Okey ini mama nak tepek beberapa gambar jambu batu yang ditanam oleh atok Naufal...dah lebih 10 tahun kut usia pokok jambu ni...hmm tak pasti lah mama cuma yang pastinya buahnya sangat sedap! kali ni banyak pulak berbuah...biasanya berebut dengan pak kera...suka sangat petik semasa buah jambu masih kecik...kali ni tak nampak pulak diorang ni..mungkin dah berhijrah ke tempat lain.
Aktiviti petik dan membalut buah jambu yang masih muda ni dilakukan pada petang Jumaat lepas....mama tolong tunjuk aja mana buah yang dah besar..lepas tu tolong makan dengan kuah rojak Mak Bee..nyummm!
Atok Naufal balut buah nya dengan beg plastik untuk elak disuntik serangga perosak...tapi heran jugak..walaupun dibalut ada 2-3 biji telah digigit sebelah sahaja oleh musang..tapi pembalutnya masih elok..dah buah ditinggalkan dalam plastik beg elok masih tergantung..adakah musang pandai membuka plastik beg? Entah lah...:D
Ini hasilnya pada petang itu...:D
Rezeki kami...alhamdulillah..:D
Semalam khas hari Ibu yer..nampak ramai wishes for Ibu...mama confuse hari apa sebenarnya hari Ibu ni....heheh..tapi suka jugak tahun ni tiba-tiba dapat combine celebrate Hari Ibu & Hari Kelahiran mama di bumi Allah....alhamdulillah....dan rasa-rasanya Allah kurniakan sesuatu untuk mama sekeluarga...doakan semuanya selamat & dipermudahkan urusan mama...amin..:D