Jom sambung cerita yang tergendala...minggu lepas mama ada kemas-kemaskan kawasan laman kan..mana yang bersemak dibuang...tanah-tanah yang berada dalam pasu kosong kering kontang disatukan dan dirawat semula untuk semaian baru....manakala anak-anak pokok yang tumbuh melidi..mama alih pada pasu supaya anak-anak pokok dapat survived.
Anak pokok Roselle
Hanya 2 anak pokok dapat dialihkan...
Tanah-tanah yang kering dalam pasu...mama kumpulkan pada patch..digaul dengan baja tahi ayam dan baja tahi kambing...
Anak pokok Terung Bulat..ada banyak tumbuh rapat-rapat..mama pilih yang besar-besar..dan pindahkan pada patch yang kosong
Pokok daun bawang dan daun sup...dipindahkan ke dalam pasu...
Manakala pada Jumaat pagi lepas..mama ada sambung sedikit lagi kerja-kerja penstrukturan semula dan menanam pokok baru seperti pisang dan jambu...supaya bila besar..laman rumah ni lebih redup..dan lebih sesuai untuk tanaman sayuran...
Ada 4 jenis pokok Pisang..Pisang Emas, Pisang Nangka, Pisang Jelai Berangan, dan satu lagi mama lupa...pokok Pisang ni Atok Naufal yang bawa balik dari umah kampung di Kota Bharu
Ini pulak pokok Jambu tanpa biji...nenek Naufal tolong belikan di pasar tani..
Lepas ke hulu ke hilir memberi arahan pada maid itu ini untuk laman ni..tetiba terasa semacam pada pinggang dan perut...kaki pun mula terasa berat..huhuhu itu baru memberi arahan..kalau angkat cangkul..entah-entah dah keluar adik Naufal...heeeeeeeeeee
Assalamualaikum...:D
Wah banyak projek ni..
ReplyDeleteAssalam Nadia,
ReplyDeleteAmboi banyakknye projek,nasib baik maid buat kan. hehe........Take care nadia,dah nk due dah tu...jangan buat kerja berat2 dah. Semoga semuanya di permudahkan. :)
Salam Nadia, seronok tengok kawasan berkebunnya luas, siap tanam pokok pisang dan jambu lagi.bestnya
ReplyDeleteni dah kira projek kebun mega nadia...hrp semua bejln lancar...tk cr
ReplyDeletetetiba datang semangat...lagi pun cuaca redup....jadi xde lah nanya sangat maid duk tengah panas...n kerja2 didapur pun sy dah kurang buat...keadaan dlm umah xde lah comot...dr duk monyok tgk tv...sy ajak maid exercise kt laman...:p
ReplyDeleteWah nadia, kejap lagi jadi mini dusun ni.. mcm2 ada..
ReplyDeletehahhaah macam-macam ada kalau yang macam2 tu berhasil semuanya...:D
Deletecantik beratur pokok pisang,,lepas ni tak yah belilah ambil kt kebun sendiri jer kan..insyallah
ReplyDeleteamin...harap-harap tahun depan boleh makan pisang....nanti mesti banyak membiak kan pisang ni...kena rajin-rajin trim
DeleteAktiviti berkebun lebih baik dari lepak tengok derama tv, dengan cerita2 yg.sengaja diada ada kan. Subur pokok jambu tu..tahniah dik.Semoga sentiasa sihat disamping keluarga tercinta.
ReplyDeletekak puteri sy ni kadang perangai berkira-kira jugak...bila duk monyok tgk tv datang rasa rugi..bayar bulan2 untuk tengok tv kah? hihihiih kerah lah sikit tenaga cangkul tanah...harap-harap jambu tu nanti berbuah tanpa biji lah...kalau tak mesti kena gelak dengan ayah sy...huhuhu
DeleteSalam Nadia,
ReplyDeleteSeronoknya dapat pelbagai jenis pisang! Mak Aji paling suka jelai berangan. Kalau mengandung, makan pisang saja tak makan nasi pun takpe! Kebun pun ada penstrukturan semula ya, he he, macam kat ofis juga ya!