Pagi ni sangat redup di Kemaman ni...suka dengan cuaca macam ni sangat sesuai untuk berkebun...:D
Tapi pagi ni...hampa la gak...maid cakap ada orang curi jambu...saya terpinga-pinga..Selepas sedia kan breakfast...sekitar 8 pagi saya mula keluar rumah untuk tengok apa yang berlaku..serta melakukan kerja-kerja dibelakang rumah merumput, alihkan anak pokok, pangkas ranting pokok, dan semai benih baru.
Teringat petang semalam saya baru je amik gambar pokok Jambu ni...fikir kan hari minggu nanti boleh la makan dengan asam boi...
Rupa asal pokok Jambu...terpaksa tongkatkan dengan besi dan kayu...berat nak menampung buah nya.
Kesemuanya ada 3 biji...
Rupa setelah dipangkas...selepas diperhatikan cara pencuri Jambu ni...saya fikir ianya perbuatan sang monyet...tak mungkin ada orang yang curi sebab pagar ditutup...lagi pun budak-budak di sini berkelakuan baik-baik. Dahan pokok yang ada buah dipatahkan..jadi terpaksa la saya pangkas elok elok...haih kesian maid saya..tak puas hati dia...semua buah Jambu yang dijaga dicuri monyet...
Nampak ada pucuk baru nak berputik...Moga-moga kali ni rezeki kami...:D