Mek Google

Loading...

Wednesday, July 16, 2014

Bekal Semaian Tahun Depan

Alhamdulillah...lebat hujan di bumi Kemaman ketika ini...sejuk sangat pagi-pagi ni...sebelum hujan turun tadi sempat saya gunting beberapa kuntum bunga Zinnia yang kering...sekarang perlu dikeringkan dulu (lembap terkena embun) sebelum disimpan dalam bekas....


Bunga-bunga Zinnia yang bakal kering...lama betul bertahan...sebulan lebih...


Ini yang dah dipetik sebelum ni...dah betul-betul kering untuk disimpan dalam bekas...saya fikir simpan dulu lah....tahun depan pulak semai...lepas ni dah kurang musim panas...kemudian dah nak masuk musim hujan..Takut kurang menjadi bila disemai musim sekarang ni...


Yang dah berjaya dikumpul...banyak tapi tak tau lah menjadi tak benih-benih ni....dah bercampur aduk benih dari pelbagai color. 

Itu saja catatan saya untuk Zinnia batch pertama ni....batch kedua nampak nya dah berbunga tu...tapi tak sempat nak selfie lagi dengan mereka...:D

Oh ya...iklan jap...kepada sesiapa yang masih mencari shawl/selendang raya untuk diri sendiri, anak-anak dara dan sebagai nya...boleh lah lawat Facebook atau Instagram Prettifyyy. Kami menawarkan straight, oval dan halfmoon shawl dari harga RM25 - RM45. Sila lah yer singgah tengok-tengok kut berkenan. 

Facebook.com/prettifyyy 

Instagram.com/prettifyyy 

Benih Zinnia Cactus Mixed boleh didapati di sini. ~ 30 seeds for RM3. Untuk pesanan sila email kepada nadiarashid7582@gmail.com.



9 comments:

  1. Salam Nadia,

    Kat Kemaman hujan ya, jelesnya! Kat sini panas terutama waktu petangnya. Rasa asyik nak mengelat aje masuk dapur, letih semacam! Beberapa hari lepas adalah hujan sekali, lebat betul, pastu kering garinglah. Sambil menyimpan benih sambil illan shawl ya, he he! Selamat berpuasa, masak apa tu??

    ReplyDelete
  2. anika color,, kalau serentak kembangnya cantik menarik laman Diana

    ReplyDelete
  3. Nadia, nanti batch kedua mestia lebih banyak zinnia boleh ditanam dari benih yang ada tu ya...

    ReplyDelete
  4. salam nadia, zinnia seeds boleh tahan berapa lama ye, kalau disimpan dlm room temperature?

    ReplyDelete
  5. kat umah nie pun zinnia galak berbunga jugak tp kurang subur sbb cuaca sejuk kan..

    ReplyDelete
  6. banyak benih tu nadia, la ni musim panas nak menyemai pun mcm berat hati je takut2 tak menjadi. InsyaAllah masuk hujung tahun sejuk sikit syok nak menyemai time tu. Happy garden nadia. :D

    ReplyDelete
  7. Salam Lebaran.
    Team members Kebun Bahagia Bersama menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya ada salah dan silap harap jangan disimpan

    ReplyDelete
  8. Salam Nadia,

    Selamat hari raya! Pokok bunga ni dulu banyak sangat kat rumah my Mom lepas tu hilang entah ke mana hahahaha

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari raya Nadia, Maaf zahir batin. :D

    Teruja tgk nadia menyimpan benih,saya kumpul dan simpan benih alik2 beli jugak yang online. mengada2,pantang tgk dalam blog kawan2 promo laju je beli. hehe......

    ReplyDelete