Mek Google

Monday, September 29, 2014

Agar-Agar Giveaway


Selamat petang....lambat bersiaran...baru siap buat roti sandwich....rancak pulak buat roti since dah dapat resipi yang menjadi ni...:D (Thanks to Honey - Dorina Delight)

Okey ni nak cerita, saya dapat buah Roselle dalam satu plastik beg Rabu lepas kalau tak silap.....mula-mula tu buatkan air....nak rebus banyak kang membazir kalau tak habis...alih-alih semalam..tengok buah nya ada beberapa dah mula lebam...sayang sebab buahnya besar-besar.

Terpandang agar-agar yang agak lama dibeli...hmmm cuba buat agar-agar lah...dengan sukatan 25 gram agar-agar tali, secawan gula, 4 cawan air, sehelai daun pandan dan 15 biji buah Roselle...maka jadi lah Agar-Agar Roselle.


Mungkin kurang gula...rasanya masam-masam sikit...kalau suka manis...kena tambah lagi separuh cawan gula...tapi saya dah suka dengan rasa masam-masam macam ni....saya fikir air rebusan Roselle ni juga boleh hasilkan aiskrim Malaysia...taruk buahnya yang masam-masam tu pasti best!

Ini pula giveaway saya pada officemate...peminat basil...tapi masih tak berjaya tanam basil...jadi saya share beberapa anak pokok basil


Selain anak pokok Basil...anak pokok Tomato, Cilipadi dan anak pokok Zinnia pun ada...sekarang ni...kesemua jenis pokok ni bercambah merata-rata...:D


Ini pula hasil dari pokok Bendi...ada sikit boleh la buat syarat merasa hasil tanaman saya. Semoga kawan saya tu berjaya lah dengan pokok-pokok yang diberikan....:D

Saturday, September 27, 2014

Roti 4 Pagi


Selamat pagi rakan-rakan...hujung minggu ni ke mana destinasi bercuti...atau bercuti rehat-rehat di rumah? Kami sekeluarga hanya rehat di rumah....asal rancang untuk ke Segamat menghadiri kenduri kawin saudara...tapi tak dapat hadir sebab suami ada urusan kerja nya...hmmm jadi bercuti la saya dengan anak-anak di rumah....huhuh..

Ok semalam terfikir nak buat donat...resipi daripada Dorina Delight....tapi tetiba suami cakap esok nak bawak bekal...kantin nya under renovation...alaaaaaaaaa yang panjang...sebab roti dah habis...bekal suami ni banyak syarat..tak nak yg kena reheat, tak nak yang berkuah..dan macam-macam lah..tengok jam pukul 10 lebih...alahai...nak buat roti sandwich ambik masa 3 jam setengah menggunakan Bread Maker...nak uli tangan...ala sangat tak rajin...

Nak tak nak kena buat gak roti sandwich nya..abaikan resipi donat dulu....belek resipi roti sandwich Honey gebu cantik...saya cuba resipinya...sukat itu ini semua bahan..masuk dalam bekas adunan...tekan button start...tengok jam dah 11.15 malam....mata dah mengantuk...lagi-lagi bila semua orang dah start dengan dengkuran...alahai..

Tak tahu lah bila masa saya terlelap...pukul 4 saya tersedar...hahaha terkejut terus jengah roti dalam Bread Maker...alamak..permukaan nya dah turun..sebab terkepam...sepatutnya bila dah siap terus bawak keluar sejuk kan di luar...terkial-kial saya kat dapur..dengan mata terasa pedih...

Pagi ni...bila roti dah betul-betul sejuk...saya potong..memang senang potong...fluffy dan isi roti macam spring..toing toing...cuma mungkin saya guna Bread Maker suhu pembakaran dah tak boleh ubah..tepi nya terlebih masak..jadi tebal garing sikit..


Ini hasil nya...bekal roti sandwich..makan dengan daging burger special...next time guna resipi ni saja lah...saya guna mayonise...yogurt tak ada...apa fungsi mayonise/yogurt dalam adunan ni yer...suami saya tegur...roti ni dah disapu dengan butter ke?...Rasanya macam dah ada butter....padahal dalam resipi tak letak butter pun...:D

Owait Raeesa dah start tak sedap duduk...okey sesiapa yang suka makan roti sandwich boleh cuba!


Wednesday, September 24, 2014

Prettifyyy AidilAdha Promotion!


Assalamualaikum


Aidiladha is coming!!!
We decided to give RM2 off for all shawls (halfmoon, long oval, square, wideshawls) including

ZAHIRA Collection
AMANI Collection
RAEESA Collection
AYNA Collection
NADRA Collection

Come & visit our IG Prettifyyy or Facebook Prettifyyy. This promotion valid until 28th September 2014

T&C apply.



Monday, September 22, 2014

Tengah Membesar!


Salam sejahtera,

Ini cerita pagi ni...kemas-kemas kini kan pokok dan membaja....kalau ikut kan setiap hari maid ada siram pokok...tapi jika tak di suruh buang pokok yang mati, pangkas atau pun baja kan memang tak ada lah di buatnya..rela hari-hari tengok lah pokok tu melentok seorang diri..(mode membebel pulak)

Meh tengok gambar pokok hijau-hijau ni..bagi tenang sikit mata


Kita bagi pokok ni rumah untuk melilit...bagi kuat dan confident untuk membesar :D


Dua pokok di atas tak pasti pokok apa...rasa semai Sengkuang kat sini...tapi bentuk daun nya mcm pokok bunga telang.


Ini pula pokok kacang panjang Renek...last batch dah ni...abis da benih nya...


Saya agak yang ni pokok limau kasturi...atau pokok lemon...ke salah...makin besar...ingatkan bantut...takde baja apa pun...hanya letak sisa dapur saja


Sawi vitaminna...dah besar lagi seminggu lebih boleh la nak ambik makan ni...:D


Baru je tengok tukang kebun bahagia bersama masak pucuk mulberry....saya pun terus la tuai pucuk nya..nak buat makan lunch ni...jom kita masuk dapur jom...byeee







Sunday, September 21, 2014

Si Merah

 Assalamualaikum....

Pukul 11 sudah..cepat betul masa...baru nak upload makan pagi...tapi kejap lagi dah nak kena fikir makan tengah hari....




Tadi pagi buat ala kadar...goreng nugget segera...pastu buat sikit vermicelli olio tapi versi Melayu...hihi macam mee bandung dah suami cakap :p

Ok back to topic....si merah....si merah ni last week lagi dah muncul...tapi ada problem technical...tak dapat nak upload sebab ia nya tersimpan dalam device lain...setahun lebih dah bela si merah ni...tu pun sebab tuan asal (mak saya la tu) tak nak..serabut kata nya....


Asal nya dalam pasu ni lah...merimbun mabuk daun..saya korek ubi nya lebih dari separuh tanam direct pada tanah.. dan beberapa ubi lagi bagi pada jiran dan officemate...masa korek tu siput kecik-kecik tu punya lah banyak..

Tunggu punya tunggu...dan sampai rasa malas dah nak tunggu...akhir nya keluar gak dia...:D



Dua kuntum ni saja...berjaya berbunga....yang dalam pasu tu gitu lah masih selesa beranak kan ubi nya...:p

Bunga nya rendah saja...tak macam yang kat umah mak saya...tinggi dan besar...terkurang atau terlebih apa pun tak faham lah...apa pun syukur dah berbunga Lily Merah ni....Lily ke Amarylis eh?

Friday, September 19, 2014

Terkawin Sudah!


Salam Jumaat,

Tadi balik dari pasar tani...belek-belek bunga kemboja ni hampir semua berbunga lagi...merah menyala semuanya...cuba perhatikan pokok kemboja ni....ada 2 jenis bunga...saya fikir pokok di sebelah..tapi sebelah nya tu color putih.



Memang dari pokok yang sama cuma dari cabang yang berbeza. Ini kes benihnya terkawin lah kan?


Cabang pokok yang kecik bawah tu keluarkan bunga satu kelopak. Itu saja lah perkongsian saya hari ni...orang umah dah nak balik solat Jumaat...jom kita hidang makan...lunch lunch!

Thursday, September 18, 2014

Prettifyyy Giveaway!!!


Assalamualaikum,

Tengok kat atas tu..sempena ulang tahun Prettifyyy kami bulan hadapan....:D
okey sesiapa ada Instagram dan berminat...meh meh jom 'LIKE' Instagram kami...mana tahu rezeki awak awak semua....:D

Cara nya:

1. Follow @prettifyyy
2. Repost gambar macam kat atas tu
3. Tag @prettifyyy
4. Dan Hastag! #prettifyyy

Kami akan pilih secara rawak 2 pemenang bertuah untuk menerima shawl dari kami!!!

Closing date: 30th October 2014

Cepat cepat cepat....v

P/S: Pada yang private IG account, please allow us to follow you by leaving a comment 'Follow Me'. So we are able to view your post.

Semoga berjaya & Happy Posting!!!


Thursday, September 11, 2014

Sawi September


Koleksi sawi-sawian di musim ini....masih baby lagi....gambar 1-5 adalah sawi vitaminna benihnya dari KBB...daun nya membujur...segar-segar semua nya. Benih mengambil masa 4 hari untuk kuarkan cambahan.





Mungkin sedap sangat ni sawi ni...rapat kebumi siput telan sawi ni...nampak tak siput halus tu...pura-pura tidur tu...sebelum saya sentuh die bukan main seronok duk melilit kat kaki sawi.



Dapat alih dan jarak kan ke beberapa pasu....untuk tanaman kali ni...saya guna baja mol yang dibuat sendiri..mol ni sebenarnya sisa bahan dapur saja yang diperam dengan gula Melaka selama seminggu. Saya cuba dengan mol bawang bersama gula Melaka. Disamping baja mol, saya juga ada campurkan tanah dengan kompos daun-daun kering dan baja tahi ayam.


Ini pula anak sawi pak choy, nampak tak beza pada daun sawi tu..pak choy lebih bulat berbanding vitaminna.


Ini anak sawi Hiroshimana, kecik-kecik pendek....saya tunggu 2 minggu lebih selepas bercambah..dan alihkan pada tanah direct.




Akan tetapi.....dalam banyak-banyak cambahan yang dialihkan...tinggal 2 je..nampak tak..kecik je..sebab daun nya ditelan pak & mak siput! Abis da benih jenis sawi ni....saya rasa satu pun tak dapat rasa lah...nasib betul!

Itu saja kesah Sawi September saya...

Selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing moga dipermudahkan urusan kalian..
Assalamualaikum.

Wednesday, September 10, 2014

Sambal Terung


Salam sejahtera,


Nampak tak..nampak tak....nampak sedap tak....:D

Lunch time kan...apa lagi...jom kita makan...Sambal Terung ni saya rasa lauk special sebab terung hasil tanam sendiri...happy! 

Bercampur jenis terung bulat dan terung panjang biasa....Alhamdulillah rezeki untuk hari ini...:D

Tuesday, September 9, 2014

Printed Chiffon Shawl (Nadra Collection)

Assalamualaikum,

Hari ini, keluar dari tajuk pokok-pokok, dan makan-makan. Kenalkan hasil kerja tangan saya, Printed Chiffon Shawl Prettifyyy. Ada enam pilihan corak yang dipotong anggaran 1.5meter untuk panjangnya dan 0.7meter untuk lebar nya. Kain dari jenis Chiffon berkualiti tinggi yang lembut dan mudah untuk dibentuk. 


NPC 01


NPC 02


NPC 03


NPC 04


NPC 05


NPC 06

Berharga RM34/pcs (exc.postage). Untuk pesanan sila emaikan kepada nadiarashid7582@gmail.com

Terima kasih.


Monday, September 8, 2014

Homemade Hershey Chocolate Ice Cream


Satu mug besar aiskrim untuk Naufal makan petang...:D


Satu adunan nya dapat buat penuh 1 bekas aiskrim nestle.


Saya sempat ambik gambar bahan sahajalah...cara nak buat nya terus iPad ni padam..bateri dah habis.

Ini adunan nya...

1 tin susu cair
1 biji telur
1/4 susu pekat
1 sudu besar ovelette
1 sudu kecil vanila

Mudah kan resipi nya....untuk cara buat dan lain-lain jenis aiskrim...adik kakak semua boleh tengok blog cikepal...saya dapat info cikepal ni dari kawan saya melalui Facebook seronok tengok tiap-tiap minggu kawan saya tu buat aiskrim untuk anak-anak nya dengan pelbagai perisa.

Nanti saya fikir nak beli bekas untuk aiskrim yang ada stick tu...sebab Naufal suka jenis nak pegang sendiri...tak mau main suap-suap dengan sudu ni...haih Naufal selalu perasan dah dewasa sangat!

Okey itu saja perkongsian saya hari ini...selamat mencuba...:D

P/s: Terima kasih pada Hasiah dan Cikepal atas perkongsian ini.




Sunday, September 7, 2014

Hasil Tuaian (Digoreng Pun Sedap)

Selamat Pagi,


Hidangan pagi ni...tetiba rasa nak buat nasi lemak Terengganu...sini nasi lemak ada ikan tongkol...yang direbus dengan asam keping, garam dan nisan. Lepas tu digoreng, saya sekeluarga lebih suka digoreng garing macam ni.

Awal pagi tadi selepas suami ke tempat kerja...saya terus ke laman umah...tengok kut ada hasil yang perlu dipetik. Maklum la bendi atau kacang sekarang giat keluarkan hasil...jika terlepas pandang tua berserat...


Ini hasil 4 hari lepas...capsikum tu mungkin last generasi...pokok nya dah kuning nyawa-nyawa ikan. Ada semai benih capsikum jenis golden apa entah lupa dah...tapi takde nampak bayang lagi ni...mungkin dah di bawa air hujan...seminggu ni hujan sangat lebat kat sini...nak menyemai pun takut rugi.


Ini hasil hari ni...ingat nak goreng la nanti untuk lunch...:D



Antara menu lunch sebelum ni..bendi goreng telur...dan kangkung goreng belacan.

Saturday, September 6, 2014

Yang Berhasil

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu semua...selesai kerja-kerja suri rumah tangga...perut tengah kenyang ni..jam hampir 2.30 petang! petang yer...ni yang bahaya kalau otak tak ligat cari kerja mesti mata pun automatik nak tutup!

Tengok blog jap! untuk elak diri dari tidur...layan tidur..lemak pun akan membina..oh tidak! 
Petang-petang ni idea nak menulis kurang hadir..jadi kena tenung lama sikit gambar-gambar yang diambil sebelum ni...ok ni gambar minggu lepas...



Buah Mulberry yang sempat dikutip...biasa nya yang hitam macam ni tak sempat dikutip..burung kutip dulu..manis bila dah hitam macam ni...yang merah maroon tu masam!


Tomato batch baru dah mula berbuah! Banyak lagi anak pokok tomato tengah membesar dan tunggu giliran untuk berbuah. Tapi cuaca di Kemaman ni dah mula hujan lebat...tanah sentiasa lembap menakung air...risau tak menjadi je nanti.


Ini pokok terung panjang tunggal saya...Alhamdulillah tak putus berbuah..anak pokok lain masih tak aktif...pembesaran pokok masih ditakuk lama. Cabaran betul nak besarkan pokok terung.



Pokok kacang panjang ni pun tak putus keluarkan hasil...ini batch last...rasa nya dah takde benih kacang panjang.


Pokok bendi pun sama...berlumba-lumba keluarkan hasil walaupun rupa bentuk tak subur...tak tau lah disebabkan genetik kecik atau memang tak subur..bendi ni size nya hanya sepanjang jari manis kalau tunggu panjang sikit mesti tua berserat. Baja organik dah diberi setiap 2 minggu bah kan setiap hari sisa buangan dapur akan ditabur pada pokok-pokok ini.

Pagi tadi baru je cuba baja mol yang disediakan sendiri menggunakan gula melaka dan bawang merah..lagi 2 minggu akan diupdate jika ada positif perkembangan pada pokok-pokok saya ni.

Sekian dahulu...hihi macam tulis surat tak rasmi plak..:p