Mek Google

Tuesday, April 29, 2014

Michelin Mama


Asalamualaikum,

Pejam celik pejam celik...dah 4 bulan lebih anak dara mama seorang ni...minggu lepas ada buat monthly check up...alhamdulillah semua ok...berat Raeesa 6.8 kilo...perkembangan yang normal untuk peringkat umurnya..masuk 4 bulan Raeesa dah boleh memegang sebarang objek yang berdekatan dengan nya...ada sekali tu Raeesa bungkus diri sendiri dengan kain selimut...terkapai-kapai seorang diri...terkejut betul! 

Meniarap pun dah laju...sampai kan si abang nya Naufal pun cuba-cuba meniru gaya Raeesa meniarap...excited pulak si abang mungkin lupa...dia pun pernah meniarap...:p


Raeesa juga suka senyum dan menegur sesiapa yang lalu atau berdekatan dengan nya..cuma dengan atuk saja dia tak mahu...mesti sedih dan terus menangis...heran betul!

Mari lah layan gambar-gambar nya...:D






Sekarang Raeesa mendapat gelaran Michelin...icon tayar yang berketul-ketul tu...hihihi

Monday, April 28, 2014

Hasil Tuai (Basil Si Penyeri)

Assalamualaikum....untuk bulan April ini...hasil tuaian makin meriah...sawi dan bayam dapat dituai secara berperingkat...:D




Boleh la setakat untuk makan-makan sendiri....cuma untuk bulan seterusnya...agak bermasalah..sebab semaian yang terbaru ni kurang menjadi...cuaca makin panas...dan mama tak sempat nak alihkan anak semaian.


Tomato pun dah boleh dituai...ini dari pokok yang hampir mati tempoh hari...pokoknya pun dah selamat dibuang dan digantikan dengan anak pokok yang baru.

Basil sekarang menjadi-jadi...mama suka makan buat ulam...dalam burger pun mama letak...cuma dah kita sorang je makan...mana nak abis...nak dibahagi-bahagi pada jiran atau officemate pun kebanyakkan tak pandai makan..

Jadi basil mama suka tuai untuk penyeri hidangan...:p






Tomato, serai, dan bendi hasil tanam sendiri...dicampur semuanya ke dalam masakan Asam Pedas Melaka...


Ini air longan bersama red dates (kurma cina)...mama minum untuk tambah susu badan. Daun Basil tu penyeri dan mewangikan minuman ni...:D


Sawi lagi...bersama buah Markisa sulong mama....bendi dan tomato...Markisa tu boleh tahan masam!


Ini tuaian untuk diberikan pada officemate.


Perasan tak bendi tu semua ketot-ketot...biji bukan dari baka ketot...tapi mungkin tak cukup zat hihihi


Ini tuaian terakhir untuk bulan April



Tuesday, April 15, 2014

Ahli Baru (April 2014)

Assalamualaikum rakan-rakan blog mama,

Lagi cerita tertangguh, kehadiran ahli baru ke laman mini mama...:D


Mama membuat pesanan halia bara, benih-benih bunga...dan selebih nya pemberian ikhlas dari KBB...seperti Pokok Kiambang...benih Sunflower, dan bebawang Spider Lily

Tetiba tertanya-tanya...halia bara ni kita boleh makan untuk masak harian ke tak yer? Dan daun halia boleh digunakan dalam masakan tak?

Semasa melilau blog walking tadi...terjumpa khasiat halia bara yang mana kebanyakkan nya menyatakan sangat bagus untuk buang angin dan mengempiskan perut. Cuma bab daun sahaja mama tak dapat jawapan lagi...


Benih Zinnia Mixed, Balsam Pink dan Sunflower
 

Pokok Kiambang mama letak dalam besen dulu...tak sempat lagi ke nursery cari pasu yang sesuai...nanti kena bela ikan la kan...untuk elak jejentik...ke macam mana...nanti lah mama akan menggoogle lagi...:D
 
Semalam benih yang baru dipesan dari Tanamsendiri.com telah sampai....mama beli benih betik sekaki, terung sekaki, sawi-sawi pelbagai jenis, dan tomato...dan pagi ni sebelum ke office sempat la mama semai benih betik....harap-harap menjadi lah pokok betik nya...:D
 
 

Cinnamon Roll & Tuna Bun

Selamat pagi..Assalamualaikum,

Pagi-pagi ni teringat hasil meroti minggu lepas..dah lama tak buat roti...minggu lepas hari Sabtu...tengok jam pukul 3....nak berkebun hujan pulak..jadi belek-belek blog Azie Kitchen dan Jintanmanis.com..match kan resipi pada kedua blog ni....tengok bahan dalam kabinet semua ada..akhirnya berputar la juga bread maker mama untuk tahun ni...:p


Sebelum dibakar....dengan tepung gandum sebanyak 375 gram dapat la 2 loyang sederhana ni...size berapa dah lupa...



Yang pertama dibakar....bangkit bau cinnamon nya....



Ini lebihan dough...mama taruk inti tuna...



Sejam setengah menguli dalam bread maker...setengah jam mama uli tangan pula...setengah jam dibiarkan kembang...dan 25 minit dibakar...dengan suhu 160 Celsius 

Resipi nya mama gabungkan penggunaan water roux dari blog Jintanmanis.com....Manakala resipi penuh mama ambil dari blog Azie Kitchen...cuma tepung gandum mama lebihkan 100 gram supaya dough tidak terlampau lembik.

Selamat meroti!



Sunday, April 13, 2014

Benih kah?


Salam...yeay! Internet rumah baru di top up...dapat la update gambar-gambar yang tertangguh...seperti gambar di atas. Ini pokok bunga Canna tapi dah kering bunganya...

Nampak tak yang berbulu bulat-bulat tu...benih ke? Macam mana nak maintain pokok ni...perlu potong ke bahagian yang kering tu...

Monday, April 7, 2014

Bayam Merah

Assalamualaikum,

Sementara tunggu sawi yang kecil membesar....nampaknya bayam merah pula yang boleh dituai...



Kebetulan bulan ni dah masuk bulan ke 4 selepas kelahiran Raeesa...biasanya bila tempoh selepas 3 bulan rambut kita akan gugur...rambut mama makin banyak gugur...jika sikat rambut segumpal gugur...jadi elok la makan bayam kan antara sumber zinc yang terbaik.


Tumbuh mudah dalam pasu limau purut. Mama malas nak alihkan.

 Berada direct dalam patch...kelihatan kurang bersemangat membesar...mungkin keadaan sekarang yang makin panas. 



Thursday, April 3, 2014

Oh Tomato


Salam...sat tengok ni...


Berjaya kah tomato ni membesar sehingga masak ranum...?? Seminggu yang lepas soalan ini sudah dipanjangkan kepada tuan tanah Tanamsendiri.com....jawapan nya ini adalah normal...terjadi nya kering disebabkan terlebih cahaya...tak akan jejaskan tuaian...cuma jika terlampau panas putik buah tomato akan gugur...

Setakat ini hanya pokok yang makin kering...buah takde pulak gugur...cuma pembesaran buah agak perlahan...berbanding dengan pokok disebelah nya yang lebih muda.


Ini pokok yang bersebelahan dengan pokok yang kering tadi...dah makin condong disebabkan buah tomato makin membesar...berat agaknya...

Ada rakan-rakan yang pernah alami masalah tomato macam ni..?

Nampaknya kena semai tomato baru...supaya hasil tuaian boleh bersambung-sambung kan...:D


Tuesday, April 1, 2014

Hasil Tuai (Merah & Hijau)

Beberapa tuaian hijau merah pada bulan March...:D


 Buah Roselle...Capsicum...Cilipadi dan buah Mulberry...yang merah masam....yang hijau...pedas!



Sawi, kangkung dan beberapa biji Roselle....roselle dibuat jus, sawi dibuat tumis air dan kangkung dicampak ke dalam nasi goreng kampung!

Sawi tumis air yang sangat simple...licin! Sawi tu sedap tak ada rasa pahit pun

Bendi hanya 3 biji baru belajar berbuah...:D