Mek Google

Wednesday, March 12, 2014

Minggu Lalu

Salam semua,

Hampir jam 5 pagi...terjaga dari tidur sejam yang lepas...selesai kan kerja rumah yang tertangguh semalam...kalau tidur semula mesti terlajak subuh...jadi mama paksa mata ni dengan draft cerita yang tertangguh....:D

Minggu lepas mama settled kan kerja-kerja di laman umah...belum sempat update cerita kebun...tetiba en. somi cakap dia cuti selama 3 hari...dan ajak balik kampung ke Kelantan...wah seronok tak terkata..sebab dah 7 bulan lebih tak balik...jadi berangkat la kami pada hari Khamis lepas bercuti di sana selama 4 hari. Dalam hati rancang mahu abadi kan tempat makan menarik di sana...tapi hampa...langsung tak sempat nak ambil gambar semasa makan...kalut sekali dengan anak-anak..

Cuma hari terakhir cuti, pada Ahad lepas...mama singgah ke rumah makcik mama di Jerteh..mungkin dengan keadaan musim panas ni...kelihatan laman rumahnya penuh bunga-bunga...kebanyakkan nya bunga kertas...setelah hampir sejam bersembang tanya khabar...mama larikan diri sekejap untuk ambil gambar...heheheh










Itulah antara bunga-bunga yang ada...dan mama dapat bawak balik benih bunga purple tu...lupa dah namanya


Harap-harap jadi lah kali ni semai nya. 

P/S: dari pukul 5 draft cerita ni...sekarang baru dapat post...alahai internet bila nak pulih...prayforMH370.




19 comments:

  1. Subahanallah cantiknya bunga-bunga tu berkembang.... dah macam musim bunga pulak negara kita bila musim panas ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...sy terlepas peluang nak tgk bunga kat umah sendiri kembang..sbb pokok undermaintenance..hihih

      Delete
  2. Mata kakak tak berkelip bila tengok bunga-bunga ni Nadia.
    Kalau nak semai kena letak bawah pokok besar bagi redup sikit nadia sebab sekarang ni panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulh masalah nye k.zakie..kat umah sy belum ada pokok besar untuk berlindung...kalau semai bawk msk umah...takut kne serang kulat pula

      Delete
  3. salam nadia,
    baru dah menjenguk nadia nie..byk halangan tul..
    balik kelate yer..bestnyer...
    banyak jgk bunga2 yg makcik nadia tanam tuh...lawa plak tuh..mesti besar lamannya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ummu...sy problem dgn line internet kat umah..diopis pula...laptop pulak yang problem...bila view guna phone limited pulak...byk cerita pending..erm umah makcik umah kampung..boleh tahan la keluasan nya...mcm luas lbh kurang umh ummu kut

      Delete
  4. salam nadia, meriah betul laman mak cik nadia...musim panas semua bebunga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lg yg best ada bela ayam...jd dpt baja organik free

      Delete
  5. Bunga purple tu zinnia dear.
    Banyak koleksi bunga adenium yang menarik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa zinnia puas setahun lbh dah cuba tanam x dpt2

      Delete
  6. Ooo tak pernah jadi ke dengan zinnia.. insyaAllah menjadi nanti tu... foto 1 tu... crossandra peach kan.. tak try tanam ke.. cantik bunga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jugak tanam k.mar...tp aritu x dan berfikir...sempat amik zinnia jer

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam Nadia,

    Memang yalah agaknya kalau musim panas okok memang galak berbunga! Seronok tengok bunga2 ni terutama kemboja Jepun tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mak aji...umah sy la byk bunga spoil...kalau tak mesti lg byk berbunga

      Delete
  9. Salam Nadia, gambar terakhir tu cantik dan antik hihihi..selamat menanam zinnia, semoga percubaan kali ini akan berjaya.

    ReplyDelete
  10. cantik dan subur2 bunga kat laman makcik tu..pic 7 tu bunga apa?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pic 7 yg color kuning muda tu...bunga kemboja...sy ada semai...tp ntah lah..mcm bantut je

      Delete