Mek Google

Loading...

Friday, January 24, 2014

Anak Kemboja Bergelimpangan

Salam Jumaat,

Selama berpantang ni mama ada la usha pokok-pokok bunga nenek Naufal...dan berangan lah jika ada anak pokok atau benih boleh la tanam kat rumah mama..yelah nak beli macam rasa mahal jer..:D
Pagi ni keluar la tengok-tengok bunga nya...alahai terkejut tengok anak pokok kemboja yang menjadi impian hati dah bergelimpangan dalam pasu...ini gara-gara disiram secara SANGAT BERHEMAH...hmmm meh layan jela gambar anak kemboja baka warna putih berkelopak...harapnya ada yang menjadi nanti... 




Berada dicelah-celah pokok daisy.

Ni pula ulang tayang bunga daisy yang rancak berbunga...suka betul...mama intai juga anak pokok daisy...tapi macam tak ada jer...nampaknya kena beli juga pokok daisy ni...biasa harga RM8-12 sepokok.



Hehe kat bawah ni bunga terindah mama...Raeesa tengah tidur..tu sebab la mama boleh update blog ni...:p

8 comments:

  1. Kakak nak bunga yg bawah sekalilah nadia boleh hihi... yg ini sah-sah boleh diulek selalu:) Pipi pun dah montel.
    Sedap betul dia lena. Itu yg mama boleh relax panjang...

    ReplyDelete
  2. salam singgah. geram tul tengok pokok bunga semua ni. tp sayang, tangan saya panas. tanam apa pun tak nak hidup. heheheheehe

    ReplyDelete
  3. comelnya bunga yg bawah sekali tu. geram kalau tgk anak perempuan. saya kedua2 anak saya lelaki.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah boleh jenguk - jenguk kat luar ;) suka tengok baby tidur..

    ReplyDelete
  5. wahhh...mama raeesa xsabar2 doh nak berkebun tu...

    ReplyDelete
  6. Salam Nadia,

    Dalam banyak-banyak bunga, bunga Raeesa jugalah yang paling cantik! Tahniah atas kelahiran adik Naufal yang comey ni! Nyenyaknya Raeesa tidur!

    ReplyDelete
  7. Salam Nadia.
    Alhamdulillah sekejap benar pembesaran Raeesa..nanti boleh tolong siram2 bunga hihihi.Tahniah dik.

    ReplyDelete