Mek Google

Tuesday, December 9, 2014

Mee Kung Fu Yang Banyak!


Selamat Pagi,

Selasa sudah hari ini..hampir seminggu tak bersiaran...dari diri berlapang masa tetiba datang sesuatu aktiviti yang boleh menyibukkan diri. Mak saya tetiba cakap rasa nak balik kampung tengok rumah...last kami balik ke kampung 3 minggu lepas...masih baru lagi...mak saya risau kan rumput yang panjang...sekarang musim hujan susah nak dapat kan tukang mesin rumput..kebetulan suami saya dapat cuti...jadi vrooooommmmm lah kami ke negeri Kelantan....selama 4 hari.


Itu lah keadaan rumput nya...panjang sudah...sangat subur! Last suami saya mesin kan pada raya Haji lepas...ada tukang nya tapi tak datang-datang mesin...susah bila rumah tak bertuan ni. Ingat nanti nak racun kan. 

Ok panjang lebar pulak hal rumput...nak cerita Mee Kung Fu...semalam ada ke satu kedai ni nama nya Mat Cafe..berada di Bandar Chukai Kemaman...ada pelbagai jenis masakan panas & western...Rasanya pun sedap..saya buat pesanan Mee Kung Fu...tapi sebenarnya nak makan Kue Tiew Kung Fu...bila makanan sampai..alamak tersilap order! Harus la muka ni jadi monyok kan...tapi Alhamdulillah...sedap rupanya Mee Kung Fu ni...saya makan share dengan Naufal..hihih memang licin kami makan...:D

Untuk malam nya.....saya buat dinner Mee Kung Fu...rasa tak puas makan di cafe tadi...tapi kali ni versi yang banyak..boleh makan puas-puas kan?


Kuahnya yang agak pekat...bahan nya tumisan bawang putih & halia, sedikit telur putih, sos tiram, kicap cair, garam, tepung jagung, kiub stock ayam, lada sulah & lada hitam.


Mee kuning yang digaul dengan telur, lada sulah & garam...digoreng seperti goreng telur dadar. Saya goreng size nya 2 kali ganda berbanding yang dimakan di kedai tadi.

Angkat Mee kuning yg digoreng tadi...terus dijirus dengan kuahnya dan dihidang panas-panas...kali ni memang tak bergerak...kenyang sangat...Alhamdulillah!

Wednesday, December 3, 2014

Siakap Bakar Ala Portugis


Hari Ahad lepas saya ke pasar dan 2 gerai ikan...usaha nya nak dapat kan ikan Siakap...ni gara-gara terliur dengan menu ikan bakar Portugis yang dipaparkan oleh rakan maya Atie dari blog StoriesofLife..

Gerai kedua baru bertemu dengan Siakap nya..itu pun seekor sahaja yang ada....ini dikatakan rezeki masih ada...saya terus pickup lah Siakap nya..walaupun size agak besar....saya lebih suka yang sedang-sedang je..sebab senang nak masak...kuali pun kecil kan..:D

Minta adik penjual ikan siangkan siap-siap...tapi adik tu tak potong...bergusti la pula saya nak potong nya..supaya muat berada dalam kuali...pisau pula ketajaman ala kadar ni lagi la perlu gigih berusaha...

Rupa si Siakap selepas bergusti dengan saya...erm masih hensem kan?

Ok back to cerita menu ikan Siakap Bakar ala Portugis....ikut kan resipi nya kena buat sendiri sambalnya...(Resipi Disini ) tapi saya ni malas nak buat semua tu...kebetulan ada sambal ikan bakar instant..saya guna yang tu...cuma sediakan bahan untuk tabur sahaja


Saya potong kasar bawang-bawang putih, merah dan besar bersama lada besar. Tumis sekejap bagi layu. Kemudian, sediakan kuali..alaskan dengan daun pisang, letakkan beberapa sudu sambal ikan bakar...tabur daun limau purut bersama racikan kunyit hidup dan lengkuas. Lepas tu, saya letak ikan nya...sudukan lagi sambal ke atas ikan. Kemudian saya taburkan lagi daun limau purut serta daun basil. Akhir sekali saya letak bahan tumisan serta minyak nya dan bakar selama 30 minit.  


Ini hasil nya. Semasa membakar rasa tak sabar nak makan..bau nya wangi sangat...aroma dari daun pisang, daun limau purut dan daun basil memang perfect! Bagi yang minat dengan bawang mesti licin bawang tu dimakan...lain kali saya nak banyakkan lagi bawang...memang sedap seperti mana yang atie bagi tahu..rasa manis-manis bawang tu membuatkan rasa lebih berselera makan. 

Ok selamat mencuba...:D



Tuesday, December 2, 2014

Spider Lily


Selamat Pagi,

Tengok siapa yang kembang ni.....kalau tak silap bulan April lepas, Tukang Kebun KBB bagi free gift bawang Spider Lily, minggu lepas pokok nya mula berbunga...cantik putih berseri! 

Manakala pokok kat bawah ni pun barang kali nama nya sama...walaupun warna daun nya berbeza....tetapi bunga nya pun bercabang-cabang dan putih seperti Spider Lily diatas.

2 minggu lepas pokok ni berbunga..tak sempat nak ambil gambar nya...sekarang saya sudah ada 4 jenis  pokok bebawang Lily ni....ada rezeki lebih boleh kumpul lagi...geram tengok entry KBB mengenai Lily nya...meriah macam-macam warna.

Monday, December 1, 2014

Orkid Serasi Bersama Mol Bawang







Pokok-pokok di atas adalah anak pokok Orkid yang diberi makan mol bawang sekali seminggu....selepas 2 bulan secara konsisten saya dapati akar-akar serta pucuk baru muncul...daun juga semakin banyak dan warna nya lebih hijau....(terasa macam tulis ayat hipotesis dalam makmal je)

Masih ingat tak lagi dengan mol bawang....resipi asal saya dapat dari perkongsian ahli kelab Orkid Penanaman & Penjagaan di Facebook....resipi nya sekilo bawang merah dan sekilo gula Melaka (dihiris-hiris) yang diselang selikan susunan nya dalam bekas..ditutup dengan kain atau tuala..dan diperam selama seminggu....selepas seminggu akan kelihatan cecair pekat perang gelap...tapis cecair nya...mol bawang ni digunakan dengan sukatan sebanyak 5ml bersama 1 liter air.

Saya juga dah cuba pada pokok tomato dan lada....nanti dah nampak apa-apa perubahan yang menarik saya tunjuk kat sini ya!

Saturday, November 29, 2014

Bunga & Roti


Pagi ni selesai sedia kan sarapan...terus ke laman umah...untuk amik gambar..semalam tak sempat..nampak banyak jenis bunga tengah kembang. Sementara anak-anak masih tidur ni dapat la luang sekejap masa kat sini...jom tengok bunga-bunga pagi ni


Balsom Hibiscus..benih dari KBB...banyak pokok berjaya disemai...tapi tak kena dengan musim..beberapa pokok dah terkorban disebabkan terlebih air. 


Alamanda Oren...pokok ni saya dapat dari jiran mak saya



Daisy-daisy yang dibeli di pasar tani...banyak kali berbunga


White Zinnia yang tiba-tiba tumbuh..mungkin sebab dah bercampur warna..terhasil lah yang putih ni



Alhamdulillah, bunga-bunga Zinnia ni menjadi walaupun daun-daun nya tak menarik...lobang-lobang dimakan ulat kut...bersepah najis....tapi tak jumpa tuan nya.



Ok ini sarapan nya...Chicken Mayo Homemade Bread...tak puas makan kat Dunkin Donuts...bikin sendiri banyak-banyak puas hati..:D

Jom Sarapan!

Thursday, November 27, 2014

Suka Duka November


Hampir sebulan tak dapat bercerita...bukan tak ada cerita tetapi terlampau banyak siri-siri cerita yang kurang enak sehingga memenatkan badan dan minda. Kini officially, saya menjadi surirumah sepenuh masa....setelah hampir 6 bulan berteka-teki dengan pihak majikan....masih terasa kekok dengan perubahan ini...harap nya tak lama saya memegang status ini...dan ada rezeki lain di luar sana...bagi menanggung komitmen yang sedia ada.

Walaupun hati tidak ceria...hidup mesti diteruskan seperti biasa...dari aspek positive mungkin ini masa dan peluangnya saya abiskan masa bersama anak-anak. 


Esok 28hb Nov Naufal genap lah 3 tahun.....hmmm mama tak plan apa lagi ni untuk Naufal...bulan depan 14hb Dec adik Raeesa genap setahun...cepat kan masa....terasa baru aje kendong perut dalam musim hujan mengharungi banjir....doa-doa semoga tahun ini tidak lah banjir di Kemaman ni.







Wajah-wajah terbaru Raeesa...agak kurang isi sudah...makin melasak dengan abang nya..team work yang bagus...abang bagi idea...die pula tukang pelaksana...keadaan agak selamat bila abang nya tidur...elok saja bermain sorang diri.

Petang tadi bosan-bosan dapat la hasil kan puff sardin..puff ni beli yang ready made jenama Kawan...tahun lepas kalau tak silap...cuba-cuba masih elok keadaan nya...Alhamdulillah kenyang makan petang.





Minggu ni cuaca agak tenang dan elok untuk berkebun...antara tanaman yang tengah gagah berbuah





Ada 3 pokok tomato cherry...tapi buah nya berlainan warna...tak mengapa lah apa warna sekali pun...asal kan sehat dan elok untuk dibuat makan.



Beberapa Kailan dan sawi pelbagai jenis juga berjaya membesar selepas dibasahi air hujan hampir 2 minggu.





Suka dengan pokok Mulberry ni...banyak kali saya pangkas...kali ni dapat lihat hasil nya...lebat berbuah...dan buah nya makin besar memanjang...tidak seperti sebelum ni kecil-kecil....tak sabar nak tengok semua nya bertukar warna gelap...manis!

Friday, October 31, 2014

Zinnia Giant Dahlia Red


Setakat ini hanya satu yang berjaya berbunga dan kembang semangkuk! Cantik tak? Benih dari KebunBahagiaBersama.


Pada 26hb Oct 2014....


Pada 31hb Oct 2014....pukul 11 pagi tadi...panas betul...tapi sekarang ni hujan datang tiba-tiba.


Ini pun saya rasa dari benih yang sama..sebab color nya merah cuma tak berjaya kembang jadi giant...tapi color nya memang menarik..dari jauh dah nampak.


Next tunggu Zinnia Polar Bear pula...:D

Sunday, October 26, 2014

Herba Musim Hujan


Salam Maal Hijrah 1436 dari saya sekeluarga,

Musim kemarau dah semakin menjauh....sekarang tiba musim hujan...tak pagi atau petang...malam mesti hujan....cuaca pun ala-ala redup je sepanjang hari....nyaman saja...kalau nak berkebun sampai tengah hari pun tak terasa...alih-alih tengok jam dah pukul 12 tengah hari...




Daun Kesom ceria hidup bawah teduhan...sebelum ni tak mau hidup pun..


Pokok Kunyit pun makin meriah berdaun...cuma daun nya tidak lebar...ada cara tak untuk dapat kan daun yang lebar...?????



Daun Sup...mula berjaya membesar kan diri...dah banyak kali juga dapat tuai....tapi Daun Ketumbar belum menjadi...


Pokok Cilipadi Putih...sedang membesar...daun nya makin pulih dari berkerinting.

 

Pokok Bunga Kantan...dah mula tumbuh tunas-tunas baru. Hari ni beli bunga Kantan untuk masak tempoyak ikan patin....RM5.80 untuk 2 kuntum kecil yang belum kembang...mahal kan? Jauh saya cari rhizome nya di kampung. Di harap kan hidup elok lah...risau dengan kehadiran hujan yang banyak nanti akan merosakkan rhizome nya. 

Jadi sempena di awal tahun baru ini...harapan nya semoga pokok-pokok yang di tanam berjaya hidup dengan baik sebagai rezeki kami semua...Amin.

Semoga tahun 1436H ini memberi segala kebaikan buat kita semua...Amin Ya Rabbiyal Alamin...

Wednesday, October 22, 2014

Hasil Tuaian Oktober 2014

Assalamualaikum dan selamat bercuti Deepavali,

Kali ni nak upload hasil tuaian yang dituai dari halaman umah mak saya...raya haji lepas mak ayah balik ke kampung lebih awal...jadi lama la sikit berada di kampung..dapat la bersih kan halaman di sana yang terbiar...dah bersih sikit..nampak la rezeki yang boleh dimanfaatkan.



2 tandan pisang Nangka sudah masak...kali ni rezeki tuan tanah...dapat la dikongsi bersama keluarga dan jiran- jiran terdekat....kalau tak..mesti rezeki pencuri...


Buang pokok Lengkuas yang menebal....dan korek isinya...sebakul besar dapat dikorek...sampai sekarang tak habis lagi.


Selepas potong rumput...nampak la pokok-pokok Pegaga ni....dapat la kutip beberapa urat untuk buat ulam.


Yang ni pula hasil rumah mak di Kemaman sini...saya kutip la sebelum ia rosak...tengok tomato tu dah dicucuk kolagen..kesian betul!

Tadi kutip daun kesom, cilipadi, dan tomato..fikir nak buat asam pedas lah...jom kita masuk dapur masak-masak.