Mek Google

Monday, April 9, 2012

Rezeki Naufal

Sekarang dah masuk 4 bulan 11 hari umur Naufal, susu Alhamdulillah maintain seperti biasa. Cuma kekadang kalau terskip minum air or terkurang makan mesti nampak kekurangan susu aku. Untuk maintain quantity susu banyak benda aku makan antara nya seperti dibawah ni:

Air kosong lebih kurang 10 gelas


Air Barli - yang ni aku consume jarang-jarang masak sendiri or masa makan kat kedai

Susu Anmum setiap kali selepas pump kena minum segelas


Horlicks ni campur dengan susu anmum after pumping


Soya Melilea ni aku cuba jugak campur dengan horlicks sedap. Ni alternative untuk Shaklee Soy Protein


Package Vitamin Shaklee untuk ibu menyusu - Vitamin C, B Complex, Vitalea, Osteomatrix, Soy Protein, Alfafa ( yang ini makan sekali setiap pagi)

Air Mata Kucing & Red Dates - sangat sedap minum sejuk-sejuk



Sunday, April 8, 2012

Roti Sandwich Walnut Cranberries

Lama dah tak meroti, semalam ada semangat nak meroti sebab tengah-tengah clear kan fridge umah mak ni tengok ada macam-macam bahan boleh buat untuk meroti...antara nyer kacang walnut dan cranberries..:D
Jadinya, semalam dapat lah buat roti sandwich berperisa walnut dengan cranberries. Buat ni dengan breadmaker setting basic. Suppose kena setting sweet tapi dah tertekan basic tak boleh dah nak gostan heheh...inilah hasil nya.


Roti Walnut & Cranberries

Lepas buat roti ni...aku start timbang tepung untuk buat roti kacang merah plak. Tapi roti kacang merah terhangus sikit. Sebab silap setting oven panas bawah saja..takpe next akan tunjuk hasil roti kacang merah..hangus-hangus ni malulah nak tunjuk! Resipi sama jer dengan roti sandwich sebelum ni..cuma tambah walnut & cranberries masa breadmaker kuarkan bunyi bip bip bip..:D