Mek Google

Thursday, February 28, 2013

Vitamin B17 - Apricot Seeds

Salam kawan - kawan blogger,

Ingin saya buka topic perbincangan mengenai vitamin B17...pernah dengar tak? Ada tak kalangan kalian menggunakan nya sebagai supplement harian. Saya ingin mendapatkan pendapat masing-masing mengenainya pada sesiapa yang familiar dengan supplement ini. Sebenarnya saya tengah mencari maklumat mengenai bahan supplement antioksida yang terbaik untuk adik ipar yang menghidapi brain tumor. Alhamdulillah pembedahannya berjaya tempoh hari. Cuma buat masa sekarang perlu menjalani beberapa sesi fisio therapy untuk kuatkan pergerakannya. Jika kalian mempunyai pendapat atau ada supplement lain yang lagi bagus untuk disarankan...saya alu-alukan..sekian terima kasih..:D 

Kesyahduan Raudhah

Salam,

Beberapa minggu sebelum ke Tanah Suci, pengisian untuk ke sana mama perolehi dari kursus umrah yang dianjurkan oleh pihak agensi sebanyak 4 kali. Selain itu, mama gunakan pak google. Alhamdulillah sekarang macam-macam kita boleh baca dengan hanya click.

Okey melalui pembacaan mama, rata-rata menceritakan pengalaman untuk menempatkan diri di Raudhah. Banyak dugaan yang perlu dihadapi untuk ke Raudhah dek kerana tempat yang kecil dan terlalu ramai yang berasak-asak untuk berada disitu dalam satu-satu masa. Terdetik dihati mama....bagaimana lah nanti..sungguh tak dapat mama nak bayangkan...walaupun ramai yang menceritakan kesukaran masing-masing semasa berada di Raudhah. Mama tetap tak dapat nak bayangkan...cuma apa yang mama sematkan dalam hati dan minda ni...by hook or by crook permaidani hijau kelabu perlu diziarahi.

Alhamdulillah, pada pagi 11hb February...usai solat subuh dan sarapan pagi...jam 7.30 pagi lebih kurang kami diminta berkumpul untuk dibawa ziarah. Bagi perempuan, ke Raudhah, manakala Raudhah, Makam Nabi & perkuburan Baqi' bagi lelaki. Jam 8.15 pagi...kami bergerak ke Masjid Nabawi secara berasingan lelaki dan perempuan.

Di ruang legar luar masjid tempat kami berkumpul...sangat indah!

Lebih kurang 5 minit berjalan di dalam masjid Nabawi..kami sampai pada satu bahagian berhadapan dengan pintu besar..kami diminta oleh polis masjid untuk tunggu.."ibu ibu..duduk disini..duduk". Mama terpinga-pinga pada mulanya..terus ada sorang makcik ni cakap..jangan duduk..buat solat sunat tahiyatul masjid dulu..kemudian solat sunat dhuha..kita mungkin lama kena tunggu disini...

Kawasan permulaan mama menunggu..cantikkan? 

Memang betul...lebih kurang sejam lebih menunggu diluar....baru kami dibenarkan bergerak masuk melalui pintu besar tu...tapi belum dapat terus ke Raudhah..rupanya..banyak lagi tempat menunggu sebelum dapat masuk ke Raudhah...:D memang tahap kesabaran perlu lah sangat tinggi....:D

Di depan tu ada 2 lagi ruangan menunggu..sebelum dapat masuk ke Raudhah

Di tempat menunggu kedua, selepas 30 minit..kami dibenarkan bergerak ke depan sedikit setelah kumpulan orang Turki bergerak masuk ke Raudhah. Keadaan menjadi agak kelam kabut sebentar..apabila ada yang berdegil untuk masuk ke Raudhah walaupun tak dibenarkan. Masa tu lebih kurang pukul 10.30 pagi....seorang mutawwif dari Indonesia ada berbincang dengan polis masjid...meminta dibenarkan kami masuk memandangkan sudah lama menunggu. Tapi hampa tetap tak dibenarkan. Mungkin ada rational nya...keadaan akan membahayakan diri kami jika berasak-asak dengan orang-orang Timur Tengah yang kita sendiri sedia maklum mereka mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Mama ternampak kubah hijau..dibawah kubah hijau adalah makam Rasulullah S.A.W

Kaki dah terasa kebas yang amat menunggu...begini rupanya untuk ke Raudhah...setelah hampir 3 jam menunggu..akhirnya kami dibenarkan masuk. Semasa dibenarkan...mama tak dapat nak berfikir apa-apa..kaki berlari mencari permaidani hijau kelabu...jumpa..terus mama niat solat sebanyak mana yang dapat...tiba-tiba hati menjadi sayu..sayu sangat...tak percaya pada diri dapat menjejak kan kaki ke sini...Alhamdulillah syukur padaNya..:D      

Wednesday, February 27, 2013

Tuaian February 2013

Salam & Selamat Pagi,

Bulan February rezeki di kebun tak putus-putus..especially kacang botol & bendi...tapi mama tak sempat nak tuai...jadinya banyak yang tua di pokok...ada juga curi masa pagi-pagi sebelum pergi kerja kutip semuanya dan diagih-agihkan pada rakan sekerja sikit seorang.

Ini tuaian terakhir sebelum mama bercuti 2 minggu.

Tuaian selepas 3 minggu tak tengok kebun...basil, ketumbar, tomato ceri, cilipadi, roselle..

Sepanjang mama bercuti, hampir setiap hari hujan. Alhamdulillah, mama tak perlu susahkan sesiapa untuk menyiram pokok. Tapi banyak hasil yang tua di pokok..jadi pokok dah hilang seri..semalam sempat la mama trim skit kawasan kebun. Aktiviti berkebun terbantut sebab hujan dan keadaan kesihatan badan mama tak betul-betul elok lagi. 

Rasanya hujan bulan March baru dapat concentrate pada kebun...buat masa sekarang mama suka melilau cari biji benih hehehhehe...nanti semua bahan dah ada senang nak buat kerja kan..:D

Tuesday, February 26, 2013

Dua Minggu Sumber Kegemukkan

Salam,

Kebiasaannya bila kita berjalan ke mana-mana tempat yang asing, makanan salah satu perkara kita ambil kira. Selama 2 minggu mama dan ayah berada di Madinah dan Mekah, alhamdulillah makanan tak menjadi isu pada kami..sebab semua makanan yang disediakan oleh pihak agensi mahu pun yang dijual sangat menyelerakan. Mama rasa berat mama naik..sebab jam yang mama pakai ketat tak selesa pakai..heheh. Setiap hari kami disediakan 4 kali makanan sarapan, tengah hari, petang dan malam. Di Madinah selama 3 hari..mama makan aja apa yang disediakan oleh pihak agensi....biasanya nasi putih dan lauk pauk..lauk yang paling mama suka sup kambing! Di kedai pulak, mama hanya sempat beli shawarma..macam roti kebab kat Malaysia.

Daging nya dah hampir habis, jadi mama fikir shawarma ni lah paling best..heheh 

Manakala di Mekah memang mama rasa semakin gemuk..makan lagi lah heaven...sampai ada makcik ni tanya menantu nya sama ada mama ni tengah mengandung ke? Malu jugak ingatkan sebab perut yang buncit ni....tapi makcik tu cakap bukan pasal perut tapi muka....bulat macam orang mengandung..hehhe semoga berkat apa makcik tu cakap...Naufal dapat lah adik kan..:D

Di Mekah, hotel yang kami duduk berdekatan dengan restaurant....diorang display ayam golek...memang menggoda iman mama setiap kali balik dari masjid...sempat jugak lah mama beli 4-5 kali makanan dari kedai ni...mama suka Nasi Arab dan Ayam Golek nya yang juicy...lembut sangat yum yum!

Pihak agensi suka menyediakan makanan melayu...jadi mama dan ayah suka lah keluar ke kedai mencari masakan Arab di sana....bila lagi kan..bukan nya selalu dapat datang ke Tanah Suci ni.

Dari pagi dalam pukul 8 lebih sampai lah malam pukul 11 lebih diorang display ayam golek ni

Walaupun mama datang pada musim sejuk, tapi ais krim mama tetap beli...memang betul orang cakap..rugi kalau tak try ais krim di sana. Gambar ais krim lupa nak snap..sebab sedap sangat...makan-makan eh lupa..:p rasanya lemak-lemak tak manis macam ais krim kat sini. 

Gambar yang ini antara juice pekat feveret mama...tengok juice nya yang pekat tumpat sampai boleh buat layer macam tu..mulanya mama fikir yogourt...rupanya mixed juice mango, kiwi, guava, strawberry. Walaupun pekat tapi tak manis...memang pure manis buah. 

Pilihan air juice yang ada...6-8 riyal satu 



Biasanya ini lah yang kami order...satu shawarma atau roti, 1 set nasi arab bersama ayam, kambing atau kebab. Tak berkuah pun tak apa..sebab nasi nya tu rasa nya sedap! Air pepsi tu biasanya diorang bagi bila kita order set. 

Nampak tak plastic putih tu...mulanya kami agak heran kenapa semua pekedai sediakan plastic...bila diamati cara atau gaya makan di sana baru lah paham. Mungkin disebabkan tempat duduk terhad...jadi ramai jugak yang makan ala picnic di kaki lima. Jadi dengan ada nya plastic ni boleh lah dijadikan sebagai alas makanan. 

Hari last...ayah tengah tunggu shawarma dan burger untuk bekal kami semasa di Jeddah

Heheh mama boring menunggu...snap lah pakcik ni tengah bakar ayam


Target kami nak try makanan yang dijual di setiap kedai di sana...tapi tak dapat..Kedai Lana ni tak sempat...dia jual burger, roti-roti dan kebab. Itulah serba sedikit cerita makanan di Tanah Suci...:D

Monday, February 25, 2013

Bunga-Bunga Di Kota Madinah

Salam Semua,

Alhamdulillah hari ini mama dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa...selepas 2 hari dapat MC...tido melepek keletihan disebabkan demam, selsema dan batuk. Niat dihati balik sahaja Malaysia nak bercerita keterujaan mama di Kota Madinah ni...(teruja rupanya di sana ada tanaman cantik-cantik..ingatkan pokok tamar semata-mata)...betapa cetek nya pengetahuan dan pemandangan mama kan...:D

Pada 3 hari pertama, mama berada di Kota Madinah...memang melopong tengok bunga yang diorang tanam..macam di Cameron pulak..semua cantik-cantik, macam-macam color, segar aja...cuma tak dapat nak pegang sebab hanya dapat tengok dalam bas. Kebanyakkan bunga ditanam di kawasan bandar...jadi yang mana sempat sahaja dapat snap..sebab bas bergerak laju...

Mama lagi la melopong bila tengok..eh ada pokok tomato dan sejenis pokok sawi atau kobis...diorang tanam diantara celah-celah bunga...hahah macam rusa masuk kampung pandang kiri kanan bas...ayah Naufal cakap...."nasib lah dapat bini suka berkebun..gini rupanya..:p"

Okey ini antara gambar yang menjadi disnap dalam bas...yang lain blur..sebab bas bergerak laju...:)
Pokok bunga yang meninggi...apa tah nama tak tahu
Bunga rapat ke tanah...macam-macam color..yang paling banyak color putih, pink, & merah
 
Tengok tanah kering..tapi bunga elok-elok jer...nampak tak pokok tomato dalam bulatan tu?
Semua dalam bulatan ada ditanam pokok tomato
Ada siapa tahu apa jenis bunga ni??...mama cuba amik yang color purple dan maroon..tapi semua gambar blur...bunga-bunga ni merata ditanam di bandar Madinah yang sejuk dan nyaman...:D

Sunday, February 10, 2013

Diari Lobak Merah...Selepas 5 Bulan..

Salam Ceria,

Taraaaaa....ini carrots mama hehhehehe....next time cuba lagi lah..:D




p/s: Auto published..mama sedang berangkat ke Kota Madinah (3 hari) dan ke Kota Mekah (7 hari)...doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat semuanya...panjang umur jumpa lagi...amin.

Saturday, February 9, 2013

Bunga Lagi Di Kediaman Nenek Naufal

Assalamualaikum,

Petang semalam lepas selesai tolong uruskan urusan mengambil pembantu umah baru nenek Naufal..(sangat penat ke kaunter itu..ini..sana..situ...lepas tu kena denda pulak rm250..sebab tak report hantar pembantu lama..uwaaaaaa...abis duit!)..mama balik ke umah nenek Naufal...tinjau-tinjau kawasan umah ada bunga-bunga munculkan diri...jom tengok!

Sejenis Orkid..Coelogyne Rochussenii berjuntaian...wangi baunya

Tidak dapat dikenal pasti...sapa tahu?

Sejenis Orkid jugak...tak wangi..tapi tahan lama

Bunga Daun Kuchai...hehhe ini pun mama snap jugak..buat kenangan..:D

Thursday, February 7, 2013

Rooting Agent: Kangkung

Assalamualaikum,

Sekali lagi mama guna rooting agent pada semaian keratan batang kangkung. Kangkung ni nenek Naufal beli...apa lagi dari buang baik mama amik semai...sebelum ni mama ada semai dari keratan tapi tak menjadi. Kali ni mama try guna rooting agent...alhamdulillah menjadi...tunggu untuk dituai je ni...:D

Usia seminggu

Usia 3 Minggu....pokok tomato pun ada menompang...:D

Kangkung ni dah selamat mama goreng dengan ikan masin...campur kobis cina dan taugeh..puas hati makan hasil sendiri...(gambar sayur goreng tak ada..lupa nak amik..lapar sangat..hehehe)

Wednesday, February 6, 2013

Sambungan Diari Tomato

Salam,

Dengan ini diperkhabarkan, tomato ceri mama dah berbuah..tapi pokok tomato lain masih renek & ketot! Itu jelah nak cakap...heheheh 

Buah masih hijau..memang tomato ceri ni berbuah banyak!

Tuesday, February 5, 2013

Rojak Ayam

Salam Selamat Pagi...:D

Balik Kelantan minggu lepas, makcik mama ada bagi kuah kacang instant..banyak jugak dalam 5 pek....jadi tengok fridge bahan lain ada untuk prepare rojak ayam....kalau tak buat nanti expired pulak serbuk kuah kacang instant ni.
Kebetulan taugeh bikin sendiri ada...kangkung tanam sendiri pun ada...cenonet aja lah..ayam yang diperap kicap pun ada...jom lah masak Rojak Ayam untuk makan malam...:D





Tara dah siap sebab semuanya main celur, rebus, dan goreng saja....:D

Monday, February 4, 2013

Makan - Makan Family: Jemari

Boring betul hari ni...mama selsema..tak berselera nak buat kerja...takat susun working paper audit yang dah siap...tengok-tengok phone..lupa ada amik gambar makanan..di kedai yang boleh dikatakan antara kegemaran family mama makan....sebab kena dengan selera kami....minggu lepas ke Kuala Lumpur melawat adik mama...jadi berpeluang ke Restoran Jemari di Kelana Jaya....kami suka cawangan ni berbanding cawangan di Shah Alam. 

Nenek Naufal biasanya yang menjadi tukang order makanan....kami follow sahaja..:D

Prawn Butter

Kerabu Kangkung - ranggup disalut tepung...feveret mama

Tomyam Campur

Ikan Siakap Stim Limau

Green Curry - Feveret mama

Kerabu Mangga - menu wajib dimana sahaja

Tauhu Sizzling & Telur Dadar untuk Naufal

Dah hampir waktu lunch...kut dengan gambar-gambar makanan ni boleh menjadi inspirasi menu lunch para rakan sekalian...:D

Ini pulak reaksi Naufal makan ABC tok...hehhehehe

 Nak sikit tok..suap suap

hmmm....hmmm

erk apa ni sejukkkkkkk!

Mama..sejuk...tapi nak lagi...:D

Tempoh Menanam Sayuran - Part 3

Tanaman:
Sawi Hong Kong - 1 bulan setengah dapat tuai hasil. Mama tutup dengan jaring hitam untuk elak dari serangan belalang dan tanam sisa ikan sebagai baja.

Tanaman:
Petola Segi - 3 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
Tak banyak bunga betina dan sukar menjadi buah disebabkan kegagalan proses pendebungaan.

Cara atasi:
Mama belajar membuat proses pendebungaan secara manual.

Hasil pendebungaan sendiri oleh mama.

Tanaman:
Bendi Kampung - 2 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
 - Tiada masalah - pokok bendi kampung sangat independent. Cuma buah tak lebat.

Cara atasi:
Mama bajakan dengan campuran baja organik, sisa ikan dan baja kimia.

Pokok bendi kampung berusia sebulan 3 minggu.

Tanaman:
Bendi Emas - 2 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
 - Tiada masalah - pokok bendi emas sangat independent. Cuma buah tak lebat dan pendek gemok.

Cara atasi:
Mama bajakan dengan campuran baja organik, sisa ikan dan baja kimia.



Tanaman:
Kobis Cina - 1 bulan setengah dapat tuai hasil.

Masalah:
Permulaan agak perlahan membesar.

Cara atasi:
Mama alih-alih kan pada tempat lain dan tambah kompos pada tanah.

Sunday, February 3, 2013

24 Jam Ada

Assalamualaikum,

Gladioli Mixed mama yang dibeli dari Tukang Kebun Diana - Kebun Bahagia Bersama sudah muncul. Tak silap mama semai sebiji pada 21hb Jan lepas...(lupa nak catat)...mula-mula mama fikir tak menjadi..sebab selepas pulang dari bercuti emergency pun masih tak kelihatan. Malam pada 29hb mama ada duk telek pasu gladioli ni..kosong!...tapi masih berharap..mama alihkan pada tempat tak bebumbung supaya dapat cahaya matahari direct.  

Subhanallah...pada petang 30hb...semasa siram pokok-pokok..intai lah pasu gladioli ni...ada! dah tumbuh dalam 2cm agaknya. Dalam 24 jam cambahan boleh tumbuh...dengan kehadiran cahaya...Alhamdulillah tumbuh juga...yang lain ada lagi 5 biji..nanti disemai bila dah kelapangan untuk beli tanah & pasu...inshaallah...:D

Suka nyaaaa!

Saturday, February 2, 2013

Dari benih RM1.00

Salam,

Bulan lepas mama berpeluang membeli benih kailan promosi RM1.00 dari Tukang Kebun Diana - Kebun Bahagia Bersama...dan awal tahun ni mama semai sedikit dari benih..Alhamdulillah perkembangan yang baik pada awalnya..subur bercambah semai pada 05hb Jan dan bercambah pada 09hb Jan....mama semai bersama benih kacang panjang promosi juga...:D


Tetapi selepas dialih pada pelbagai tempat..macam-macam size pulak jadinya..pembesaran tak sekata...jadi betul lah...faktor tanah pada laman kebun mama ni ada problem...nanti lah diusahakan belajar bab tanah ni...buat masa sekarang memang tak boleh focus pada kebun...10 - 20 minit untuk kebun itu pun dah cukup banyak masa mama rasa...

 Dalam patch



 Dalam Pasu



Usia yang sama...tapi yang berada dalam pasu lagi cemerlang. Mama fikir nak alih semua ke dalam pasu...:D

p/s: auto pulished...mama visit aunty & uncle Naufal kat Sg Buloh.....