Mek Google

Thursday, November 29, 2012

Tuaian November

Untuk bulan November ni alhamdulillah mama dapat tuai kailan, terung bulat, tomato, ulam raja dan cili jarum. Cili jarum ni dari pokok yang keempat hidup di kebun mama...agak lucu..sebab setiap kali hanya dapat tuai sebiji sahaja...:D

Tuaian pada 21hb Nov 2012:

2 pokok kailan, 2 biji terung bulat dan sebiji cili jarum

Isi terung bulat untuk dicelur...sangat lembut dan lemak rasa nya.


Tuaian pada 26hb Nov 2012:

Ulam Raja, Terung Bulat sebiji, Tomato 3 biji, 1 Cilipadi

Lempeng & Daging Thai Green Curry

Salam & Selamat Pagi,

Semalam mama puasa...sempat lah buat daging masak Thai Green Curry untuk berbuka..dah lama difikir-fikir untuk cuba membuat sendiri. First time makan kat restaurant Jejari di Kelana Jaya rasa sedap pulak...:D

Mama search resipi kat blog cik mat gebu lah..biasa rujuk kat situ je senang...tapi sukatan mama main hentam je...payah la selalu nak kena refer berapa sukatan..cukup setakat tahu apa bahan nya...lepas tu pandai-pandai lah rasa kan..yang mana nak lebih atau kurang...:D


Bahan-bahan utama:

1/2 kilo daging
Sekotak kecil santan segera Kara.
2 biji terung bulat hasil kebun mama dipotong 4 bahagian
2 biji tomato hasil kebun mama dipotong 2 bahagian
Setengah batang carrot dipotong memanjang
2 tangkai selasih (anggaran segengam)
1 biji cili jalapeno dipotong menyerong
1 cawan air 
Separuh biji perahan lemon 
3 sudu kecil sos ikan
1 batang serai (size yang besar)
2 helai daun limau purut

Bahan-bahan kisar:

5 biji cili hijau hasil kebun mama
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
sebesar ibu jari halia & lengkuas
1 setengah pokok ketumbar sekali dengan akar
sedikit belacan
1 batang serai dihiris halus
ketumbar, jintan, dan lada sulah mama guna yang serbuk aja...1 sudu kecik setiap satu bahan
sedikit air

Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan serai, daun limau purut, daging, sos ikan dan perahan limau. Perlahan kan api.
3. Masukkan air dan biarkan daging empuk.
4. Masukkan santan, garam dan gula dan biarkan mendidih
5. Masukkan terung bulat & carrot
6. Selepas 10 minit agak-agak terung & carrot dah lembut, masukkan daun selasih, perahan limau, cili  jalapeno, dan akhir sekali tomato.
7. Biarkan sebati selama 10 minit. Matikan api.

Dan pagi ni reheat green curry ni untuk dimakan dengan lempeng..sangat sedap!


Tuesday, November 27, 2012

Ole - Ole MAHA 2012

Panas betul hari ni...rasa berpinar-pinar mata dan berdenyut kepala tahan panas...ni baru panas dunia..fuhhh
Okey sambil cooling down...mama nak tunjuk ole-ole dari MAHA 2012 yang dibeli oleh nenek. Actually mama banyak kali highlight pada nenek jangan lupa..jangan lupa...jangan lupa...beli kan benih KAILAN...hehhe memang pemaksa la mama ni...yelah geram tak dapat nak join diorang berjalan-jalan ke MAHA 2012...:|
Benih Tomato, Terung Panjang, Bendi, Kacang Panjang Renek & Timun....satu lagi tu Miracle Tonic

Tapi nenek tak dapat beli Kailan..katanya booth yang jual benih-benih di atas dah kehabisan benih kailan..jadi nak menapak ke booth lain nenek dah tak larat...huhuh kesian pulak...:(

Tak apa lah..dari takde kan...mama tak plan lagi nak tanam bila ni..sebab benih-benih ni semua baru je mama beli dengan blog Tanamsendiri dan blog Kebun Bahagia Bersama. Cuma Miracle Tonic tu plan nak guna hari jumaat ni...mama tak prefer fluid ni..leceh nak prepare..kena sukat-sukat bagai..sangat malas...tapi dah dibeli gunakan saja lah...Anyway thanks nenek Naufal...kerana sudi membeli untuk mama...:D

Gambar-gambar lain semasa di MAHA banyak nenek ambil..tapi mama tak sempat nak copy. Mostly gambar bunga-bunga orkid lah sebab nenek suka sangat orkid!

Monday, November 26, 2012

Benih Cili Jalapeno

Salam..

Mama ada benih cili dari mexico ni...nama nya Jalapeno kalau tak silap refer kat mr google..beli kat Cameron Highland aritu..taukey tu cakap cili mexico..pedas katanya.....then mama beli la 1 pek sorang..sebab bentuk nya lain...ada 2 jenis..bentuk mcm cili bulat (taukey ckp amat pedas) dan 1 lagi macam ni...rupa macam cili capsicum yang tak siap bikin...heheh

Bermain dengan 3 beradik ni...hampir 3 hari tangan mama pijar

Biji nya color hitam

Setakat ni..dalam banyak-banyak biji cili ni ada satu dua jer yang tak berapa pedas....pedas tapi biasa-biasa...tak tahu lah kenapa..mama guna cili ni untuk buat sambal belacan, rencah dalam nasi goreng atau pun sebagai pembangkit rasa dalam ulam budu mama heheheh...:D

Kalau yang pedas sangat tu sampai tangan terasa pijar..nak pegang Naufal pun tak berani..kesian kan dia...

Sesiapa yang berminat nak try tanam...sila emailkan address rumah ke email mama nadia@perwaja.com.my...nanti mama poskan yer...:D

p/s: benih ni terhad mana yang sempat aja lah yer....erm nak kena treatment ke? mama tak reti...ni amik raw then biarkan kering sahaja...

Saturday, November 24, 2012

Kemanusiaan di Gaza

Genjatan senjata sudah di Gaza selepas 8 hari diserang bertubi-tubi..yang menghibakan hati..anak-anak kecil yang comel menjadi mangsa...melihat bangkai kucing ditepi jalan pun mama boleh sebak..inikan pula anak kecil...:| 

Atas rasa kemanusiaan...untuk rekod mama post kan entry ini untuk ingatan diri sendiri dan semua yang memandang...Ini antara senarai barangan yang membantu pihak Israel, yakni yang pernah dan masih dipakai mama sekeluarga. Untuk peringatan kepada mama supaya lebih bijak membeli dan memilih barang keperluan untuk kegunaan sekeluarga selepas ini.....

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, 
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Mama perlu tambah skill lagi dalam memasak ayam goreng, burger, pizza dan etc. Alhamdulillah sebarang air bergas sudah lama mama tinggalkan demi kesihatan. 
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Smarties, Coffee Mate.
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Selalu membeli nescafe 3 in 1...sangat ketagih dengan nescafe...sehari tak minum 1 paket tak sah....nak alternate dengan apa ya?
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney.
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Lepas ni kita pilih baju Anakku, Baby Kiko...lagi apa yer..sebagai alternate...mungkin menjahit sendiri??
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Old Navy Dockers, 
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Ini pun mama beli kain pasang buat baju kurung lah pakai...patut la Carrefour dah banyak tutup...

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik 
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Ada yang dah beli...dah 5 tahun pakai...Lepas ni takmo dah beli phone nokia..pilih lain pulak.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, 
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.
Nanti mama belajar buat cookies sedap-sedap....erm lea & perrins...boleh alternate dengan apa ya?
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. 
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Ini boleh tukar pakai barangan Pureen..lagi apa yer?
Syarikat : Estee Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Bobbi Brown Essentials, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila 
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Dulu-dulu masa single banyak la jadi koleksi benda alah ni...sekarang setia dengan Body Shop..adakah Body Shop tersenarai?
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex 
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
Bertukar pada cloth pad, cloth diaper, dan morning towel...:D
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pentene, Pampers, Lux, Palmolive, Colgate, Pringles, Mr Clean.

Ini boleh alternate dengan apa yer? Kalau sabun pakaian, pencuci lantai, sabun dishes..mama ah beli keluaran bumiputera..brand Mahkota..sangat wangi...
MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Axion
Ini pun kena tukar..apa lah agak nya brand yang boleh ditukar...
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Heinz.

Product dari campbell, heinz menjadi pilihan untuk western food...lepas ni kena cari resipi-resipi for homemade

Mama tak mampu mengangkat senjata berjuang bersama tentera hamas...mungkin dengan usaha secara kecilan ni..dengan jutaan lagi manusia di dunia ini melakukan perkara yang sama dapat memberi tekanan pada pihak israel laknatullah supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyat palestin...

Karipap jadi Kariput..

Semalam 23hb Nov 2012...mama pertama kali nya membuat karipap tanpa bantuan nenek..sebab nenek away ke KL. Tapi nenek dah bagi tips...inti tu buat jangan masin pulak..tak sedap...knowing mama if goreng daging mesti nak masin-masin heheheh...:p

Lepas settled bab kebun, kemas rumah..rest sekejap..then mama cek resipi dari rakan blog cik Nani kita...:D

Okey semua bahan dah ready...pukul 4 petang mama start berkubang dengan tepung bagai...masa buat inti kari daging dan doh karipap memang happy sebab menjadi. Tapi pabila masuk bab kelim...mama dah tak tentu hala jadi nya...betis dah start rasa lenguh. Last-last mama decided to use folk sahaja untuk kelim karipap. Mood dah ke laut..jadi hasil seperti di bawah....ini karipap paling last mama goreng untuk makan petang...mama bungkus besar-besar dah takde mood sesangat sebab lenguh kaki!!!

3 biji untuk ayah, 1 biji untuk mama, & 1 biji lagi untuk bibik

Ada lagi 25 biji dalam fridge mama frozen senang pagi goreng untuk sarapan. Ayah cakap boleh la buat inti sardin pulak...rasa dah ada...rupa je takda...bukan untuk jual pun...mama diam sahaja..tapi dalam hati..."lenguh lah...baik beli saja".

Hari ni bawak datang office sikit...officemate bagi tahu ada alat kelim karipap...nanti nak cari...:D

Thursday, November 22, 2012

Diari Pokok Bunga Balung Ayam...Last Episode

Macam drama bersiri pulak kisah Bunga Balung Ayam ni...untuk rekod mama: Ini bunga pertama mama tanam dari semaian benih jadi nya mama sangat excited sebab diri ini boleh tanam pokok bunga rupanya....cantik pulak tu color nya..:D ahakss terlebih kata dah ni...Alhamdulillah Allah bagi bakat dan rasa kerajinan untuk berkebun..amin!

Okey last episode diari balung ayam sebab bunga-bunga pun dah keluar...kiranya pokok bunga balung ayam ni dah matang lah kan...jenis mama tanam ni jenis sejemput melebar...ada jenis balung ayam yang memanjang...kemudian hari kita cari benih yang memanjang pulak..:D

Meh cuci mata nengok bunga nya...gambar terbaru diambil pada 20hb November 2012..:D

Color Oren Bata
Color Pink Putih
Color Shocking Pink

Color Red Velvet

Color Oren Putih

Spiral Chicken Carbonara Di Pagi Hari

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Dah sarapan semua...mama, ayah dan Naufal sudah...alhamdulillah spiral chicken carbonara rezeki kami....:D

Spiral Carbonara campak-campak...20 minit boleh ngap!

Wednesday, November 21, 2012

Petola Sudah Berbunga

Nothing much to say...senyum sampai ke telinga bila tengok ada bunga sedang mekar..okey jom lunch sudah lapar perut....:D

Bunga Pokok Petola - 20hb Nov 2012

Benih Baru dan Pemangsa Baru Sudah Datang

Pagi-pagi semua..selamat memulakan kerja-kerja harian...:D

Okey....ini ada benih baru sudah masuk ke dalam kebun mama...pertama kali order dengan Kebun Bahagia Bersama..memang bahagia lah dapat parcel suka sampai ke telinga...:D

1. Topweight carrot - mungkin akan jadi rezeki mr bunny & the geng kalau tanam sekarang
2. Lemon Basil - sudah semai kelmarin dalam vase kecik
3. Cosmos Sensation Mix - akan disemai sebagai penyeri pagar rumah...
4. Sunflower Evening Sun - TukangKebun cakap as complimentary gift...Tq Tq...:D


Kat bawah ni pulak sebagai tanda pengenalan pemangsa baru pada tanaman di kebun mama. Lihat lah mereka sangat gembira bemain-main..lompat-lompat sana sini..dan mengunyah di dalam kebun mama yang baru saja nak mengenali kehidupan...tak apa lah..makan lah makan lah..moga murah rezeki mama..amin...:D





Tuesday, November 20, 2012

Baja Free...hehehhe

Semalam kan Mr Bunny datang rumah bertandang ke kebun mama dan makan pokok carrots tanpa mintak izin..ishk ishk..memang  nak marah..tapi apa kan daya...itu makhluk Allah yang tak punya akal...yang dia tau carrots adalah makanan kegemaran dia...takkan la nak pandang aja kan....:D

Then pagi ni pun Mr Bunny siap bawak kawan lagi datang bertandang ke kebun mama..ishk ishk..kalut la akak bibik kita menghalau nya...dan depa juga meninggalkan sekali lagi sisa depa..adoi la...

Balik kerja semalam, mama kutip sisa Mr Bunny taruk dalam bekas baja yang kosong..sebab ada officemate mama cakap boleh buat baja....memandangkan pagi ni pun depa bagi lagi baja free...mama pun google lah...baja tinja arnab ni sesuai untuk pokok apa...kang main taruk je..mati pulak pokok-pokok tu...

Okey ini hasil google nya dari - http://rabbitcabana.webs.com/baja_kompos_arnab.htm 

Kompos tinja arnab boleh membantu memperbaiki stuktur tanah agar sentiasa subur dan sesuai untuk tanaman. 

Bandingan kandungan khasiat kimia yang diperlukan tumbuhan dalam kompos tinja arnab berbanding kompos tinja ayam dan tinja lembu :

Kandungan organik
Kompos arnab
Kompos ayam
Kompos lembu
Nitrogen
2.20
1.97
1.08
Phosphorus
0.87
1.93
0.56
Potassium
2.30
1.80
1.30
Calcium
1.26
7.32
1.36
Magnesium
0.40
0.35
0.36

Akan tetapi baja dari tinja arnab ni perlu dikeringkan dahulu sebelum digunakan pada pokok-pokok sayuran sebab urea arnab tinggi ammonia dan mungkin tidak sesuai pada setengah pokok.

Maka mama perlulah jemur dahulu sisa-sisa Mr Bunny yang mama kutip tu...nanti weekend ni boleh lah tabur pada pokok yang dah stable pembesaran nya...seperti pokok lada, terung, ulam raja, kacang botor, petola, limau kasturi, limau purut, betik, mempelam, bayam, kailan dan timun mini.....:D

Ada jugak hasil yer Mr Bunny...:p

Cek Mek Lah Molek..

Selamat Pagi...

Apabila ubi stelo (ubi keledek) terlebih ada didapur mama..jadi kena lah memikirkan resipi-resipi yang boleh dibuat dengan ubi ni...ubi-ubi ni mama beli semasa bercuti di Cameron...:D (dah simpan seketul dua untuk tanam..heehhe)

Selain buat bubur nasi ubi stelo unuk Naufal...ayah request buat cek mek untuk sarapan...haahha rupa nya mudah saja cara nak buat..sampai ayah perli bila mama buat muka confius macam mana nak buat cek mek...siap nak google dalam internet bahan-bahan nya...makan memang sedap....tapi nak membuatnya tak berapa confidence. (mama memang tak confidence buat kuih..takut tak jadi sebab biasa nya nenek yang buat..mama tengok saja...heheh) 

Terus ayah cakap..bahan dia simple saja..ubi dan tepung..pastu uli saja lah...bila nak goreng..buh gula sikit...uik macam mana ayah boleh tahu ni...rasa tercabar pulak...:p

Okey jom tengok apa jadi pada cek mek molek mama pagi ni...heheh


Awal pagi ubi direbus dan dibuang kulit


Ubi ditumbuk

 
Ubi dicampur dengan tepung sedikit demi sedikit

Siap diuli..bulatkan doh dan masukkan gula sedikit


Taraaa selepas digoreng...begini la rupa kuih cek mek molek mama alhamdulillah untuk sarapan kami.

Monday, November 19, 2012

Suka Duka Bertanam

Salam Satu Malaysia

Happy betul bercuti-cuti.....lagi best balik cuti tengok tanaman dah berbuah-buah..cuma tak pasti bila boleh petik nya..
 Terung pertama mama dah besar!
Terung kedua 

Terung ketiga keempat kelima dan seterusnya tengah membesar..cuma menjadi tanda tanya...dah boleh belum petik ni?
Bunga Matahari pertama..kecik saja..:D

Selingan...

Dalam suka-suka...duka mesti ada...nah...semalam datang seekor bunny gemok gedempol...bersidai dibirai pasu...seronok ada binatang cute ni..Naufal mengekek sekali tengok...tiba-tiba terfikir..takkan saja-saja datang bersidai...alamak pokok carrots....terus berlari ke patch carrots..ermmm sah seperti yang diduga..dah botak tinggal batang saja...nasib lah labu...

Sebelah kiri patch botak

Sebelah kanan ada sikit lagi

Pagi ni wat kawad cam area rumah..banyak sisa ditinggalkan merata-rata..boleh ke buat baja ek?
Sisa Mr. Bunny

Wednesday, November 14, 2012

Update Dikala Bosan..tanaman Deepavali

Salam dari mama..

Hari ni sangat bosan..datang kerja tapi duduk je mengadap laptop ni....tak ramai orang bekerja..jadi nya semua benda pending..call orang ni "cuti"..call orang tu "cuti"...nasib baik internet tak "cuti"..boleh la jugak tengok-tengok apa yang ada...:D

Dikala kebosanan ni nak update aktiviti deepavali mama dengan bibik napsiani semalam ...tak kemana pun semalam...jadi aktiviti baik pulih kebun...asal nya bibik mintak izin nak guna pisau besar....untuk potong kayu...mama tanya nak buat apa potong kayu....dia cakap "nak baiki pancang untuk timun dah besar....."
Memang cepat timun mini menjalar...pancang yang dahulu nyer dari batang buluh yang halus sahaja.

Ini hasil nya...

Pancang dari batang buluh...

Ditambah pancang dengan batang kayu lama..nampak kemas!

Sementara bibik sibuk dengan pancang....mama buatkan patch untuk pokok petola..sebab pokok petola pun dah sebuk membesar..senang nanti monitor dari menjalar merata-rata..serabut! Seminggu lepas pokok nya macam segan je nak hidup...mungkin cuaca yang hujan panas hujan panas...molek pulak dia membesar...:D

Seminggu lepas...6hb Nov 2012

13hb Nov 2012

Dah setel semua...mama taruk baja untuk semua pokok...sebab start esok sampai ahad...tak dapat tengok kebun..berjalan-jalan amik angin..heheh...bab baja mama tak harap bibik yang buat..sebab banyak dah pokok mama jadi kering selepas dia baja..heheh...jadi siram aja lah...:D

Kemudian sesi amik gambar apa yang terbaru di kebun mama....ada saja yang terbaru..hasil nya tak banyak pun lagi...insyallah tahun depan la kut..jenuh kutip hasil...hehehhe..:D


Buah terung bulat pertama...& anak Sawi Hong Kong 

Buah terung bulat kedua


Tomato Ceri Full House...semai 15 biji benih..yang muncul 6 cambahan sahaja


Anak Kangkong...pun segan-segan nak hidup...


Ini tanah kosong...mama gaul dengan baja tahi ayam untuk semai kangkung selepas cuti nanti...mama try cara treat tanah macam di blog ejamaria


Ini anak pokok bendi kampung..dari 30 biji benih...yang muncul 7 cambahan sahaja


Ini cambahan bendi emas..mama semai 2 biji benih sahaja....Alhamdulillah muncul kedua nya..mintak-mintak menjadi la kali ni..

Balik dari bercuti nanti....mama alihkan direct pada tanah....dah rangka area mana yang sesuai untuk bendi ni...:D

Selamat bercuti semua...salam maal hijrah...jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun...semoga kita menjadi insan yang lebih baik ditahun hadapan..amin

Sunday, November 11, 2012

Sunday Breakfast!

Assalamualaikum..selamat pagi 

Hari ini..mama seperti biasa KERJA! heheh...tapi ayah tak kerja...yelah ayah kerja belah Kuantan..memang ahad sebagai weekend.

Pagi-pagi ayah dah request nak makan sandwich sardin...erm mama ingat nak buat oblong je...senang goreng jer 3-4 ketul oblng instant..tapi ayah kata dah jemu heheheh...okey jom lah prepare sardin.

Bawang merah, bawang putih, cili dan minyak untuk menumis

Sardin setin, limau nipis separuh dan lada sulah untuk hilang hanyir. Salad dan bawang besar sebagai hiasan sandwich.

Sardin dah siap ditumis. Tambah garam secubit.

Roti bantal dihiris keping-keping.

Okey dah siap dihidang..sila la kepit sendiri..mama dah lewat ke office.

Saturday, November 10, 2012

Jumaat Yang Menenangkan Hati..:D

Tiba nya Jumaat..hari yang sentiasa ditunggu-tunggu..:D 

Seperti biasa lepas buat breakfast untuk ayah...mama akan bergegas ke kebun...hehhehe...kalau tak bergegas..kebun akan berumpai berlalang lah jawab nya....dengan hujan yang kerap...bendasing ni mudah sangat tumbuh dengan jayanya...

Selepas merumpai merumput guna gunting besar (sampai hari ni rasa shaking tangan)...terfikir untuk ubah suai patch..patch yang dahulu nya menjadi tempat ubi kentang...mama baik pulih untuk sawi....dengan bantuan bibik ani...mama berjaya siapkan patch sebelum pukul 9 pagi...(takut lambat..appointment dengan nenek ke pasar pula)

Baik pulih tambahkan bata dan tanah

Selesai semua perkara di pasar, masak lunch segala bagai, time untuk melayan awang Naufal...teman dia bermain dengan anak kucing di rumah nenek...mama ternampak bunga cantik!..rasa nya pokok ni jenis berubi..sebab daun nya dari spesis keladi...tumbuh menompang dalam pasu pokok bunga kertas di rumah nenek...nama apa tah..nenek tak pasti...

 Nampak tak si meow..sebuk nak enterprem..:D

Di sebelah petang nya..abiskan masa membuat roti sambil relek-relek tengok TV..selepas 3 jam 45 minit..roti nya masak....roti bantalku....pagi ni buat breakfast dikepitkan dengan daging burger...untuk bekal ayah....separuh lagi bawak ke rumah nenek....atok bakar disapu dengan garlic butter..Alhamdulillah kenyang...:D

Roti Sandwich..macam bantal hehhe

Ini bekal Naufal...bubur nasi plus ubi keledek..manis!