Mek Google

Wednesday, December 11, 2013

36 Minggu

Assalamualaikum,

Hari ini 11.12.13..cantikkan tarikh hari ini...berjaya jugak mama adakan catatan pada hari ini setelah seminggu tak dapat bersiaran...disebabkan bencana banjir...(masih mode sedih bila terkenangkan hari-hari genting menerima musibah banjir)

Tapi untuk hari ini mama tak mo catat bab banjir.....:| Dalam minggu ni mama dah 36 minggu...fuh lagi 2 minggu lebih...hehehhe semalam pergi ke klinik desa untuk pemeriksaan rutin...alhamdulillah semua dalam berkeadaan memuaskan...gerakan jantung baby..keadaan pertambahan berat mama ok (walaupun dah 73 kilo..:p).....paras HB mama pun masih maintain 12 lebih...tekanan darah pun ok...cuma biasa lah dah perut memboyot ni..sangat la tak larat nak berjalan....dalam minggu ni juga..mama perlu jumpa doktor untuk scan baby...tapi later lah...mama mintak kelonggaran dari nurse klinik desa untuk scan di klinik swasta sahaja..nak ke hospital jauh..kena drive sendiri pulak...nanti nak kena cuti bagai..malas lah..dah la cuti tinggal 3 hari jer...alhamdulillah nurse benarkan...:D

orite laptop dah berklip-klip...takle lama-lama..elektrik pun guna generator...haih...:| 

Monday, December 2, 2013

Penstrukturan Semula Part 2

Jom sambung cerita yang tergendala...minggu lepas mama ada kemas-kemaskan kawasan laman kan..mana yang bersemak dibuang...tanah-tanah yang berada dalam pasu kosong kering kontang disatukan dan dirawat semula untuk semaian baru....manakala anak-anak pokok yang tumbuh melidi..mama alih pada pasu supaya anak-anak pokok dapat survived.

Anak pokok Roselle

Hanya 2 anak pokok dapat dialihkan...

Tanah-tanah yang kering dalam pasu...mama kumpulkan pada patch..digaul dengan baja tahi ayam dan baja tahi kambing...

Anak pokok Terung Bulat..ada banyak tumbuh rapat-rapat..mama pilih yang besar-besar..dan pindahkan pada patch yang kosong

Pokok daun bawang dan daun sup...dipindahkan ke dalam pasu...

Manakala pada Jumaat pagi lepas..mama ada sambung sedikit lagi kerja-kerja penstrukturan semula dan menanam pokok baru seperti pisang dan jambu...supaya bila besar..laman rumah ni lebih redup..dan lebih sesuai untuk tanaman sayuran...

Ada 4 jenis pokok Pisang..Pisang Emas, Pisang Nangka, Pisang Jelai Berangan, dan satu lagi mama lupa...pokok Pisang ni Atok Naufal yang bawa balik dari umah kampung di Kota Bharu 

Ini pulak pokok Jambu tanpa biji...nenek Naufal tolong belikan di pasar tani..

Lepas ke hulu ke hilir memberi arahan pada maid itu ini untuk laman ni..tetiba terasa semacam pada pinggang dan perut...kaki pun mula terasa berat..huhuhu itu baru memberi arahan..kalau angkat cangkul..entah-entah dah keluar adik Naufal...heeeeeeeeeee
Assalamualaikum...:D

Sunday, December 1, 2013

2 Tahun Sudah..

Salam pagi Ahad,

Masih mood bercuti..esok dah kerja...tapi cuti kali ni tak dapat nak buat kerja rumah betul-betul...rasa keletihan teramat sangat...rugi kan!

Erm back to topic..2 tahun!..siapa lagi kalau bukan anak teruna mama...2 tahun sudah pada 28hb November lepas...:D


Niat dihati memang nak buat makan-makan sikit dengan budak-budak sekitar rumah..tapi tak dapat kaki sudah lenguh..jadi nya hanya berjaya order kek sahaja..itu pun mujur akak officemate free...kalau tak kek pun takde...kesian Naufal..huhu tahun depan ada rezeki umur panjang kita makan-makan bentang tikar yer...:p

Ini kek nya..Kek Red Velvet...:D
Naufal suka makan cream cheese tu saja

Berkongsi kek dengan tok..lahir pada bulan yang sama selang seminggu saja..tok pada 20hb November

Separuh dibahagi-bahagikan pada jiran..hanya kek dapat dijamu...sedey jer..

Apa-apa pun mama doakan semoga anak mama membesar dengan baik..diberi kesihatan yang baik..menjadi anak yang soleh & taat pada orang tua...amin....:D