Salam..selamat pagi,
Selasa sudah....tapi cerita hari Ahad 24hb November....ada delay pulak....:p selepas breakfast bread toast bersama Nutella kami memulakan kegiatan penstrukturan semula halaman umah...:D
Bread Toast Bersama Nutella..sedap juga makan macam ni
Suasana pagi ahad yang nyaman....redup-redup nak hujan...suka!
Pagi tu, sebenarnya agenda utama adalah mesin rumput...sambil-sambil ayah Naufal mesin rumput..mama amik peluang lah jadi mandur..arah apa yang patut kan...hihihi
Pertama, pokok limau purut...mama mintak ayah Naufal cabut perlahan-lahan...dan tanam semula dalam pasu...tapi mama rasa kena beli pasu yang dalam dan besar lagi...pokok ni dari beli sampai sekarang macam tu je size nya...tak membesar sebab tanah tak sesuai kut nya..keras berbatu....daun tetap gigih muncul..tapi ulat hijau yang gemok tu pulak suka sangat jadikan menu harian mereka.
Kedua, ini antara pokok bunga lily yang mama ada...mama alih kan pada pasu yang kosong...terlampau penuh dalam pasu asalnya...
Tu ada jugak rose jepun...adoi rose jepun yang senang tumbuh pun tak sihat jer tengok...apa la nasib!
Elok lagi kan keadaan anak pokok lily ni macam ni...mama tengok dalam pasu asal ni banyak anak siput...
Manakala yang ini untuk rakan office..dah lama niat nak bagi..tapi tak terbagi-bagi...:D
Ketiga, daun pandan yang jiran nenek Naufal buang..mama mintak maid ambil untuk ditanam kat umah ni....selepas beberapa minggu terperuk dalam baldi...akhirnya berjaya berada dalam pasu ni...dulu mama pernah tanam pokok pandan direct pada tanah...tapi dah arwah...hahah pokok pandan pun boleh arwah dengan tanah umah mama ni...apa la nasib...
Ini tukang sapu tak bergaji...mesti nak jugak ambil bahagian
Okey kena stop dulu..masa terhad...ada lagi cerita membaik pulih laman kita tangguh kan dulu di sini...esok-esok sambung lagi....:D