi mama pun start la berangan nak makan jugak....al kisah nya mama tak pernah buat..selalu nya makan yang nenek Naufal buat...hahha time mak memasak tak jenguk...mula lah melilau kat internet..tapi macam-macam cara pulak orang lain punya..risau tak menjadi...lagi-lagi en suami kata..kang tak sedap..baik tanya mak...mak pulak balik kampung...terpaksa la call...ha bila dah begini..ada point la nenek Naufal membebel...masa dia masak tak tengok reti makan saja...:p ---> tadah aje lah telinga yer...huhuhuhu

Bahan-bahan yang dikisar - bawang merah, bawang putih, cilipadi, lengkuas, kunyit hidup, sedikit belacan.

Mama buat 4 biji telur itik masin dan guna santan kotak sahaja...tak larat nak mencari santan segar.

Tumis sekejap bahan kisar sampai naik bau..dan masukkan santan sampai mendidih..kemudian masukkan asam keping...ada orang taruk belimbing buluh atau parutan mangga untuk rasa masam-masam. Garam dan gula secukup rasa.

Masukkan perlahan-lahan telur itik satu persatu dan dibiarkan sampai mendidih...mama tak kacau pun..takut terpecah telur tu..akhir sekali mama taruk buah tomato.

Dah siap...

Dinner malam Deepavali...untuk kami berdua sahaja...Naufal dibawa pulang ke Kelantan...:D

Thursday, November 14, 2013

Melawat Kebun

Salam & Selamat Pagi,

Cuti awal muharram baru ni sempat lah mama berjalan perlahan-lahan tengok kebun..yang tak berupa kebun sangat tu...huhuh sedey tengok...kesian pada pokok-pokok..nak hidup tapi macam segan-segan nak hidup...sekarang harapkan hujan jer untuk bagi mereka minum..makan tu memang tak lah...baja tak sempat-sempat nak mencari lagi..walaupun segan-segan..masih ada yang gigih dalam menjayakan diri mereka hidup...bersabar lah yer..lepas pantang...memang pasang niat ni..nak baiki semula struktur tanah...patch..yang ada ni...harap-harap takde lah aral yang melintang nanti...in shaa allah...:D




Bendi Merah...benih dari rakan office...dah banyak kali berbuah..dan tua di pokok...ini pokok yang tumbuh dari benih yang dibiarkan...sehingga hari ini mama tak sempat merasa lagi bendi merah ni...asyik tua di pokok..


Daun bawang besar..silap tanam pada patch..patutnya tanam dalam pasu. 


Ha bayam malabar muncul lagi...ada 5-6 pokok asalnya...tapi last-last yang survive satu pokok ni sahaja...bibik mama tolong pindahkan dalam pasu...harap-harap membesar lah sehingga ada benih baru...



Pokok kucai..sampai dah berbunga tengok dirinya yang keding melidi..tak subur langsung. Kat sini juga..awal tahun dulu mama semai tomato dan tomatilo benih dari SriKota Garden - (My Mix Garden)...tumbuh menjadi anak pokok...tapi tak berjaya membesar...nasib baik masih ada lagi benih nya...:D 


Ini pula kacang botor hasil dari benih yang jiran bagi...sepatutnya kacang ni jenis yang besar-besar....tapi selepas 10 bulan mama semai...baru muncul kacang nya...itu pun kecil saja size nya..tak apa lah rezeki jugak kan...:D
Nampak ada la beberapa lagi bunga yang muncul...mungkin dah kerap hujan ni...gigih la pokok nya keluarkan bunga...