Mek Google

Monday, September 22, 2014

Tengah Membesar!


Salam sejahtera,

Ini cerita pagi ni...kemas-kemas kini kan pokok dan membaja....kalau ikut kan setiap hari maid ada siram pokok...tapi jika tak di suruh buang pokok yang mati, pangkas atau pun baja kan memang tak ada lah di buatnya..rela hari-hari tengok lah pokok tu melentok seorang diri..(mode membebel pulak)

Meh tengok gambar pokok hijau-hijau ni..bagi tenang sikit mata


Kita bagi pokok ni rumah untuk melilit...bagi kuat dan confident untuk membesar :D


Dua pokok di atas tak pasti pokok apa...rasa semai Sengkuang kat sini...tapi bentuk daun nya mcm pokok bunga telang.


Ini pula pokok kacang panjang Renek...last batch dah ni...abis da benih nya...


Saya agak yang ni pokok limau kasturi...atau pokok lemon...ke salah...makin besar...ingatkan bantut...takde baja apa pun...hanya letak sisa dapur saja


Sawi vitaminna...dah besar lagi seminggu lebih boleh la nak ambik makan ni...:D


Baru je tengok tukang kebun bahagia bersama masak pucuk mulberry....saya pun terus la tuai pucuk nya..nak buat makan lunch ni...jom kita masuk dapur jom...byeee







16 comments:

  1. uishhh dah menuai ke mulberry nya...harus la saya merasa jeles. tunggu pokok mulberry keluar pucuk nak tuai masak sedap2. hehe......tak sabar nk tgk tuaian vitamina. :D

    ReplyDelete
  2. Oh cepat vitaminna tu membesar ya. Kami pun lagi seminggu dua dapat tuai.
    Nadia nak masak apa dengan pucuk mulberry hari ini hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo vitaminna tu kurang subur..mungkin tanah dah lama kurang zat

      Delete
  3. seronok tengok semua tengah membesar bagaikan johan tu...hehehe...
    nadia, nanti jgn lupa post kat blog resipi masakan pucuk mulberry tu, k

    ReplyDelete
  4. Pagi ni rasanya melawat 2 blog kengkawan beresepikan sayur daun melberry...
    Resepi @na laris dipasaran, lepas ni ulat2 semua meranalah tak dapat mengulat lagi.....masak apa tu diana?

    ReplyDelete
  5. Salam Nadia,

    Seronoknya kan dok rumah? Pagi-pagi boleh jengok kebun..buat sarapan n so on... petangtgk kebun lagi.. Alangkah bahagianya hidup.. Kalau I lah kan hihi

    ReplyDelete
  6. Wah.. Nad punya trellis special betul. Itu yg pokok suka aje nak memanjat ye:)
    Musim hujan ni pokok pun subur nampaknya. Tapi itulah kakak pucuk mulberry tak pernah rasa lagi tau Nad.

    ReplyDelete
  7. Seronokmya dapat makan sayuran fresh ni Nadiah.. rajin betul menanam ye :)

    ReplyDelete
  8. ishhh...kena try jugak ni masak pucuk mulberry ni...tgg pokok berpucuk subur...
    best tgk pokok2 nadia...membesar semuanya

    ReplyDelete
  9. Mmm..minggu ni nampak gayanya pokok mulberry duk carta teratas...

    ReplyDelete
  10. wahhh.. pucuk mulbery tu nak buat ulam ke masak macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu buat ulam liat kut....kena masak...tumis air ke..wat masak lemak ke..cuba lah nani

      Delete
  11. sana sini resepi masak sayur mulbery nampaknya,,inovatif sungguh geng kebun,,sat lg semua sihat2 dan awet muda,,semua fresh dr ladang..kan.

    ReplyDelete
  12. Hahahahaha tak tahan dengan komen CB..awet muda terus...:p
    2 hari lps sy buat masak lemak pucuk mulberry dengan ikan bilis...sedap! Sy buat sikit je utk sy sorg mkn je..sbb takut tak kena dengan selera...pucuk tu rasa dia lebih kurang bayam...
    Tapi sy tak ambil gambar sbb iPad ni bateri out....nanti buat lagi...akan di tayang kat blog ni...ingat nak buat masak lemak kuning..taruk udang plk...mesti best!!

    ReplyDelete
  13. kite suka gak tanam2...tp cedihh...dok apartment
    dlm tanam skit2 je dlm pasu

    ReplyDelete