Mek Google

Saturday, March 31, 2012

Sandwich Roti

Assalamualaikum..:D

Meroti lagi...kali ni nk try function lain yang ada pada gadjet ni...function basic yang boleh membakar terus. Lepas tidurkan Naufal, so sempat la measure bahan-bahan untuk sandwich roti. Kebetulan hari Jumaat semalam ada masak sup ayam kampung, boleh la cicah untuk breakfast pagi ni. Resipi asal sandwich roti ni diambil dari http://www.jintanmanis.com/roti/160-superwhitesoftbread#comment-1445 . Tapi saya ubahsuai ikut kesesuaian bahan yang ada didapur.

Roti tengah kembang selepas 1 jam 50 minit diuli.

Dah siap selepas 3jam 35 minit. Brownies sangat, lepas ni kne set as light untuk color.

Nampak gaya kena beli bread slicer..heheh..:p

Resipi yang diubahsuai seperti dibawah:

50 gram tepung roti
250 gram tepung gandum high protein (gred B)
25 gram butter
2 1/2 sudu besar gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis (mauripan)
100ml air suam
60ml susu segar
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil bread softner
1 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 1/2 waterroux

Saya buat roti ni dengan menggunakan breadmaker dan cara-cara seperti berikut:

  1. Ayakkan tepung, gula, susu tepung, bread softner, bread improver, dan garam dalam satu bekas adunan. Kemudian masukkan ke dalam bekas adunan roti breadmaker.
  2. Cairkan butter, masukkan minyak jagung dan telur. Kacau sebati.
  3. Buatkan satu lubang pada tengah-tengah adunan, dan masukkan campuran butter tadi.
  4. Masukkan perlahan-lahan air dan susu segar pada setiap penjuru bekas adunan.
  5. Masukkan waterroux dan taburkan yis.
  6. Tekan butang start dan pilih menu Basic. Proses membuat dan membakar roti sandwich mengambil masa 3jam 35minit. 
Selamat mencuba!  

Tuesday, March 27, 2012

Sweet Bun Mozarella

Hye There,

Semalam try buat roti dengan breadmaker. Ini hasil nyer... Roti Sweet Bun Mozarella...roti ni tak manis pun sebab terkurang gula. Jadi saya ubah resipi jadi 90g gula instead 80g.


Dapat hasilkan dengan 2 loyang sederhana dan 2 loyang kecil


Roti tengah kembang sebesen..:D

Kat bawah nie resipi nyer:

Bahan (A)
  • 400 g tepung roti (high protein)
  • 100 g tepung gandum (high protein gred B)
  • 35 g susu tepung (saya guna susu tepung anak)
  • 90 g gula halus
  • ½ camca sudu kecil bread improver
  • ½ sudu kecil bread softner
  • 1 camca teh garam
Bahan (B)
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla – (disatukan dengan telur)
Bahan (C)
  • 2 ½  camca teh instant yeast (guna mauripan)
  • 130 ml air suam
  • 20 ml susu segar
*satukan bahan-bahan sehingga berbuih.
Bahan (D)
  • 50 g butter * saya cairkan dalam microwave dan biarkan sejuk
  • 4 sudu besar jagung manis
  • 4 camca besar "water roux
Bahan (E) – Untuk sapuan & hiasan
  • 2 sudu besar cheese mozarella
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan
Cara-cara membuat water roux (resipi dipetik dari http://mamafami.blogspot.com/2009/11/water-roux.html)
Campurkan air dengan tepung gandum (saya guna tepung high protein) kacau sebati hingga tidak berketul. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dlm periuk & panaskan atas api sederhana. Sentiasa kacau adunan tadi untuk mendapatkan hasil yg licin. Tutup api bila adunan dah pekat . Sejukkan dahulu water roux pada suhu bilik, baru la boleh digunakan.

Cara-cara membuat roti
·         Ayakkan kesemua bahan A dalam satu bekas adunan dan kacau sebati.
·         Masukkan bahan A dalam bekas adunan breadmaker, buatkan satu lubang ditengah. Then masukkan bahan B dan bahan D
·         Kemudian disetiap sudut bekas adunan, masukkan bahan C.
·         Tekan butang start dan pilih menu jenis roti. Saya pilih “Bread Dough” yang mengambil masa 1jam setengah proses pengulian. Kemudian biarkan breadmaker melaksanakan tugas nya.
·         Setelah siap, keluarkan doh ke dalam bekas adunan lain dan tumbuk-tumbuk selama 20 minit untuk keluarkan angin. Kemudian biarkan seketika
·         Sambil itu, sediakan bekas pembakar dan panaskan ketuhar.
·         Bentukkan doh bulat-bulat (ikut kreativiti masing-masing) dan atur ke dalam loyang.
·         Sapukan bahan E keatas doh roti dan taburkan cheese mozzarella. Biarkan seketika dalam 5 minit.
·         Kemudian masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 180 celsius selama 25 minit. Saya ubah suhu kepada 160 celsius selepas 15 minit sebab Nampak cheese macam nak hangus..:p
·         Setelah siap, keluarkan roti dari ketuhar dan biarkan sejuk.

Gadjet Roti!

Yuhoaa..dah dapat gadjet untuk meroti. Beli kat cosway dengan 5 RP + RM269. Niat nya nak survey saja tapi tah tukar pikiran terus beli kebetulan stock nya ada. Brand Empress cukup la takat untuk main masak-masak roti. Nanti dah terror kita pasang niat beli gadjet branded skit..:p

Sunday, March 25, 2012

1st Roti Paun

Salam 1 Malaysia,

Semalam semangat nak buat roti berkobar-kobar, dah lama tunggu breadmaker tapi tak sampai-sampai lagi. So, try dulu la resipi yang dah lama simpan ni..cuba uli dengan tangan kudrat sendiri. Fuhhh..lenguh yang amat sempat 20 minit je kut uli..lepas tu gave up sebab dah rasa semacam je lengan ni...hasil nyer sah-sah la kan tak berapa gebussss...tapi boleh la untuk makan sendiri..roti pertama ku agak keras dan manis. Mesti ada silap teknik ni...takpe akan ku cuba lagi dengan kehadiran breadmaker...:D



roti paun yang baru masuk oven


roti yang dah siap panas-panas dari oven - en.somi, en.ayah, mrs.mak dah amik rasa...

Resipi roti paun ni diambil dari blog cik Ros - http://jintanmanis.com/roti/53-rotipaun . Masa buat doh untuk roti ni, yis mungkin tak aktif sebab bila saya campurkan dengan air suam buih tak muncul-muncul. Orang kata, untuk aktifkan yis, kita bole campurkan sedikit gula. So next time, saya akan try petua tu...:D