Mek Google

Monday, April 28, 2014

Hasil Tuai (Basil Si Penyeri)

Assalamualaikum....untuk bulan April ini...hasil tuaian makin meriah...sawi dan bayam dapat dituai secara berperingkat...:D




Boleh la setakat untuk makan-makan sendiri....cuma untuk bulan seterusnya...agak bermasalah..sebab semaian yang terbaru ni kurang menjadi...cuaca makin panas...dan mama tak sempat nak alihkan anak semaian.


Tomato pun dah boleh dituai...ini dari pokok yang hampir mati tempoh hari...pokoknya pun dah selamat dibuang dan digantikan dengan anak pokok yang baru.

Basil sekarang menjadi-jadi...mama suka makan buat ulam...dalam burger pun mama letak...cuma dah kita sorang je makan...mana nak abis...nak dibahagi-bahagi pada jiran atau officemate pun kebanyakkan tak pandai makan..

Jadi basil mama suka tuai untuk penyeri hidangan...:p






Tomato, serai, dan bendi hasil tanam sendiri...dicampur semuanya ke dalam masakan Asam Pedas Melaka...


Ini air longan bersama red dates (kurma cina)...mama minum untuk tambah susu badan. Daun Basil tu penyeri dan mewangikan minuman ni...:D


Sawi lagi...bersama buah Markisa sulong mama....bendi dan tomato...Markisa tu boleh tahan masam!


Ini tuaian untuk diberikan pada officemate.


Perasan tak bendi tu semua ketot-ketot...biji bukan dari baka ketot...tapi mungkin tak cukup zat hihihi


Ini tuaian terakhir untuk bulan April



18 comments:

  1. Puas dan menggembirakan bila hasil dari tanaman sendiri dpt dinikmati dlm rumah sendiri.
    Sawi baru petik kakak suka rangup dia tak sama yg beli di pasar.
    Basil tu Nadia tanam guna benih ye. Kakak tak pernah tanam dah tak tahu pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kak dr benih...asalnya agak susah nak bercambah..ada la bercambah dua tiga pokok..lepas da setahun lebih tanam ni..makin byk tumbuh sendiri dr benih asal

      Delete
  2. Hi Nadia!

    Oh sakitnya hati ku melihat sawi dan bayam mu wahai nadia *sob sob sob* Tanaman I hancur dek kucing jiran I! Yangg tinggal hanya lah bayam itu pun I tengok daunnya macam di makan belalang *uwarrgghh* sedih I tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kat sini...kucing jiran suka wat jamban...belalang nampaknya da start ada...jadi untuk next month sayuran tak pasti boleh hidup dengan aman ke tak

      Delete
    2. Thai basil pun di makan dek belalang tau. Camne eh nak buat?

      Delete
    3. erm cuba tanam dalam pot kecik..kut nanti senang nak alih dr perhatian belalang

      Delete
  3. berbaloi kan nadia, smpai dpt sedekah lg tu...hrp makin menjadi la hasil tanaman kat kebun tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berharap jugak ni bulan2 depan pun sayur tumbuh elok...tapi setakat ni pelapis tak tumbuh lagi ni

      Delete
  4. bestkan bila petik2 trus blh masak/makan...fresh n bebas racun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fresh tu yg best..suka bendi muda..sawi rangup buat ulam

      Delete
  5. Usaha yang gigih dah dapat hasilnya... dpt sawi crunchy seronoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih sangat k.mar...hihihi kulit dah gelap2 sikit..:D

      Delete
  6. salam nadia,
    wah banyak betul hasil tanaman tuh..suka tengok sawi2 nampak begitu sehat sekali...ulam raja pun kemain banyaknyer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulam raja mmg meraja ni..da tak larat nk cabut...ada je ank raja tumbuh

      Delete
  7. Nadia ni kira rajin betul ya.., tengok ada anak kecil pun masih sempat berkebun. Sayur pun nampak subur2 ja..

    ReplyDelete
  8. Assalam Nadia,

    Banyak tuaian nadia, seronok tgk hasil yang di tuai. :D

    ReplyDelete
  9. Wah byknya hasil tuaian..ni rasa nk berkebun blik ni..hehe..

    ReplyDelete
  10. Basil makin panas dan dapat cahaya memang makin menjadi jadi.

    ReplyDelete