Setelah berjaya dengan Kailan Organik dari Kebun Bahagia Bersama, mama memulakan projek semaian biji benih dari Tanamsendiri pula. Oh ya sebelum itu...Kailan Organik in shaa allah minggu depan boleh tuai...yippie..:D
Okey awalnya mama merancang untuk tanam secara berterusan biji benih Kailan yang ada ni...supaya sentiasa dapat makan Kailan...tapi mama merancang, Allah yang tentukan...dari amatan mama...Kailan Tokyo ini mungkin tak tahan panas..jadi pertumbuhan nya tidak seperti Kailan Organik atau Kailan lain yang mama semai sebelum ini..agak lambat...:D
Proses percambahan macam biasa mudah sahaja..hanya mengambil masa 2 hari. Mama semai pada 06.04.2013. Pada 08.04.2013 ianya bercambah dan selang 5 hari mama alihkan pada pasu dan window box. Kini setelah sebulan selepas bercambah pertumbuhan nya agak lambat, hanya mengeluarkan 3-4 daun sebenar dan bersize kecil. Daun nya kelihatan bulat dan kurang bergerigi. Mungkin ini sifat-sifat Kailan Tokyo.
Bila masuk waktu tengah hari..anak pokok akan layu
Solo berada dalam pasu ceramic
Gambar di atas ketika berusia sebulan. Anak pokok Kailan Tokyo hanya tinggal 4 pokok dari 12 biji benih yang disemai. Ada 3 cambahan masih berusaha ke peringkat anak pokok...dan yang lain sudah arwah ditogelkan oleh pemangsa misteri. Banyak kali mama alihkan bekas-bekas semaian Kailan Tokyo ni..untuk suaikan diri mereka dengan cahaya...Akhirnya mama letakkan di belakang rumah dibawah rimbunan pokok lengkuas..harap-harap sesuai lah mereka di situ. Next...mama dah semai beberapa biji benih Kailan Hong Kong dan Kailan F1...:D
Assalamualikum nadia,
ReplyDeleteBerlainan benih berlainan pula kehendaknya kan. Saya ingat semua kailan sama je,tanam+ baja dan tuai. Tp kadang kene kaji keperluan2 lain jugak. mungkin benih yang tokyo ni mengada sikit ala2 orang jepun...nk kene redup sikit kut,tak leh direct sun. hehe....
mungkin lah kailan ni jenis manja...kailan hong kong pun sama...mcm tak tahan panas..
DeleteKailan Lynn bantut! Tanam sekali jer.. naik renggeh daun dikerjakan sbb Rizal buat stir fry dgn ikan masin.. mcm payah nak hidup kat sini..benih pun dah takda
ReplyDeleteooo dh abis benih..nanti ada dlm bungkusan...kalian jenis 55 dari tanamsendiri..nanti tanam lah kt FH...
Deletesalam nadia..
ReplyDeletebanyak jenis yang nadia dah cuba dah kailan ne,antara byk2 yg mana paling best atau rsnya semua sama jer..?
ummu..yg dh sempat merasa kailan organik dr KBB..yang lain masih dlm proses membesar..heheh nanti sy put entry bab rasa pulak..kalau semua menjadi lah
Deletenadia, teringat kailan ikan masin la plk...hehehe...
ReplyDeletekailan & ikan masin cukup sinonim..:D
Deletedari jauh kailan tu dtg yer
ReplyDeleteitulah kailan mata sepet hehhe..
Deletenampak sihat tu kailan tokyo, benih beli mana?
ReplyDeleteini dr blog en iskandar..yang dijual in 1 set..pelbagai jenis..
Delete